KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Showing posts with label kehilangan. Show all posts
Showing posts with label kehilangan. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

Hatiku Rapuh.

Assalamualaikum.

Secara jujur, saya masih lagi sedang bersedih dengan kehilangan anugerah Allah yang sangat-sangat bernilai pada saya, dan juga suami.

Sudah 2 bulan berlalu.
Namun perasaan itu masih terasa baru semalam terjadi.

Saya nampak ok, cuba bina harapan baru, namun hakikatnya dalam hati yang paling dalam, saya terasa sakit. Sedih. tertekan dengan keadaan ini.
Allah.

Tak mampu untuk saya huraikan, cukuplah saya katakan apabila membaca/mendapat tahu berita tentang keguguran/kehilangan yang terjadi pada orang lain, saya akan turut menangis sama.
Kadang-kadang saya rasa, saya orang yang paling kuat, mampu menyembunyikan kesedihan namun ada masanya saya rasa saya adalah orang yang paling lemah sekali.

Entah kenapa, memang kebahagian itu tidak boleh diukur dengan apa yang kita ada dan tiada. Apa yang mereka punya, mereka bahagia. Memang, kebahagiaan itu adalah dari cara kita mengolah sendiri tentang apa yang kita ada.

Namun, tidakkah kau merasa tersentap bila sesuatu yang kau namakan 'bahagia' itu direntap dalam masa kurang dari dua hari. Sepantas itu, begitu sahaja. Allah.

Saya, masih terasa terkilan dengan kehilangan ini.

Lama, saya tunggu. Mungkin tak selama orang lain. Mungkin juga masih terlalu awal untuk orang lain. Tapi bagi saya, lama. Terlalu lama. 

Saya menangis disetiap sujud saya, sepanjang hari, setiap kali. Allah. Hanya Allah yang tahu betapa runtunnya hati ini.

Rapuh. Hancur.

Dengan penuh harap, saya menadah tangan. mengharap Tuhan makbulkan doa saya. 
Menangis, dan kadang kala merintih. Merayu.
Kadang mempertikai; cuba bersangka baik namun hati manusia ini tidaklah sekuat mana.

Dan Tuhan makbul.
Allah. Sujud syukur padaNya saya tak lupa.
Kembali menangis menadah tangan, Syukur Ya Allah Kau perkenankan.
Syukur, Alhamdulillah, Kau masih sayang.

Bahagianya ku rasa. Hati berbunga-bunga.
Senyum sepanjang masa.
Wah, doaku diterima.
Aku bakal perolehi orang baru.
Seronok.
Mama dan Papa sudah mula dalam fikiran.
Agaknya lelaki ke perempuan.
Hihi. Suka.
Berangan-angan,
Fuh, harapannya tinggi melangit. Menongkak awan, jauh ke atas.
Dah tak pandang lagi ke bawah.
Kalau boleh nak beritakan pada dunia,
Lihatlah dunia, aku bakal menjadi Mama.
Excitednya bukan main.
Dah tak ingat apa.
Aku manusia paling gembira dalam dunia. Pehhh.


Namun, siapa aku untuk mengiyakan apa yang Tuhan kata Tidak.
Siapa aku?
Bila Tuhan kata, masih bukan rezekimu, habis aku mahu kata apa lagi.
Sakit untuk aku terima. Sangat sakit.

Sepanjang masa, aku mencari jawapan.
Apakah penyebab aku keguguran?
Apa puncanya?
Dimanakah salahnya?

Setiap kali berjumpa doktor, tak kiralah klinik swasta mahupun kerajaan.
Soalan sama ku ulang.
Mengapa saya keguguran?

Seperti biasa, doktor tak mampu memberi jawapan tepat.
katanya banyak kemungkinan. terlalu banyak.
Kita tak dapat pastikan mengapa.
Kerana pada peringkat awal kehamilan ianya terlalu subjektif .
Tapi jawapan yang semua orang Islam harus terima adalah
MASIH BELUM REZEKI.


*********

Entry yang tersimpan lama dalam folder draft. Luahan hati setelah kehilangan bayi pertama dalam kandungan.
Semoga menjadi kenangan.

Perasaan sebelum Tuhan hadiahkan Mishary dalam hidup mama. :'(

Alhamdulillah.

Friday, July 25, 2014

Ramadhan Yang Indah-Double line pertama

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ramadhan datang lagi.
Kali ini ramadhan disambut berdua pada mulanya, kemudian bertiga dipertengahannya dan kini kembali berdua pada hujung ramadhan. =)

Hehe, suatu pengalaman baru bagi aku.
Awal ramadhan, kami disambut dengan berita yang menggembirakan kami suami isteri.

Setelah 5 bulan berusaha, menanti, berdoa, merayu kepada Tuhan untuk dikurniakan zuriat, , doa kami diperkenankan.
Alhamdulillah, pada bulan keenam sebagai suami isteri aku disahkan hamil 4 minggu.

Betapa gembiranya rasa hati. 
Pertanyaanku pada Allah disetiap sujud solatku dijawab olehNya.
Adakah aku boleh mengandung?
Tuhan menjawabnya dengan cara yang terbaik bagiNya.

Dibulan Ramadhan, disaat aku mula berputus asa, disaat hati ku sudah mula mempertikaikan rezeki Allah, disaat aku mula berfikir yang tidak-tidak.

Tuhan telah menarikku kembali ke laluan asal.
Tuhan menarikku untuk kembali mempercayaiNya, untuk kembali yakin padaNya.

Upt positif seawal dpo11 @  11/7/2014

Aku boleh detect kehamilan sebelum due period seterusnya iaitu seawal dpo11(day past ovulation ) kerana aku mengamalkan kaedah BBT (Basal Body Temperature) sebagai salah satu langkah TTC(Trying To Conceive) sejak 3 bulan lalu, dan ini bermakna bbt aku yang ketiga.


Ya, enam kali UPT ku positif,
Tak cukup teruja, clear blue digital ku beli sampai 2 kali semata-mata ingin mempercayai yang aku benar-benar hamil!
Aku benar-benar boleh mengandung,
Terima kasih ya Allah.
Saat itu air mataku menitis laju,
Badan menggeletar apabila Tuhan telah menjawab soalanku.

Terasa berdosa, terasa bersalah tidak meletakkan kepercayaan kepadaNya.
Adakah aku telah memaksaMu?
Adakah aku terlalu meminta-minta?
Adakah aku tidak sabar menanti zuriatku?
Ya Allah, ampunkan segala dosaku. ='(

Namun, semua itu hanya pinjaman dariMu.
Disaat aku sedang berkira-kira menyambut Aidilfitri bersama orang ketiga dari perut ini,
Di saat aku telah mula berangan berpuasa penuh pada tahun ini,
Di saat aku sedang meneka-neka jantina anugerah ini,
Dan di saat aku merasa bahagia kerana boleh memberi zuriat kepada suamiku, cucu pertama kepada keluarga mertua,
Ketika itulah ujian datang untuk kami.

Pada usia kandungan 6 minggu, 
Cuma tinggal 6 hari baki ramadhan,
Aku telah tumpah darah!

Terkejut, panic, tetapi tidak sakit.
Masih boleh bertenang,
Everything gonna be okay,
Bleeding adalah perkara biasa pada peringkat awal kehamilan.

Rileks, masih mampu tersenyum,
Masih boleh berseloroh dengan officemate,
'Doakan saya ye'
Aku ke klinik sendirian,

Masa menunggu giliran, masa itulah macam-macam fikiran datang,
Baby okay ke?bertahanlah baby untuk mama,
Mulut tak henti berzikir, ya mubdi, ya raqib sampaila doktor panggil masuk bilik rawatan.


Setelah scan rahimku, doktor tak nampak dengan jelas janinku,
Mungkin sebab aku masih berpuasa, kekosongan pundi kencing menjejaskan imej scan.

Doktor asyik mengulang
Rahim awak kosong sambil menggeleng kepala
Aku mula risau.
Ectopickah aku?

Ectopic atau mengandung luar rahim boleh menyebabkan internal bleeding,
Itu yang aku baca.
Ya Allah janganlah ectopic fikirku.
Ectopic boleh membahayakan nyawa aku jika tidak dibuang janin itu.

Ectopic perlukan operation membuang bayi dan tiub fallapio.
Ya Allah jangan kau duga aku dengan sesuatu yang berat.
Janganlah uji kami sebegini.

Aku bertanya kenapa tak nampak doktor?saya ectopic?
Doktor menjawab, oh tidak scan tak nampak sebab bladder awak kosong.

Terasa lega sekejap, 
Dan menyambung kenapa saya bleeding?
Doktor cuma kata ini adalah tanda-tanda keguguran.

Masa tu rasa ada batu besar hempuk atas kepalaku.
Janganlah gugur.
Aku masih boleh bertenang, doktor menerangkan apa yang aku perlu buat sekiranya aku keguguran.
Jika gugur, akan keluar ketulan darah yang besar, terus ke hospital bersama ketulan itu.

Sebelum pulang, doktor beri ubat kuatkan rahim, 
kalau-kalau masih nak ada rezeki katanya,
Aku pulang dengan penuh harapan baby akan survive.

Aku masih menyedapkan hati sendiri,
Takkanlah gugur, darah sikit je keluar,
Aku masih tidak puas hati,
Aku nak tengok janin aku, selamatkah dia?

Pulang dari klinik, aku masih survey klinik yang masih buka walaupun dah pukul 5,30 petang,
Tak ada, mungkin malam ada.

Masuk kereta aku blur, apa yang perlu aku buat?
Aku menelefon mak, sebelum ini aku kuat, sedikit pun tak ada rasa sedih sebab masih mengharap kandungan ok, tapi bila dengar je suara mak tiba-tiba aku jadi lemah, air mata mula menitis dan last sekali aku meraung-raung macam orang gila dalam kereta.

Suami menyedapkan hatiku, baby ok.
Jangan fikir bukan-bukan.

Sampai dirumah, darah masih keluar,
Tapi kali ini warnanya merah segar.
Warna darah macam period.
Fresh blood tapi tidak berbau,
Berbeza dengan darah menstrual yang berbau hanyir.

Malam tu, aku ajak lagi suami ku ke klinik reza untuk scan 3d.
Aku mahu tengok babyku, walau untuk kali terakhir fikirku.
  
Sebaik sahaja doktor reza letak scan atas rahimku dia kata,
U ni dah keguguran, kantung dah melorot turun ke bawah, kantung u dah jadi bujur, sepatutnya bulat.
Jalur-jalur darah kelihatan, darah u tengah turun.
Jika macam ni, kemungkinan janin u tak menjadi.

Masa tu, aku redha seredha redhanya.
Tiada air mata yang menitis.
Tidak ada rasa sebak seperti sebelum ini.
 Tiada kesedihan, aku boleh senyum pandang doktor bila dia kata dont worry, cuba lagi next time.

Ketika ini aku letakkan kembali kepercayaanku pada Allah.
Aku pulangkan semula kegembiraan aku padaNya,
Aku terasa terpukul,
Aku rasa Tuhan sedang bercakap denganku,
Aku rasa Tuhan kata, kan dah cakap belum masanya,
Jangan terlalu mendesak Dia, jangan terlalu meminta-minta,
Jangan mempertikaikan kekuasaan Dia,
Dia tahu bila masanya aku telah sedia
Dia lebih tahu masa yang sesuai untuk aku.

Dengan berita ini aku gembira,
Gembira kerana aku telah pulangkan sesuatu yang bukan hak aku,
Aku telah pulangkan babyku kepada penciptaNya
Aku lebih tenang dan aku bersyukur kerana Tuhan sayangkan aku,
Dia telah menegurku dengan menunjukkan kekuasaanNya.

'Keluarlah baby, jangan sakitkan mama, keluar dengan mudah ya,'
Aku berdoa, ini bukan rezekiku, maka permudahkanlah urusan untuk mengeluarkannya dari rahimku.

Pagi esoknya, darah tak henti keluar.
Sakit, seperti senggugut.
Memulas-mulas perut ini.
Rasa nak buang air besar serta merta.
Hampir sejam aku dalam tandas, rasa macam ada benda nak keluar tapi tak keluar-keluar.
Aku give up, basuh mana yang patut :D, flush, angkat punggung nak bangun tiba-tiba keluar darah hitam pekat.

Lepastu keluarlah janin tu plup masuk dalam toilet bowl tak sempat nak sambut,
Dan rasa seketul lagi meluncur laju turun terus aku tadah tangan. Hahaha.
Satu sempat aku sambut, satu lagi selamat masuk toilet bowl.

Aku bungkus kedua-keduanya dengan tisu.
Jangan ditanya bagaimana aku ambil janin yang masuk toilet bowl itu, imagine sendiri >.<
Tragis sedikit disitu sampai tak ada ayat yang boleh ditulis. Bhahahaha.

Sebelum bergerak ke hospital bersama janinku, sempatlah juga aku selpie bersamanya.bhahahahahh.
Untuk kali pertama dan terakhir :)
Ibu dan anak katekannn
Bonding tu tetap ada walau cuma seketika :p


Itulah pengalaman baru untuk aku.
Mulai hari itu, bermulalah episod berpantang.
Berpantang seperti orang beranak.
Mujur ada ibu, mujur juga ada suami yang baik hati.
Alhamdulillah suami baik sangat menjagaku.

Orang berpantang jadi queen untuk 2 minggu. Bahagianya ^,^

Suami buatkan air panas untuk aku mandi,
Suami urut minyak panas.
Tenkiu husband.
I love you till the end.

Pengalaman menarik untukku, walaupun belum pernah merasa sakitnya beranak sakitnya contraction tapi aku dah rasa sakitnya keguguran =)
Walaupun belum pernah merasa pengalaman melahirkan setidak-tidaknya aku pernah merasa perasaan janinku keluar dari rahim ini. =)

Atau setidak-tidaknya aku dapat merasa pengalaman mengandung 6 minggu sebelum benar-benar bergelar ibu, setidak-tidaknya aku merasa menjadi perempuan yang boleh mengandung, cuma rezeki belum berpihak padaku.
Kandunganku tidak menjadi.
Ada hikmah yang tersembunyi =)
Ku redha dan terima dengan hati terbuka.








P/:Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat =)

Wednesday, April 16, 2014

Takut

Assalamualaikum.


Pernah tak korang rasa takut yang amat bila mahu berhadapan dengan seseorang?
Bukan sekadar nak mengadap muka dia je, malah mahu dengar suaranya juga amat menakutkan.
Bukan nak jumpa pun, cuma nak call- tu pun aku berfikir panjang-panjang panjanggg dulu sebelum dial no phonenya.

Pehhh, takut yang amat.
Dalam hati duk zikir Ya Latiff Ya Latiff Ya Latiff

Mudah-mudahan dilembutkan hatinya.

Nak bercakap je pun, nak tanya pasal kerja bukan nak mengorat pun.Haha
Tapi dalam dada ni dupdap dupdap duk rasa.
Nerves bak hang
Tunggu orang sebut 'sah' masa akad nikah dulu pun tak nerves cenggini.
Haihh. Berpeluh-peluh. :D

Sepanjang aku hidup kat bumi ni,
Aku hanya takut pada 4 orang,
Setakat hari ini lah.

1. Arwah Ayah.
2. Sr Azlan Raofuddin-lecturer qs masa kat USM.
3. En Jawa*** Dollah- Bekas Bos Kel***
4. W** Hass*n(Bukan nama sebenar)ekekek

Di mana keempat-empat mereka mempunya watak yang sama.

Macam SINGA.
Eh tak, macam NAGA.

kerja NAK TELAN orang ja!!

Cakap sikit nak marah, nak tengking!

Ingat aku apa. Aku ada perasaan tahu.

Atau sebenarnya mereka bukan marah pun, tapi cara/watak diorang dah macam tu sampai aku jadi gerun.
Haiiihh.


Cemana ni, sekejap lagi aku kena call orang no 4 tu.
Tanya pasal kerja, tapi dalam dada ni ya ampun tak mahuuuu.
Rasa nak berhenti kerja serta merta!
Hahaha.

Kalau mereka tu macam En Ammar dalam drama Anugerah Terindah slot Samarinda TV3 jam 10.00 mlm hari Rabu dan Khamis tu tak apa lagi.
Walaupun garang tapi boleh tahan lagi.
ehem ^^

Setidak-tidaknya garang tapi muka hensem yang amat lega la jugak.
kahkahkah.

ni dahla perangai macam naga, rupa pun elok sikit dari hantu jembalang kubur
cemana ntah jembalang kubur.hihihihi

eh, tak baik kutuk orang!
eh, terkutuk bapak sendiri pula sebab dah masuk dalam senarai no 1 tu. Haha :'D
Tak laaa, bapak aku tu terkecuali lah dari jembalang kubur tu.
tengoklah anaknya rupa cemana
kan jauh beza jembalang kubur dengan rupa puteri rosalinda ayamor nih!
Kahkahkah.


Adeh,
Penat dah mengeluh.
kan bagus kalau tak perlu jumpa dengan orang-orang yang wataknya macam ni.
Penatnya nak berhadapan.
Penatnya nak tahan telinga
Penatnya nak zikir Ya Latif Ya Latif tiap kali nak bercakap dengan dia
Penatnya nak hadap kerenah dia yang ntah apa-apa!
Penatnya Ya Allah.
Penat sungguh.

Hmmm.


.

.

.

.

.

.



P/S: Ada orang kata mengadu perihal bos/kerja kat blog adalah tak profesional langsung! Haihh.. Dah tu nak mengadu kat sape? kat ko yang cakap tak pro tu ke?? Lagilah hampeh!!

Tuesday, April 15, 2014

Nota Kauseling.

Apabila kita meminta bantuan terhadap seseorang, atau orang itu terlalu sensitif terhadap percakapan kita sehingga belum mahu memaafkan kita, jangan salahkan beliau.

Cuba periksa akaun BANK EMOSI yang kita depositkan ke dalam hati beliau.

Jika baki akaun kita sedikit, maka belum cukup tarikan kita untuk mendapat perhatian beliau. 

Ia hanya bermakna belum cukup kasih sayang yang kita berikan. Belum cukup masa yang kita habiskan untuk bersama. Belum cukup perhatian yang kita kongsikan untuk dia.

Sebab itu, ada rakan yang tidak diraikan .

Ada pasangan yang tidak mempedulikan sesama sendiri.

Ada anak yang pesanan kita diderhakai..



Sumber: DrZubaidi





P/S: Cuba pujuk hati. Allah -,-

Monday, December 23, 2013

Penyakit Misteri

Assalamualaikum.


Sebelum menulis entry ini aku berfikir panjang.
Mahu tulis ke tidak.
Kalau dah terpublish kat sini maknanya aku buat keputusan untuk share dengan korang lah.Hee
Entry ini macam mistik sikit.
Kalau takut jangan baca tau :)


Sebenarnya sejak dua bulan yang lalu, 
aku serta beberapa ahli keluarga telah jatuh sakit.
Penyakit misteri barangkali.

Nak cakap serius sangat tu taklah tapi yang hairan semua orang yang ada kat rumah tu kena.
Mula-mula terkena kakak aku sehari selepas majlis pertunangan aku.
Kakak sakit perut yang teramat sangat sampai menangis guling-guling. Hamboi :p
Masa tu dia pregnant.
Ingat salah makan atau apa.
Kotla tereffect pada baby juga kalau sakit macam tu sekali.
Pergi hospital doctor cuma kasi air garam tu aje.(apentah namanya) :D

Lepas makan ubat tak hilang sakit.
Pergi berurut dengan bidan.
Bidan tu kata ada 'benda' tegur.
Dia berubat pakai batu sungai letak dalam air pastu minum air tu.

Alhamdulillah atas izin Allah, sembuh.

Tak tahulah nak percaya ke tidok.Haha
Takpe lah asal semuanya ok.
Buatla nak buat apa pun asal sakit tu hilang.
Percaya atau tidak lain cerita.

Lepas tu, beberapa hari kemudian 
kakak aku yang lain pula tiba-tiba diserang gatal-gatal satu badan.
Gatal sampai muka bengkak-bengkak.
Seriusly aku tengok muka dia membengkak 
Habis gatal sampai dalam rambut pun gatal.

Dah macam kera aku tengok duk garu-garu.Haha.
Kesian pula,
Aku hantar pergi klinik doktor kata mungkin alergik.

Kemudian, aku pula start gatal satu badan.
Baru aku tahu rasanya macam mana.
Gatal yang bila kau garu masih rasa gatal lg (gatal tak hilang) sampai rasa nak korek je isi tu bagi keluar.
Habis berdarah kaki tangan duk garu.
Biasanya tergaru waktu tidur.
Kalau tak tidur boleh tahan guna losyen  beli kat farmasi.

Pergi klinik, doktor chek darah.
Takde masalah apa.
Kotla kuman ke virus ke menyerang.
Heheh.
Kan darah manis, sampai kuman pun suka.
Haha.

Mula-mula kat kaki je lepastu naik ke tangan, kat badan dan last muka.
Muka masa tu aku rasa macam taknak tengok cermin.
Ngeri dengan diri sendiri. Haha
Kat muka jadi naik jerawat yang maha banyak.
Satu muka takde satu tempat pun takde jerawat!
Kalau tak jerawat besar jerawat haluussss tu tapi penuh satu muka.
Sampai semua orang tegur kenapa dengan muka aku.
Pergi kerja rasa nak tutup je muka hoi.
Maluuuuu kot.

Ni la zaman kestressan berganda-ganda!

Sebelum ni muka takde jerawat pun, kalau ada jerawat pasir satu dua biji.
Kat badan jadi bintik macam kena gigit nyamuk tu.
Tapi rasa gatalnya ya ampunnnn rasa nak cabut buang semua daging-daging.

Masa ni juga, mak, adik dan abang aku terkena penyakit sama.
Gatal satu badan.

Yang pelik pulak, gatal-gatal tu hanya wujud pada waktu malam sahaja.
Lepas magrib sudahhh memasing duk garu kulit masing-masing.
Haha.

Abang aku teruk juga, demam hampir 2 minggu.
Suara jadi takde!
Malam-malam sejuk ketar.

Dalam pada tu,
Setiap hari minggu Jumaat dan Sabtu anak sedara aku akan datang rumah mak nak main game Xbox.
Tetiba budak tu pun terkena juga.

Habis gatal satu badan.
Balik je dari rumah mak aku, 
kakak aku kata anak dia dah lain macam.
Muka dah berubah jadi bengkak-bengkak.
Mata kedalam, pipi bengkak, bibir besar.
Dah tak rupa orang!
Kakak aku tengok pun rasa takutt.
Hodoh yang amat katanya.

Dan bermulalah episod misteri dalam hidup kami.
Bila sorang sakit, kemudian sorang lagi kemudian sorang lagi.
Sampai lah anak sedara aku yang umur 4 tahun juga turut terkena.

Dan rasanya dia yang paling serius.
Sampai masuk wad.
Kena tahan 3 hari kat hospital, doktor cuma bagi ubat sapu saja!

Bila malam menangis sakit perut.
Gatal satu badan.
Sempat juga la aku jadi peneman dia kat hospital 2 malam.

Masa ni kami macam dah pelik dan syak ada sesuatu pada keluarga kami.
Dan kebetulan, ceritanya panjang kalau aku nak cerita satu-satu.
Kebetulan ada seorang hamba Allah ni yang tahu berubat penyakit misteri.

Terjumpa dengan dia pun hanya kebetulan.
Mungkin Tuhan memang dah nak tolong.
Dia datang tengok anak sedara aku tu kat hospital terus nak datang tengok rumah.

Dipendekkan cerita petang tu dia ke rumah.
Buat laser scanning satu rumah.

Terjumpa 2 objek pelik di dua lokasi berbeza.

objek 1: Sesuatu didalam botol
Objek 1: Dipercayai seekor katak dan tulang (babi/manusia) yang dimasukkan dalam botol.


objek 2:(lokasi berbeza)
objek 2:Kain dan minyak diikat dengan tali.
Objek 2: Kain yang digulung dan ikat tali/benang sekeliling.

objek 2 setelah dituang cuka + beras kunyit bertukar kepada warna merah darah!


Objek 1dan 2 mungkin adalah penyebab kepada gatal-gatal & sakit perut yang dialami oleh kami sekeluarga. Wallahuallam.




Dan disyaki kami sekeluarga (yang tinggal dan datang ke rumah mak) telah terkena sihir.
Tak tahu  dituju kepada siapa.

Mungkin pada mak atau mungkin pada semua ahli keluarga aku.
Mungkin juga kepada aku (nauzubillahiminzalik) 
Entahlah.

Semua rahsia Allah. 
Aku tak tahu atas alasan apa.
Atas sebab apa dia khianat kami.

Aku tak tuduh siap-siapa yang buat.
Mungkin kebetulan, mungkin juga ujian Allah.
Mungkin ini cuma penyebab kepada penyakit tu.
Mungkin kebetulan je nak ada 'benda pelik' tu kat rumah dan sakit pun datang T_T
Mungkin orang salah letak.
Semuanya mungkin.

Alhamdulillah, aku dah beransur baik.
Mak, adik, abang, kakak-kakak, anak-anak saudara, baby 
alhamdulillah semua dah semakin baik.
Gatal-gatal dah takde cuma parutnya masih ada.
Ya ampun, aku nak kahwin oiii..
Tetiba berparut pula kaki tangan
Kan dah kurang sikit wang hantaran tu.
Hahaha.

Walau apa pun ujian datang.
Semuanya dari Allah.
Kalau betullah ada orang nak khianat kami, semuanya juga atas izin Allah.
Kalau Allah kata tak jadi, maka ianya takkan jadi kalau Tuhan tak izin.

Semuanya kami kembalikan pada Allah.
Semua sakit itu datang dari Dia.
Dan hal sebegini juga hanyalah penyebab kepada sakit kami.
Percaya pada Allah, bukan pada makhluk lain.


Sakit itu bukan datang dari 'benda pelik' ini, syaitan ataupun jin.
Tapi dari Allah itu sendiri.

Mungkin Allah mahu menguji kami dengan ujian-ujian kecil.
Mungkin kami lalai.
Mungkin kami terlupa.
Mungkin juga Allah rindu :)

Tapi yang satu, semoga Allah lindungi kami.
Dari perbuatan jahat, khianat jin dan manusia.

Bagilah kami peluang untuk rasa bahagia dan gembira ya Allah.
Sesungguhnya kami sudah terlalu penat hidup dengan air mata.
Dugaan datang bertimpa-timpa sebelum ini.

Janganlah kau hadirkan manusia-manusia berhati jahat disekeliling kami.
Hapuskanlah ia.
Berilah kami sedikit masa untuk merasa bahagia.
Sebelum kami semua menutup mata. :)


Eh, terpuisi pula. :P



P/S: Hanya Allah saja yang tahu kenapa kami sakit. Wallahuallam.

P/S: Bulan ni dan bulan lepas aku dah berhabis beratus ringgit hanya untuk beli ubat parut untuk kembalikan muka dan kulit kepada keadaan asal sebelum menjelangnya bulan Januari nanti. Argghh. Stress sangat2. :'(

Monday, December 16, 2013

Hubungan.

Assalamualaikum.

Ketika ini, ada diantara kita 
sedang bahagia dicintai,
ada yang sedang sedih ditinggalkan,
ada yang keliru memilih mana satu,
ada yang curang dalam diam,
ada yang bersabar mempertahankan,
tetapi diantara semua ini.



BERAPA ORANG YANG SEDANG MUHASABAH HUBUNGANNYA?


Sejauh mana hubungan itu makin dekatkan diri padaNYA,
sejauh mana hubungan itu banyak memberi dari menerima,
sejauh mana hubungan itu ada matlamat dan impian nyata,
dan sejauh mana hubungan itu beri anda kekuatan!


Cinta itu sepatutnya beri kekuatan dalam apa jua keadaan,
jika makin buat anda lemah, anda belum cukup mengasihinya kerana ALLAH.

Pertimbangkan.


*****


Kita hidup memiliki dua pilihan
Iaitu Memilih atau Dipilih
Jika kita memilih
pilihlah yang terbaik buat kita
Dan jika dipilih maka jadilah yang terbaik buatnya
Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya
Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu
tapi lihatlah seseorang itu

dari hati dan sifatnya.



Sumber:MukaBuku-PDH









P/S: Anda dalam kategori yang mana?Dan kerana aku telah memilih untuk dipilih daripada memilih. Hehehe ^^
Semoga mendapat redha dariNya. In Sha Allah :)

Wednesday, November 27, 2013

Putus asa

Kenapa jalan yang ku pilih ini
Terlalu banyak likunya.
Terlalu banyak dugaannya.
Aku sudah penat
Menahan sabar dan amarah
Masih adakah peluang untuk aku?

Masih  mampukah aku bertahan
Semakin hari semakin berat ku rasa
Aku hanya mahu menjadi anak yang baik
Yang taat pada Allah dan Rasul
Yang menghormati ibu dan keluarga
Salahkah aku?
Dimana salahku?

Sudah cukup baikkah aku sebagai anak
Sudah sempurnakah tanggungjawabku
Untuk menutup satu pintu dan 
melangkah ke pintu yang lain?

Aku tak mahu mereka sedih
Tapi aku juga tak mampu menahan kesedihan aku
Putus asa
Rasanya telah semakin hampir.






Bilik Dingin | 271113 

Saturday, August 17, 2013

Always

Assalamualaikum.


People come, people leave.

Always.



because




people change.



P/S: #Repost-Instagram

Monday, August 5, 2013

Cerita tentang Ayah

Assalamualaikum.

Aku sudah tidak ada Ayah.
8 tahun lepas Ayah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ekoran dari itu dia meninggalkan kami.
Tapi, ingatan terhadap Ayah tidak sedikitpun tervanish dari ingatan.
Sampai bila-bila.
Sampai aku mati sekalipun.
Inshaallah.

Ayah sangat garang.
Orang yang paling tegas dan penuh disiplin.
Malah, Ayah merupakan orang paling garang di alam semesta. :p
Lebih garang daripada harimau bintang, lebih garang dari Sr. Azlan Raofuddin.(alaaa..lecturer ukur bahan kat USM yang paling digeruni tuu)
Malah lebih berbisa daripada encik Jawahir Dollah.
Hakhakhak

Masa sekolah dulu, waktu nak tunjuk report card adalah waktu paling nightmare pada kami.
Paling takut kalau ada markah merah-merah (tak lulus)
Takut kena marah dan berleter panjang-panjang.
Ayah kalau berleter mesti ada siaran ulangan berkali-kali.
Sampai dua tiga hari jugaklah leterannya itu.

Tapi kami bijak, 
Tunjuk report card waktu pagi nak pergi sekolah
Suruh Ayah tandatangan waktu tu sebab tak perlu nak dengar Ayah berleter panjang-panjang
Hehe.
Tapi malam nanti, siaplah kena sembur juga.

Masa sekolah dulu Ayah tak bagi aku berkawan dengan lelaki
Lelaki telefon aku kat rumah mesti kena marah dengan ayah.
Kata Ayah perempuan dan lelaki mana boleh berkawan
tak boleh. tak boleh sama sekali.

Lepas habis sekolah kena pulang terus ke rumah
Lewat 15 minit ke 20 minit ke mesti kena siasat macam polis siasat penjenayah
Kelas ko-kurikulum petang-petang memang tak boleh join langsung.
Buat apa nak bersukan bagai, pelajaran lagi penting!

Kadang-kadang rasa Ayah benci pada aku.
Pada kami anak-anaknya
Salah sikit kena marah, salah sikit kena rotan.
Kenapa setiap kali ayah kena marah dan rotan?
Tak sayangkah Ayah pada kami?

Masa tu akal budak-budak taklah panjang mana
Masih tak boleh fikir kasih sayang seorang Ayah
Marah Ayah adalah didikan kepada kami
Mana mungkin aku hidup 'terjaga' jika tidak dididik begitu
Lain benar dengan kawan-kawan yang lain.
Yang aku tahu, aku special kerana di didik begitu.
Kini aku rasa sempurna, didikan itu buat aku menjaga diri.
Menjaga akhlak juga menjaga tingkah laku.

Entah kenapa rasa rindu benar pada Ayah.
Entah kenapa juga dah lama tak termimpikan Ayah.
Bagaimana keadaannya di sana agaknya.

Aku masih ingat semasa aku kecil setiap hari tunggu kepulangan Ayah balik kerja.
berkira-kira waktu Ayah sampai ke rumah cepat-cepat tunggu di tangga rumah.
Kadang-kadang tak sempat Ayah matikan enjin motosikal dah berebut capai beg plastik di tangan Ayah.
Masing-masing tak sabar nak makan aiskrim Ayah beli.
Ada aiskrim batang, ada aiskrim mangkuk, paddlepop pun ada tahu.
Ayah tak pernah miss untuk beli aiskrim.
Setiap hari.
Sebab dia tahu itu akan buat anak-anaknya gembira.

Satu hari aku sakit perut.
sakit yang teramat sangat sampai tak boleh nak berjalan.
Pukul 3 pagi Ayah bergegas ke unit kecemasan
Ayah 'dukung' aku macam budak kecil ke hospital
walaupun masa tu umur aku dah 16 tahun.
Ayah berlari-lari mintak tolong.
Masa tu baru aku paham, Ayah sebenarnya amat sayangkan aku.

Ayah tak izinkan aku keluar ke mana-mana tanpa berteman
Satu hari aku nak sangat pergi rumah abang di KL
Mulanya Ayah tak izinkan, tapi bila adik mahu teman Ayah lembutkan hati
Ayah hantar kami ke stesen bas
Elok je kami naik bas tiba-tiba Ayah hilang
Puas kami cari, toleh kiri kanan tapi Ayah tiada
Kami fikir mungkin Ayah dah pulang ke rumah.
tak sempat nak 'bye-bye' Ayah dah pulang
sedihnya kami.

Tiba-tiba Ayah datang dengan bawa seplastik roti, gula-gula dan air kotak, air mineral di tangan
Takut lapar dalam bas Ayah kata
Makanlah, untuk bekal.
Baiknya Ayah, padahal perut kami dah pun terisi sebelum berangkat.
Ayah suwitt sangat ehhh.

Lepas SPM Ayah suruh aku sambung belajar di Penang
Katanya sebab nak tengok jambatan Pulang Pinang dan naik feri
Masa aku dapat keputusan belajar kat Penang
Ayah dah seminggu kat hospital
Patah rusuk kiri kanan, patah kaki
Ayah kena langgar dengan van
Lepastu kena gilis pula dengan motor
Mak pula patah bahu
Mesti Ayah dengan mak sangat sakit masa tu kan

Tak boleh nak bayangkan bagaimana Ayah kena gilis
Tak boleh bayangkan macam mana mak meraung minta tolong atas jalan raya
Tak boleh bayangkan bagaimana mak riba kepala Ayah dan darah keluar banyak-banyak kat kepala
memang tak boleh bayang
memang tak boleh.
T_T

Gembiranya Ayah bila aku cakap memang dapat belajar kat Penang
Aku siap pesan supaya Ayah selalu makan ubat
Cepat-cepat baik sebab nak hantar aku pergi belajar kat Penang
Nanti boleh naik feri, tengok jambatan.
Kemudian Ayah bisik kat telinga aku
'Pergilah, Mak akan temankan, Ayah dah tak boleh pergi'
Padahal ayah dah beli baju baru siap-siap
Excited nak hantar aku belajar sebelum kemalangan.
Tapi kenapa kata dah tak boleh pergi?

Ayah selalu pesan,
Jaga adik, jaga adik, jaga adik
Sebab adik selalu sakit-sakit
Rupanya Ayah nak tinggalkan kami.
Untuk selama-lamanya

Sehari sebelum Ayah pergi
Ayah panggil aku
Katanya sakit betis
Aku pegang,urut-urut kemudian kata sakit tangan pula
Bila aku urut tangan Ayah kata sakit kepala pula
Aku sempat lapkan muka dia, tangan dia, badan dia sebab Ayah kata nak mandi
Tapi mana boleh mandi Ayah kan patah-patah
Aku ingat Ayah saja nak bermanja
Tapi rupanya Ayah betul-betul nak bermanja sebelum dia pergi.
Dan tak akan ada lagi selepas itu.

Kini, Ayah dah tak ada.
Yang ada cuma kenangan-kenangan yang tercipta
Kenangan yang aku akan ingat sampai bila-bila.

Sungguh, aku rindukan Ayah.
Mak juga, sudah tentu amat merindukan kekasihnya itu.
Tenanglah Ayah, kami tak putus untuk mendoakanmu.

Saturday, November 12, 2011

Cinta dan Rindu Yang Hanya Kenangan



Tiada ayah yang benar-benar sempurna.


Tapi, setiap ayah akan menyayangi anaknya sepenuhnya.








Ayah, kalaulah ayah boleh tahu.

Betapa aku RINDU.

dan SAYANG kamu.






P/S: Kita hanya akan menyedari betapa besarnya cinta kita pada seseorang itu setelah kita kehilangan mereka. Hargailah mereka yang masih berada disekeliling kita kerana setelah kehilangan mereka tak mungkin kita akan dapat memilikinya kembali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...