KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, February 28, 2016

Mishary 7 bulan

Assalamualaikum.


Mishary dah 7 bulan pada 17/02/2016 haritu. Yeayy!!

Update perkembangan 7 bulan.





1. "Mama"

Bila dia nangis atau merengek, Mishary dah pandai sebut Ma.....Ma.....haha. comel je kan. Pastu aku pun, iye, iye. Kekekeke.

Bangga jap anak pandai sebut Ma. :')







2. Memanjat

Ya Rabbi, aktifnya bukan main lagi.

 Kadang aku sendal dengan bantal konon buat kubu pertahanan. 

Tapi dia berjaya melepasinya dengan begitu gigih sekali :p

Dia dah pandai panjat bantal. Kadang seriau je bila dia mau terjun katil. 

Nampak gayanya aku dah tak boleh tidur atas katil dah, kena tidur bawah la pulak.





3. Duduk

Mishary belum teror merangkak, tapi sekarang dia belajar untuk duduk. Walaupun masih bergoyang gayanya. Haha.

Nampak macam nak langkau step dari merangkak terus duduk. Alahai anak.








4. Berdiri

Jangan tak tahu, Mishary boleh berpaut pada bantal kemudian bangun berdiri. Pehhh hebat pulak rasanya. Haha

Kadang dia berpaut pada badan aku kemudian bangun berdiri. Gaya cam dah besar je padahal merangkak pun belum ni.

Agak2 macam dia nak belajar berjalan. Huhu. 

Sebab bila dia berdiri tu dia dah pandai bukak langkah satu dua kemudian jatuh. Hahaha.

 Tapi aku masih pegang tangan dia laa. Bukan dia jalan tanpa dipimpin oleh aku lg.


Advance betol ko nak :')





Thursday, February 25, 2016

Mishary 1 bulan

Assalamualaikum. :)

Nak share gambar2 perkembangan Mishary setiap bulan. Supaya aku sentiasa ingat bayi yang semakin membesar ini. Mesti rindu masa dia kecik2 kan. Hehe.



1 bulan pertama kelahiran Mishary alhamdulilllah semuanya masih terkawal. Dalam pantang katakan. Mishary ok, baik sangat. Tidur cukup malam2. Bangun nak menyusu je.


Hari2 siang dia banyak tidur je. Orang datang melawat pun dia tak sedar apa. Duk bercakap tepi telinga dia, hoih i dont care!Tidur tak sedar diri. Sampai orang cakap dia ni penidur gayanya.hehe


Tapi 1 yang aku perasan, Mishary jenis yang tak sabar. Kalau dia nak susu, kena cepat2 bagi. Kalau tak dia naik angin. Nampak dia protes.Hihi. marahkan mama yer :p


Masa umur dia 21 hari, kami buat majlis cukur jambul. Hehe. Jadi botaklah dia. Abang ipar yang botakkan kepala dia lepastu papanya trim kasi licinn.

hahahaha. Menangis tak nak kena cukur rambut :)


Mula dari haritu perangai Mishary berubah. Tiap malam dah taknak tidur. Jenuhlah tiap2 malam aku dan suami berjaga. Mata rabak setiap hari! Huhu.Kadang dia bukan nak menyusu pun, dia saja bangun untuk meraung menangis.



Offer susu kejap je dia minum pastu menangis tak berhenti. Sabarlah omaknya.


Dalam pantang mcm tu la rutin nya, kadang pukul 3 4 pagi belum tidur duk menangis. Kadang rasa macam xcukup susu badan, maka gigihla aku bukak peti ais malam2 ambik stok ebm chiller.







 Elok je dah panaskan yang chiller dia nak tidur. Haha. Terus tak minum susu tu. Dia nak dipeluk2 dibelai2 baru dia tidur. Alahai anak.



Dah habis pantang, perangai ok sikittttt. Malam tidur awal pukul 8 dah tidur. Bangun menyusu kejap2 je sampai lah ke pagi. Bagus anak. Kekeke.





Masa umur sebulan, mishary masih banyak tidur. Siang tidur, malam tido. Menangis tak sabar selalu tunjuk protes. Huhu




Tuesday, February 2, 2016

Mishary Newborn

Assalamualaikum.

Entry ini bertujuan untuk merakam setiap perkembangan Mishary sebagai rujukan untuk next baby nanti. Amboi.


Bagi yang tak suka aku bercerita mengenai anak, sila unfollow.ekekeke


Selepas SD Card handphone aku rosak haritu, terus aku rasa mahu cari alternatif lain untuk simpan gambar2 mishary. Huhu. Sedih mak tau, hampir separuh gambar mishary yang baru lahir lenyap. Menangis mak T_T.

Seperti yang pernah aku cerita dientry lain, mishary lahir cukup bulan cuma awal 3 minggu @ 37w1d atas sebab2 yang tak boleh nak elak. Aku dipaksa bersalin @ induce disebabkan air ketuban kering dan suspect bayi IUGR. Huhuhu

Alhamdulillah selepas 8 jam menahan contraction dan bersilat di labour room, Mishary lahir dengan berat 2.2kg pada jam 7.16 petang di Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1436H 17/07/2014. 

Hihi



Beberapa jam selepas dilahirkan. Muka merah lagi. Hihi.
Masuk labour room 10 pagi, keluar labour room 11 mlm. Huhu. Muka pukul 11 malam. hihihihi.


Ni pun gabar beberapa jam selepas dilahirkan. :p


Hari ke 2.

Selepas 2 hari lahir, Mishary mula kuning. Misi datang ke rumah suruh bawak pergi ke klinik kesihatan untuk ambil bacaan darah. Tapi aku degil, tak bawak mishary cek darah. Cuma aku mandikan dia dengan air herba beli di toko cina. Malangnya, kulitnya makin kuning.


Hari ke-3 , Aku decide untuk pergi ke hospital (klinik kesihatan masih belum beroperasi sebab cuti raya) untuk ambil bacaan darah. Kat hospital, misi ambil darah kat tapak tangan. Allahurabi, rabak hati aku bila dengar Mishary nangis kesakitan. Kita yang dewasa ni pun bila kena cucuk ambil darah pun terasa sakitnya apatah lagi bayi yang baru berumur 3 hari! Keputusan darah masa tu 126. (Normal 75 ke bawah).

Kesan cucuk jarum kat tapak jelas kelihatan :'(
Sakitnya kena cucuk Mama!!


Kali ni mak mandikan Mishary dengan daun inai pulak.





Hari ke-4. Kulitnya makin kuning masuk ke dalam mata. Aku mulai bimbang. Sebab nak elak kena cucuk kat tangan lagi, aku bawa cek darah ke klinik panchor. Bacaan di klinik panchor 212. Mulai menaik. Doktor suggest untuk sewa lampu. Jadi kami sewa lampu 2 jam. Rm30/ jam.



Nangis-nangis mishary tak mau duduk dalam tu. Ada video aku ambil tapi dah hilang gara2 sd card rosak.sobs T_T



Hari ke-5. Kuning makin naik (tengok guna mata kasar-kuning telah sampai ke bahagian dada, tapak kaki). Misi yang datang ke rumah marah-marah. Suruh pergi hospital segera.


Kalini aku akur. (Sebenarnya dah lama nak pergi, tapi orang sekeliling asyik cakap takde ape nampak okey,tak perlu pergi dll). Masa ni aku dah rasa sebak sebab tak boleh tegas dengan keputusan sendiri. Kenapa aku perlu dengar pandangan orang lain sedangkan tu anak aku. AKU BERHAK BUAT KEPUTUSAN UNTUK ANAK AKU. BUKAN ORANG LAIN. 
OK, KALINI AKU MENYESAL DENGAR CAKAP ORANG.

T_T


Tahu tak bacaan darah berapa? 360!!!! Aku terkejut. Sumpah terkejut. Misi di klinik kesihatan terus call ambulans datang ambil baby aku untuk warded. Serious aku sedih. Aku rasa gagal jadi ibu. Kerana dengar pendapat orang lain aku korbankan anak aku sendiri.  

Suasana dalam wad baby. Berat hati untuk tinggalkan Mishary :'(

Mishary dalam wad baby. Mishary terpaksa di letakkan dalam kelambu khas.


Masa ni aku demam teruk. Mungkin bentan orang cakap. (Masuk angin sebab tak proper berpantang). Mengigil2 badan aku. Aku tak mampu berjalan. Sambil riba baby aku disorong guna kerusi roda. Selepas selesai urusan letak baby kat wad, aku pun cari2 bed kosong supaya aku boleh bermalam dengan baby. Rezeki aku ada. (Siapa cepat dia dapat untuk book katil utk ibu). Tetapi aku demam, misi tak izinkan aku bermalam. Aku pulang dengan hati yang berat. Masa ni emosi aku rapuh bak debu. Huhuhu.sepanjang perjalanan pulang aku menangis sebab terpaksa tinggalkan baby sorang2 dalam wad. Namun husben cuba pujuk, katanya ni masa untuk aku berehat. Dah 5 malam aku tak tido, mungkin Tuhan nak bagi aku sedikit ruang untuk berehat. Sedikit rasa terpujuk, aku tido cium bantal anak.huhu


Hari ke-6. Aku gagahkan pergi melawat baby. Aku kena kuat untuk baby. Demam sedikit kebah cuma aku tak boleh berjalan laju lagi. Sampai je kat wad aku df (direct feeding) anak. Ya Allah, perasaan aku tersentuh bila Mishary pegang tangan aku tak bagi lepas. Gapai tudung aku gengam erat. Seperti dia mengerti aku tinggalkan dia semalam. Aku rasa bersalah. Aku janji takkan tinggalkan dia lagi. Bayi sekecil tu boleh paham perasaan ditinggalkan. Kesian sangat. Aku menangis masa ni.tersentuh bila baby seakan memerlukan aku disisinya T_T


Sekali lagi rezeki aku bila ada katil kosong untuk aku bermalam. Sampai je kat katil, orang sebelah tegur. Katanya anak aku semalam nanges tak berhenti. Takde orang tengok pun. Allah. Sebak. Rasa bersalah. Maafkan mama. Aku nekad takkan tinggalkan baby sorang2 lagi. :'(


Doktor bagitahu kalau bacaan darah semakin naik mencecah 400++ prosedur tukar darah baby terpaksa dilakukan. Ini untuk mengelakkan hati baby rosak disebabkan bilurubin yang terlampau banyak tak larut dalam darah bayi. Aku berdoa sungguh2 supaya bacaan bilirubin dlm  darah baby turun.


Hari ke-7. Bacaan darah mula menurun. Tak ingat berapa. Masa ni aku pulak bermasalah sembelit. Haha. Aku amat2 bersyukur punyai suami yang melayan kerenah aku. Punya la sorong aku dengan kerusi roda cari tandas yang aku nak (kahkah.sebab tandas dalam wad aku tak nak guna, teruk ya robbi).


Rutin aku makan, tengok anak tido. Hoh.Nyaman. kiki

Hari ke-8. Misi bawak baby ke katil aku. Yes, dah boleh room in bersama baby sebab bacaan darah baby makin menurun. Hehe. Petang tu pulak, doktor kata aku boleh discaj esok.yahooo.

Masa ni dah boleh room in sekali ngan baby. Kelambu khas dah buang. Sebelah tu katil aku attach katil baby.

Mishary bukak spek x-men.hihi sebab nak menyusu lepastu terlentok di katil aku.

Hari ke-9. Siap-siapkan baby tunggu surat doktor. Dan selepas hari tu setiap hari aku masih terpaksa ulang alik ke klinik cek bacaan darah baby.

Bersiap untuk pulang. Yeay!!

Mishary disahkan kena prolong jaundice. Mungkin disebabkan aku dan suami berdarah O+ dan berat badan 2kg++ potensi jaundice tinggi. Mungkin juga disebabkan oleh susu badan. Namun ianya tidaklah bahaya. Selepas habis pantang baru mishary fully recover.

Masih belum hilang kuningnya. Huhu


 Berbeza dengan anak2 buah aku yang lain jaundice cuma seminggu saja tak perlu warded. Maklumla anak depa semua semangat2.kihkih



Dalam tempoh sebulan tu macam2 aku cuba untuk turunkan kuning nya. Antaranya :-

1) Mandikan dengan air herba di toko cina
2) Mandikan air daun inai
3) Mandikan air teh
4) Mandikan air daun kucai (dalam banyak2 aku rasa ni plg berkesan)
5) Minum air anggur hitam
6) Minum air buah kundur.




Setakat ini saja, entry newborn dah jadi entry jaundice. Hahaha.


Takpe lah, dapat gak ilmu hilangkan jaundice anak kan. Kuikui.




Tq sebab baca ^-^


Saturday, January 23, 2016

Disebalik nama-Mishary Miqdaam

Assalamualaikum.

Entry ni nak cerita bagaimana anak aku dapat namanya. Hehe.

Anak nama apa?

Nama anak saya Mishary Miqdaam.

Apa?Nama apa?Ulang lagi sekali. :p

Hihihi.

Itu dialog yang seringkali terjadi. Kekeke

Ramai orang tak setuju
Buat muka pelik
Tanya berkali-kali


Bila aku sebut nama anak. Haha

Ada jugak yang menyindir secara menusuk ke kalbu.kahkah

Ni nama orang melayu ke nama orang india
Berbelit lidah nak sebut
Awak ni mesti suka tengok crita kartun kan, nama anak pun macam watak kartun. Ekekeke


Mih nak terangkan asal usul nama beliau.

Pada mulanya aku nak namakan dengan nama lain. Nama yang dipilih adalah Muhammad Zhill Addeen yang bermaksud Yang Terpuji Payung Agama. Nama ni aku ambil dari nama anak orang lain kemudian dipendekkan. Dah sepakat laki bini nak nama ni. Masa tu lebih kurang 2 3 hari sebelum aku bersalin.

Maka aku pun tanya ustazah (kat fb) berkenaan nama ni. Tiba- tiba ustazah tak setuju dengan nama ni. Katanya lagi molek kalau saya namakan sendiri nama anak (tak ambil nama anak orang lain). Dan ustazah tak suka maksud "payung" (zhill) pada nama. Macam kita panggil anak dengan gelaran payung. (Bila panggil dengan panggilan zhill).

Contoh : 

zhill, zhill mari tolong mama.

Akan memberi maksud


Payung, payung mari tolong mama. :')


Haha, sedih kan. Kalau panggil Addeen plak.

Agama, Agama mari tolong mama.


Haila, macam tak sesuai kan.huhu


Sebab, nama tu kan satu doa :)


Kami pun sepakat untuk kansel saja nama tersebut sehinggalah bayi lahir. Masuk hari ke 7 aku masih tidak mempunyai sebarang nama dalam kepala ni. (Walaupun hari- hari google nama bayi lelaki). 

Masih, Tuhan belum memberikan hint.

Sehinggalah satu hari, suami memberi cadangan untuk menamakan dengan nama Imam dan Qari yang bernama Sheikh Mishary Rashid Alafasy.



Sheikh Mishary bin Rashid bin Gharib bin Muhammad Al-Afasy is a Kuwaiti preacher, imam quran reciter and nasheed artist.
Born: September 5, 1976, Kuwait
Education: Islamic University of Madinah.



Bila suami sebut nama Mishary tu, aku sendiri pun rasa nama tu pelik. Nama pompuan ke nama lelaki misha misha ni. Haha.

 Pada ketika itu aku tak tau lagi Mishary tu nama imam.kekeke.

Aku tak setuju! Tambahan pula bila aku ada terbaca ada orang komen(kat group fb) nama mishary orang gelar mi-kari. 

Terus aku rasa lawak dan tak mahu orang ejek nama anak aku dengan nama Mi-Kari!! Kahkah

Aku bantah! Lagipun aku rasa nama tu sangat panjang "Mishary Rashid Alafasy".

Aku pun gigih cari lagi dan tetiba dalam banyak2 nama dalam list aku ternampak perkataan MIQDAAM.

Dan aku rasa best. Haha.

Selalu aku jumpa nama MIQDAD. 
Anak kawan aku nama Miqdad, anak jiran depan umah aku pun nama Miqdad. 

Jadi, miqdad dah selalu orang guna. 
Tapi Miqdaam takde lagi yang guna.

Plan awal nak nama huruf S sebab nama bapaknya mula huruf S. 
Dan M sebab nama aku start huruf M.kekeke

Cari2 aku pun berkenan dengan nama Syareeq Miqdaam. Bagitau husben, dia pulak tak setuju dengan nama Syareeq. 

Katanya macam nama kartun Shreek. Haha.

Jadi kami amik kesimpulan ambil nama yang masing-masing berkenan.

Mishary- husben pilih
Miqdaam - aku pilih



Seadil dan sekata.hehehe.


Maka terhasillah nama Mishary Miqdaam


Nak letak Muhammad kat depan husben kata panjang sangat pulak nama sebab nama dia pun dah 2 patah.

Mishary dan Miqdaam adalah dari perkataan Arab yang memberi maksud ;-

MISHARY - AHLI IBADAT/YANG MEMPUNYAI PENAMPILAN YANG BAGUS DAN INDAH
MIQDAAM- YANG BERANI



:)


Bagitahu kat wasap family nama ni, abang aku pun forward msg ni :-

*******
Mishary Rashid al Afaasy termasuk salah seorang qari terbaik dunia. 
Miqdam pulak termasuk salah seorang sahabat Nabi saw.

Miqdaam selain meriwayatkan hadith dr Nabi saw, tengok dgn sapo  lagi hok dia berguru? dgn Khalid al Walid - digelar pedang Allah - sahabat Nabi saw hok menang dlm semua peperangan ( tak pernah kaloh), Muaz bin Jabal ( hok alim haram halal - sebar Islam sampai ko China), Abu Ayyub al Anshari - sahabat Nabi saw hok try tawan Constantinople. Sesuai dgn nama dia Miqdaam - tok guru dia org2 berani blako wei...😍😄..

******



Sekian.

Tuesday, January 19, 2016

Makanan solid pertama Mishary

Assalamualaikum.

Mishary dah 6 bulan pada 17.7.2016.
Dah boleh bagi solid food dah.
Dia pun kalau nampak kita makan, cepat2 menjerit hulur tangan nak makan juga.

Makanan pertama yang aku bagi pada dia adalah puree kurma. 
Amboi,makan laju. Tak sempat aku sua dia dah nganga mulut. Kikiki
Lambat suap jerit nanges-nanges.
Tangan tu kalut nak pegang sudu juga :')

Cara nak buat puree kurma tu senang aje. Aku tak stim pun kurma tu sebab memang aku sengaja beli kurma yang lembik tu brand mehns ke ape.huhu.

Kurma tu bilas dengan air masak, buang kulit dan biji. Masukkan dalam mangkuk, masukkan air panas sikit,air mineral sikit bagi suam-suam. Pastu lenyek guna sudu.
Aku guna penapis juga nak asingkan serat kurma tu. Aku tak bagi serat sebab baby baru 6 bulan, masih perlukan makanan cair. Lagipun puree ni bukan untuk kenyangkan baby, tapi untuk bagi dia belajar merasa jer dulu. Sebelum ni memang aku fully breastfeeding baby. Tak campur susu formula, tak bagi minum air masak. Sepenuhnya susu badan. Jadi kurma ni makanan kedua lah mishary rasa. Kekeke


Friday, July 25, 2014

Ramadhan Yang Indah-Double line pertama

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ramadhan datang lagi.
Kali ini ramadhan disambut berdua pada mulanya, kemudian bertiga dipertengahannya dan kini kembali berdua pada hujung ramadhan. =)

Hehe, suatu pengalaman baru bagi aku.
Awal ramadhan, kami disambut dengan berita yang menggembirakan kami suami isteri.

Setelah 5 bulan berusaha, menanti, berdoa, merayu kepada Tuhan untuk dikurniakan zuriat, , doa kami diperkenankan.
Alhamdulillah, pada bulan keenam sebagai suami isteri aku disahkan hamil 4 minggu.

Betapa gembiranya rasa hati. 
Pertanyaanku pada Allah disetiap sujud solatku dijawab olehNya.
Adakah aku boleh mengandung?
Tuhan menjawabnya dengan cara yang terbaik bagiNya.

Dibulan Ramadhan, disaat aku mula berputus asa, disaat hati ku sudah mula mempertikaikan rezeki Allah, disaat aku mula berfikir yang tidak-tidak.

Tuhan telah menarikku kembali ke laluan asal.
Tuhan menarikku untuk kembali mempercayaiNya, untuk kembali yakin padaNya.

Upt positif seawal dpo11 @  11/7/2014

Aku boleh detect kehamilan sebelum due period seterusnya iaitu seawal dpo11(day past ovulation ) kerana aku mengamalkan kaedah BBT (Basal Body Temperature) sebagai salah satu langkah TTC(Trying To Conceive) sejak 3 bulan lalu, dan ini bermakna bbt aku yang ketiga.


Ya, enam kali UPT ku positif,
Tak cukup teruja, clear blue digital ku beli sampai 2 kali semata-mata ingin mempercayai yang aku benar-benar hamil!
Aku benar-benar boleh mengandung,
Terima kasih ya Allah.
Saat itu air mataku menitis laju,
Badan menggeletar apabila Tuhan telah menjawab soalanku.

Terasa berdosa, terasa bersalah tidak meletakkan kepercayaan kepadaNya.
Adakah aku telah memaksaMu?
Adakah aku terlalu meminta-minta?
Adakah aku tidak sabar menanti zuriatku?
Ya Allah, ampunkan segala dosaku. ='(

Namun, semua itu hanya pinjaman dariMu.
Disaat aku sedang berkira-kira menyambut Aidilfitri bersama orang ketiga dari perut ini,
Di saat aku telah mula berangan berpuasa penuh pada tahun ini,
Di saat aku sedang meneka-neka jantina anugerah ini,
Dan di saat aku merasa bahagia kerana boleh memberi zuriat kepada suamiku, cucu pertama kepada keluarga mertua,
Ketika itulah ujian datang untuk kami.

Pada usia kandungan 6 minggu, 
Cuma tinggal 6 hari baki ramadhan,
Aku telah tumpah darah!

Terkejut, panic, tetapi tidak sakit.
Masih boleh bertenang,
Everything gonna be okay,
Bleeding adalah perkara biasa pada peringkat awal kehamilan.

Rileks, masih mampu tersenyum,
Masih boleh berseloroh dengan officemate,
'Doakan saya ye'
Aku ke klinik sendirian,

Masa menunggu giliran, masa itulah macam-macam fikiran datang,
Baby okay ke?bertahanlah baby untuk mama,
Mulut tak henti berzikir, ya mubdi, ya raqib sampaila doktor panggil masuk bilik rawatan.


Setelah scan rahimku, doktor tak nampak dengan jelas janinku,
Mungkin sebab aku masih berpuasa, kekosongan pundi kencing menjejaskan imej scan.

Doktor asyik mengulang
Rahim awak kosong sambil menggeleng kepala
Aku mula risau.
Ectopickah aku?

Ectopic atau mengandung luar rahim boleh menyebabkan internal bleeding,
Itu yang aku baca.
Ya Allah janganlah ectopic fikirku.
Ectopic boleh membahayakan nyawa aku jika tidak dibuang janin itu.

Ectopic perlukan operation membuang bayi dan tiub fallapio.
Ya Allah jangan kau duga aku dengan sesuatu yang berat.
Janganlah uji kami sebegini.

Aku bertanya kenapa tak nampak doktor?saya ectopic?
Doktor menjawab, oh tidak scan tak nampak sebab bladder awak kosong.

Terasa lega sekejap, 
Dan menyambung kenapa saya bleeding?
Doktor cuma kata ini adalah tanda-tanda keguguran.

Masa tu rasa ada batu besar hempuk atas kepalaku.
Janganlah gugur.
Aku masih boleh bertenang, doktor menerangkan apa yang aku perlu buat sekiranya aku keguguran.
Jika gugur, akan keluar ketulan darah yang besar, terus ke hospital bersama ketulan itu.

Sebelum pulang, doktor beri ubat kuatkan rahim, 
kalau-kalau masih nak ada rezeki katanya,
Aku pulang dengan penuh harapan baby akan survive.

Aku masih menyedapkan hati sendiri,
Takkanlah gugur, darah sikit je keluar,
Aku masih tidak puas hati,
Aku nak tengok janin aku, selamatkah dia?

Pulang dari klinik, aku masih survey klinik yang masih buka walaupun dah pukul 5,30 petang,
Tak ada, mungkin malam ada.

Masuk kereta aku blur, apa yang perlu aku buat?
Aku menelefon mak, sebelum ini aku kuat, sedikit pun tak ada rasa sedih sebab masih mengharap kandungan ok, tapi bila dengar je suara mak tiba-tiba aku jadi lemah, air mata mula menitis dan last sekali aku meraung-raung macam orang gila dalam kereta.

Suami menyedapkan hatiku, baby ok.
Jangan fikir bukan-bukan.

Sampai dirumah, darah masih keluar,
Tapi kali ini warnanya merah segar.
Warna darah macam period.
Fresh blood tapi tidak berbau,
Berbeza dengan darah menstrual yang berbau hanyir.

Malam tu, aku ajak lagi suami ku ke klinik reza untuk scan 3d.
Aku mahu tengok babyku, walau untuk kali terakhir fikirku.
  
Sebaik sahaja doktor reza letak scan atas rahimku dia kata,
U ni dah keguguran, kantung dah melorot turun ke bawah, kantung u dah jadi bujur, sepatutnya bulat.
Jalur-jalur darah kelihatan, darah u tengah turun.
Jika macam ni, kemungkinan janin u tak menjadi.

Masa tu, aku redha seredha redhanya.
Tiada air mata yang menitis.
Tidak ada rasa sebak seperti sebelum ini.
 Tiada kesedihan, aku boleh senyum pandang doktor bila dia kata dont worry, cuba lagi next time.

Ketika ini aku letakkan kembali kepercayaanku pada Allah.
Aku pulangkan semula kegembiraan aku padaNya,
Aku terasa terpukul,
Aku rasa Tuhan sedang bercakap denganku,
Aku rasa Tuhan kata, kan dah cakap belum masanya,
Jangan terlalu mendesak Dia, jangan terlalu meminta-minta,
Jangan mempertikaikan kekuasaan Dia,
Dia tahu bila masanya aku telah sedia
Dia lebih tahu masa yang sesuai untuk aku.

Dengan berita ini aku gembira,
Gembira kerana aku telah pulangkan sesuatu yang bukan hak aku,
Aku telah pulangkan babyku kepada penciptaNya
Aku lebih tenang dan aku bersyukur kerana Tuhan sayangkan aku,
Dia telah menegurku dengan menunjukkan kekuasaanNya.

'Keluarlah baby, jangan sakitkan mama, keluar dengan mudah ya,'
Aku berdoa, ini bukan rezekiku, maka permudahkanlah urusan untuk mengeluarkannya dari rahimku.

Pagi esoknya, darah tak henti keluar.
Sakit, seperti senggugut.
Memulas-mulas perut ini.
Rasa nak buang air besar serta merta.
Hampir sejam aku dalam tandas, rasa macam ada benda nak keluar tapi tak keluar-keluar.
Aku give up, basuh mana yang patut :D, flush, angkat punggung nak bangun tiba-tiba keluar darah hitam pekat.

Lepastu keluarlah janin tu plup masuk dalam toilet bowl tak sempat nak sambut,
Dan rasa seketul lagi meluncur laju turun terus aku tadah tangan. Hahaha.
Satu sempat aku sambut, satu lagi selamat masuk toilet bowl.

Aku bungkus kedua-keduanya dengan tisu.
Jangan ditanya bagaimana aku ambil janin yang masuk toilet bowl itu, imagine sendiri >.<
Tragis sedikit disitu sampai tak ada ayat yang boleh ditulis. Bhahahaha.

Sebelum bergerak ke hospital bersama janinku, sempatlah juga aku selpie bersamanya.bhahahahahh.
Untuk kali pertama dan terakhir :)
Ibu dan anak katekannn
Bonding tu tetap ada walau cuma seketika :p


Itulah pengalaman baru untuk aku.
Mulai hari itu, bermulalah episod berpantang.
Berpantang seperti orang beranak.
Mujur ada ibu, mujur juga ada suami yang baik hati.
Alhamdulillah suami baik sangat menjagaku.

Orang berpantang jadi queen untuk 2 minggu. Bahagianya ^,^

Suami buatkan air panas untuk aku mandi,
Suami urut minyak panas.
Tenkiu husband.
I love you till the end.

Pengalaman menarik untukku, walaupun belum pernah merasa sakitnya beranak sakitnya contraction tapi aku dah rasa sakitnya keguguran =)
Walaupun belum pernah merasa pengalaman melahirkan setidak-tidaknya aku pernah merasa perasaan janinku keluar dari rahim ini. =)

Atau setidak-tidaknya aku dapat merasa pengalaman mengandung 6 minggu sebelum benar-benar bergelar ibu, setidak-tidaknya aku merasa menjadi perempuan yang boleh mengandung, cuma rezeki belum berpihak padaku.
Kandunganku tidak menjadi.
Ada hikmah yang tersembunyi =)
Ku redha dan terima dengan hati terbuka.








P/:Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat =)

Monday, July 21, 2014

23 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum =)


May, Jun, Julai ; Lama sungguh kesayangan ini ditinggalkan.
Maklumlah dah ada kesayangan lain.
Hehehekk. :p

Owh, selamat menyambut Ramadhan.
errr, walaupun cuma tinggal 7 hari lagi baki ramadhan, rasanya masih belum terlambat nak ucap, kan?

:'D

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni aku dapat puasa penuh. In Shaa Allah.
Syukur Alhamdulillah, atas nikmat dan kurniaan dari Allah.
Berkat Ramadhan Allah berikan rezeki melimpah-limpah untuk aku dan suami.
Terima kasih Allah :D


*terharu*

Marilah kita sama-sama meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini.

Aku berusaha untuk jadi hamba Allah yang lebih taat (in shaa Allah), cuba menjadi isteri yang terbaik untuk suami yang aku sayang ( dunia dan akhirat, in shaa Allah), dan cuba menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak suatu hari nanti. In Shaa Allah. Atas izin dariNya, moga-moga hasratku ini tercapai. Amin.





P/S: Terima kasih Allah. Syukur, Kau makbulkan doa-doaku. Kau jawab setiap esak tangis dan rayuanku dengan sesuatu tidak aku jangka, Alhamdulillah atas kasih sayang ini. =)

Jumaat, 13Ramadhan 1435H. Tarikh yang amat bermakna diseluruh hidupku T_T

Monday, May 19, 2014

BBT (Basal Body Temperature).

Assalamualaikum :)


Lama dah tak buat entry luahan perasaan ni. 
Asyik-asyik entry yang dah basi tu aje +_+

Erm, cerita terbaru kat ofis adalah kami dapat bos baru. Yeayy!!
Ni bos ketiga sejak aku di sini selama 4 tahun dan in shaa Allah kalau rezeki masih di sini dan akan stay sehingga aku sudah rasa mahu chaow. Tu pun tengoklah bertahan sampai bulan 12 ke tidak. Hehehehh.
Bos kedua tak sempat aku nak coret-coret di sini sebab 9 bulan saja berkhidmat. Sedih.

Ni bos ketiga, tak tahu la okay ke tidak sebab belum bertemu mata ke mata lagik. Hati ke hati idoklah mungkin. Huahhahah.

Cerita seterusnya adalah sekarang aku tengah berTTC (trying to conceive).
Memandangkan faktor umur yang sudah mau jadi nenek (kahkah), usaha yang harus digembleng adalah seratus persen. Bhahahahh.

Bosan jugak asyik-asyik orang duk gosok perut kite yang boncit ni aje.
Kalau boncit sebab baby bump takpe lah jugak.
Ini idok, boncit banyak tahik.
+_+

Ehe, minggu lepas (14.5.2014) aku pergi jumpa gynea.
Asalnya tak nak pergi lagi sebab baru 3 bulan plus plus aje kahwen, tak nyempat benor lagaknya kihkih tapi sebab perut ni sakit amat time datang bulan haritu risau gakla kot ade endometriosis ke cyst atau penyakit-penyakit bahaya lain (nauzubillah).

Sudahnya doktor scan perut gebuku ini bhahahahahh. Tapi tak berapa nak clear sangat sebab doktor kata masa scan tu pundi kencing aku kosong. Sepatutnya nak scan pundi kencing mesti penuh baru boleh nampak dengan jelas. Hurm, manalah den tahu. Rasa bodoh tetiba sebab tak buat research dulu cane nak scan. T_T

Result scan langsung tak memuaskan hatiku. Pehh. 
Walaupun doktor kata rahim aku cantik je normal je tapi aku tak puas hati jugak sebab doktor tak terangkan pun macam mana normal yang diperkatakan itu dengan skrin scan yang nampak tak nampak saja.
hoihh. So, aku buat andaian doktor tu main teka je. Bulih camtu?

Lepastu doktor bagi aku Clomid 150mg, makan untuk hari ke 2-7 period.
Perghh!!Yang ni buat darah aku menyirap pantas aje. Rasa nak karate saja.
Aku tak boleh terima doktor bagi clomid sedangkan dia TAK CHECK telur/ovum aku pun.

Mudahnya clomid yang dikatakan ubat terkawal tu diberi sesuka hati. Ntahla, mungkin doktor lebih tahu tapi ermmm aku rasa masih terlalu awal untuk doktor bagi clomid dengan dos yang begitu tinggi pada aku yang baru berkahwin 3 bulan dan belum diketahui sakit apa!!!

Zzzzz.

Nota: Mengikut pemahaman aku clomid selalunya akan dibekalkan kepada pengidap PCOS atau cyst. Atau bagi mereka yang mempunyai masalah telur/ovum samada tidak berlaku ovulasi, telur terlalu kecil  atau telur tidak matang. Doktor juga akan memberikan clomid kepada mereka yang ingin memiliki anak setelah mencuba lebih dari 2 tahun. Selalunya bagi mereka yang usia perkahwinan kurang dari setahun doktor tak bekalkan clomid. Dan juga clomid harus diambil dengan pengawasan doktor tidak boleh diambil sesuka hati kerana mempunyai kesan sampingan untuk menipiskan dinding rahim dan perlu dimakan tidak lebih dari 6 cycle (atau 12?) sepanjang hayat. 

Aku salah ke? Salah ke pemahaman aku?

Tapi aku tak makan pun clomid tu. Sebab tak yakin pada doktor. Sebab aku rasa pengetahuan aku lagi tinggi dari doktor tu. Bhahahahahahh. Dan sebab paling utama aku masih tak perlukan clomid tu buat masa sekarang.


Aku tahu tubuh badan aku lebih dari doktor yang check tak sampai 10 minit tu. Aku tahu aku bertelur/ovulasi bila. Aku tahu aku ovulate cantik aje bulan tu. Aku tak perlukan clomid lagi. 
*kerek* sambil kembangkan hidung >..<

Macam mana aku tahu?

Sebab aku ber BBT (Basal Body Temperature). Dan aku paham. Paham dengan jelas. Rasa-rasanyalah. Ehe.

Serba sedikit tentang BBT.

 Basal Body Temperature/suhu badan asas ini adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti hari subur/ovulasi dengan lebih tepat. Selain itu dengan kaedah BBT, kita boleh memahami sistem reproduktif tubuh badan sendiri. Sebagai contoh:-

1) Walaupun setiap bulan kita period tak semestinya kita ovulasi pada bulan tersebut. Bermakna kita period tanpa ada telur/ovum. Biasanya kes sebegini dikaitkan dengan kekurangan hormon progestron.

2) Tak semestinya hari subur/ovulate kita jatuh pada hari 13 atau 14. Setiap orang berbeza. Di sini pentingnya BBT untuk detect bila hari subur kita. Ada yang ovulate pada hari ke 16, 20, 40, bila tunggu period tak datang-datang(delay) ingat dah pregnant tapi UPT negative padahal ovulate pun tidak lagi. heheheh.

3) Selepas ovulate dipanggil DPO (Day Pass Ovulate). Setiap orang mempunyai tempoh dpo yang berbeza. Ada yang 10-13. Kebiasaannya bila suhu jatuh pada dpo13, esoknya mesti period. Walaubagaimanapun, jika anda period sebelum dpo10 kebiasaannya anda mempunyai masalah dalam rahim. (Pcos). Wallahuallam.

4) Sekiranya DPO anda lebih dari 16 (> DPO16), sila buat UPT kerana kemungkinan anda sudah pregnant! Heee :D



5) Sebelum anda ovulasi suhu anda akan rendah dan drop sehari sebelum ovulasi, bila suhu anda meningkat untuk 3 hari berturut-turut bermakna ovulasi telah pun berlaku. Suhu akan maintain tinggi (atas coverline) sehinggalah period bulan seterusnya bermula dan suhu akan drop sedikit semi sedikit.

6) Tetapi sehingga DPO 16 suhu masih tinggi dan mempunyai tripbaptic patern (peningkatan suhu 3 hari berturut-turut) kemungkinan UPT anda akan POSITIVE.

*perkongsian dari member forum ratu hati.


Puas hati?

Heee, aku pun memula ingat hari subur aku pada hari ke 14 sebab cycle 28 hari. Kira separuhla kan. Tapi rupa-rupanya idok, hari subur jatuh pada hari ke 16. Hoi, baru tahu. Patut belum menjadik lagi. Kihkih.

See, ini graft BBT aku untuk cycle pertama. Hehe.


Ha, palang merah tu adalah hari aku ovulasi. CD16. Selepas ovulasi suhu meningkat atas coverline untuk 3 hari berturut-turut. Pada DPO13 suhu aku drop, bermakna esoktu (DPO14) aku akan period. Dan ianya benar sama sekali. Kahkahkah.

Ehem, kat depan-depan tu lompong sebab tak beli termometer lagik. Aku baru start BBT pada cd10. Huehue :'P


Eh, dah lunch hour. Jom keluar makan. Gitu je ending. Heeee.

Doakan kami :'D

Sunday, May 4, 2014

Kisah Kita Part 2- Akad Nikah.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk 'bercerita' mengenai hari besar itu.
Seperti yang telah dimaklumkan berkali-kali
Aku telah rasminya dinikahkan(muka excited ;D) dengan mr hubby pada hari Jumaat , 31 Januari 2014.
Kami dinikahkan selepas solat Isyak (8.45 malam) di Masjid Al Taqwa.
Jarak dari rumah dengan masjid cuma 5 minit perjalanan saja. :)

Malang bagi aku pada pagi Jumaat tersebut telah berlaku satu incident yang buat aku jadi huru hara sepanjang hari! 24 jam sebelum akad nikah dimulakan. Pehh.
Ini bukan dugaan pertama aku, cuma bila dugaan jadi dalam tempoh kurang 24 jam dari majlis akad nikah maunya tak meroyan aku.

Pada pagi itu telefon bimbit aku kena curi!
Ya, kena curi.
Benda yang PALING PENTING masa tu telah Hilang!

Telefon tu hilang!
Telefon yang ada contact number mak andam, bridal, photographer, pelamin, khemah, lori aiskrim, DJ, tukang masak telah hilang!
Lebih sakit hati aku tak buat backup kat mana-mana pun. Huwaaa.
Tambah-tambah mendukacitakan nombor telefon kawan-kawan juga turut hilang.
Sebab aku save semua nombor dalam simcard.
Simcard tu pulak aku dah guna sejak 2007 dan tak pernah tukar number phone.
SEMUANYA HILANG SEKELIP MATA SAJA!

:'(

Aku tak dapat kontek SEMUA ORANG.
Termasuk mak andam yang nak make upkan malam nanti (akad nikah).
Majlis Resepsi pula besoknya 1hb Februari 2014.
Khemah tak pasang lagi.
DJ dan lori aiskrim dah konfem tapi diorang tak tau lokasi rumah lagi sebab belum bagi detail.
Nasib baik pelamin dah pasang hari Jumaat tu. :'(

Aku STRESS sepanjang hari.
Aku tak tahu nak buat apa.
Macam mana nak kontek diorang, macam mana diorang nak kontek aku.
Haisshhh.

Sepanjang hari aku menangis saja. Hahaha.
Aku jadi LOST. Tak tahu nak buat macam mana.
Tak dapat nak fikir.
Even nombor telefon tunang sendiri aku lupa.
Kahkahkah!

Lepas dah tenang sikit, dah cool, dah boleh bertenang aku dapat idea kontek tunang guna facebook. Haha.
Lepas tu pinjam telefon adik.
Benda pertama aku buat adalah cari nombor telefon mak andam sebab dia nak datang make up malam nanti.(malam akad nikah)
Masa ni tak tahu pun mak andam ada facebook.
Jadi aku telah kerahkan tunang pergi ke butik beliau. Haha
SETTLE satu.

Cari balik nombor kontek fotographer pun guna facebook.
Masalah bagi DJ dan lori aiskrim sebab diorang takde facebook.
Pergi kedai diorang semula. Dalam satu hari tu kurang 24 jam dari akad nikah aku ke hulu ke hilir menjejak semula diorang!

Dengan jari tangan dan kaki PENUH INAI.
Berjalan kesana sini orang pandang semacam jer.
Bukan sebab inai kat tangan tapi sebab RUPA DAH MACAM ZOMBI dengan mata bengkak sebab menangis dan tak terurus sebab STRESS. Hahahaha.

Dah settle dapat semua kontek nombor, abang aku ajak pergi balai polis buat report kecurian.
Masa tu dah pukul 5.30 petang.
Punyalah lama tunggu giliran.
Pukul 6.45 petang tak settle lagi kat balai polis.
Pukul 8.45 nanti dah nak akad di masjid.
Nak make up lagi, nak bersiap lagi!
Haisssh. Sempat ke tidak ni.

Pukul 7 belum settle lagi aku cakap kat polis nak pulang sebab akad nikah nak mula pukul 8.45 malam.
Kami pun pulanglah, ingat dah settle boleh terus mandi dan bersiap untuk acara tu tapi rupa-rupanya tidokkk!
Boleh pulak aku tertinggal kad pengenalan di balai polis tadi.
Kahkahkah.
Tiba-tiba polis call suruh datang amik kad pengenalan.
Nak nikah cemana hoi kad pengenalan pun takdok.
Kang tak pepasal aku jadi warga bangladesh!
Haha.

Balik rumah fitting baju nikah, baju besar la pulok!
Rupanya bridal tu tak ejast lagi baju nikah tu padahal dah bagitahu berkali-kali.
Yang sakit hatinya hari Jumaat baru bagi baju padahal dah cakap nak baju awal-awal.

Lepas Magrib, mak dan abang-abang aku dah berangkat ke masjid.
Cuma aku belum  berangkat sebab tak habis bersiap lagi.
Aku sampai di masjid masa orang tengah sembahyang Isyak. :p
Rombongan lelaki dah sampai sewal Magrib. Huuu :D

Perasaan bercampur baur.
Salam dengan mak minta maaf jika selama ni ada salah dan silap dengan dia.
Suruh halal makan minum sebab lepasni automatik dosa dan pahala aku digalas oleh suami.
Bukan lagi mak. (dan juga arwah ayah T_T)



Dan malam tu dengan emosi terusik, muka bengkak sebab menangis, baju besar, stress berganda-ganda
SAHlah aku sebagai isteri.
Huhuhh.
Nasib baik makeup cantik, dapatlah ubat hati yang lara ni.
Hehehehhh.



Cantik ke? Cantik la kot.

Tapi memang aku tak senyum langsung hoi.
Tak boleh nak senyum.
Muka jadi ketat sangat-sangat sebab emosi macam ombak di lautan.
mengganas dan menggila.


Lepas tu ada makan sikit-sikit kat rumah.
Balik rumah aku masuk bilik menangis lagi!
Sebab rasa sedih.

Sedih bercampur baur.
Sedih sebab handphone hilang (telefon orang hadiahkan bersama memori-memori indah yang turut hilang)
Sedih sebab dah jadi isteri orang. (terharu kot? sebab after all this happen to me at last jadi jugak aku menikah)
Sedih sebab dah ada tanggungjawab lain-sebagai isteri orang, beratnya tanggungjawab tu. =,=
Sedih sebab fikirkan cemana ntah majlis resepsi esok sebab tak well prepared lagi dengan masalah hura hara yang datang tiba-tiba. +_+
Dan paling sedih sebab tak dapat nak kontek kawan-kawan yang akan datang majlis resepsi esok!
Huwaaaaa.

Jadi malam nikah aku adalah malam bersedih.
Hahaha.
Nak buat cemana semua ni adalah dugaan.
Pujuk hati, dugaan dari Allah ini maknanya Allah sayang.
Dia tak duga kalau Dia tak sayang. Heh!

Dan kerana incident ini, EMOSI semua ORANG turut BERUBAH!
Aku takkan lupakan hari ini.
Takkan sekali-kali.

Rasa nak je aku bunuh pencuri tu!!
Dia dah mengHANCUR BELAHkan hari aku.
Hari yang sepatutnya aku tenang dan enjoy the moment dah jadi hari yang penuh dengan TEKANAN dan rasa MARAH yang membuak.
Dia dah mengKACAU BILAUkan hari aku!
Aku takkan maafkan dia sampai aku mati!
Kat syurga nantipun aku takkan maafkan dia.
Tunggulah balasannya nanti,
Perbuatan dia itu akan jadi TEMBOK TINGGI penghalang untuk dia langkah ke syurga!

Hamboi, marah.
Aku memang marah.
Marah sungguh!
Tiba-tiba entry ni juga dah jadi entry emosi.

Hahahaha.

Sampai sini dulu, kang tak pepasal keluar carut marut kat sini.
Marah kat pencuri punya pasal.

:'P

Doakan kami bahagia sampai syurga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...