KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Saturday, January 23, 2016

Hatiku Rapuh.

Assalamualaikum.

Secara jujur, saya masih lagi sedang bersedih dengan kehilangan anugerah Allah yang sangat-sangat bernilai pada saya, dan juga suami.

Sudah 2 bulan berlalu.
Namun perasaan itu masih terasa baru semalam terjadi.

Saya nampak ok, cuba bina harapan baru, namun hakikatnya dalam hati yang paling dalam, saya terasa sakit. Sedih. tertekan dengan keadaan ini.
Allah.

Tak mampu untuk saya huraikan, cukuplah saya katakan apabila membaca/mendapat tahu berita tentang keguguran/kehilangan yang terjadi pada orang lain, saya akan turut menangis sama.
Kadang-kadang saya rasa, saya orang yang paling kuat, mampu menyembunyikan kesedihan namun ada masanya saya rasa saya adalah orang yang paling lemah sekali.

Entah kenapa, memang kebahagian itu tidak boleh diukur dengan apa yang kita ada dan tiada. Apa yang mereka punya, mereka bahagia. Memang, kebahagiaan itu adalah dari cara kita mengolah sendiri tentang apa yang kita ada.

Namun, tidakkah kau merasa tersentap bila sesuatu yang kau namakan 'bahagia' itu direntap dalam masa kurang dari dua hari. Sepantas itu, begitu sahaja. Allah.

Saya, masih terasa terkilan dengan kehilangan ini.

Lama, saya tunggu. Mungkin tak selama orang lain. Mungkin juga masih terlalu awal untuk orang lain. Tapi bagi saya, lama. Terlalu lama. 

Saya menangis disetiap sujud saya, sepanjang hari, setiap kali. Allah. Hanya Allah yang tahu betapa runtunnya hati ini.

Rapuh. Hancur.

Dengan penuh harap, saya menadah tangan. mengharap Tuhan makbulkan doa saya. 
Menangis, dan kadang kala merintih. Merayu.
Kadang mempertikai; cuba bersangka baik namun hati manusia ini tidaklah sekuat mana.

Dan Tuhan makbul.
Allah. Sujud syukur padaNya saya tak lupa.
Kembali menangis menadah tangan, Syukur Ya Allah Kau perkenankan.
Syukur, Alhamdulillah, Kau masih sayang.

Bahagianya ku rasa. Hati berbunga-bunga.
Senyum sepanjang masa.
Wah, doaku diterima.
Aku bakal perolehi orang baru.
Seronok.
Mama dan Papa sudah mula dalam fikiran.
Agaknya lelaki ke perempuan.
Hihi. Suka.
Berangan-angan,
Fuh, harapannya tinggi melangit. Menongkak awan, jauh ke atas.
Dah tak pandang lagi ke bawah.
Kalau boleh nak beritakan pada dunia,
Lihatlah dunia, aku bakal menjadi Mama.
Excitednya bukan main.
Dah tak ingat apa.
Aku manusia paling gembira dalam dunia. Pehhh.


Namun, siapa aku untuk mengiyakan apa yang Tuhan kata Tidak.
Siapa aku?
Bila Tuhan kata, masih bukan rezekimu, habis aku mahu kata apa lagi.
Sakit untuk aku terima. Sangat sakit.

Sepanjang masa, aku mencari jawapan.
Apakah penyebab aku keguguran?
Apa puncanya?
Dimanakah salahnya?

Setiap kali berjumpa doktor, tak kiralah klinik swasta mahupun kerajaan.
Soalan sama ku ulang.
Mengapa saya keguguran?

Seperti biasa, doktor tak mampu memberi jawapan tepat.
katanya banyak kemungkinan. terlalu banyak.
Kita tak dapat pastikan mengapa.
Kerana pada peringkat awal kehamilan ianya terlalu subjektif .
Tapi jawapan yang semua orang Islam harus terima adalah
MASIH BELUM REZEKI.


*********

Entry yang tersimpan lama dalam folder draft. Luahan hati setelah kehilangan bayi pertama dalam kandungan.
Semoga menjadi kenangan.

Perasaan sebelum Tuhan hadiahkan Mishary dalam hidup mama. :'(

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...