KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Thursday, April 17, 2014

Aduhai Pelamin Part 2

Assalamualaikum.


Alhamdulillah majlis saya dah selesai, 3 bulan yang lalu :p hihiks
terasa tergerak hati nak komen entry pasal bridal-bridal yang saya penah suggestkan
sebab ada jugak beberapa orang komen tak puas hati dengan bridal-bridal tertentu.
Layanan macam haram, peralatan pelamin rosak, pelamin tak sempurna sampai jadi incident yang buat orang cedera =,= tak patuhi masa, mulut macam puaka dan lain-lain.

Fuhhh,
Maaflah, saya tak tahu keadaan berkenaan akan jadi pada anda.
Sebab saya suggestkan bridal yang menawarkan harga murah dan 
tak sangka servis diorang adalah sangat menyakitkan hati.

Tapi ikut logik la kan bridal murah sebab tak ramai orang amik kat dia,
tak berapa nak 'laku' orang kata, jadi dia bagi harga murah sebab nak 'ikat' kita supaya jadi.
Bila tak ramai orang amik dengan diorang, jadi mereka tak berapa nak berpengalaman untuk handle sesuatu majlis.
So terjadilah perkara-perkara yang tak diingini seperti di atas. Huwaa.
Sian korang.

Sangat mendukacitakan sebab kita dah letakkan 100% kepercayaan pada dia
at last dia mengecewakan kita dengan alasan-alasan mereka dan lebih menyakitkan hati untuk pangantin bila mereka terpaksa 'berperang' mulut pula dengan bridal yang telah mereka bayar RIBUAN ringgit itu.
Duit melayang hati sakit.
Ohh, sangat kesian dan rasa bersalah la pulak. huhuuhuhhh.
Pada saya, saya tak akan salahkan pengantin sebab kita bayar dia kan sepatutnya dia buat macam kita suruh!
Bukan dia yang perlu nak tengking kita ke hapa, ingat kita hadap sangatke nak hire depa.
Eh, teremosi tetiba.
Saya faham masalah anda.
Sebab saya juga dah terkena!
Haihhh. 


Jadi, untuk tidak memeningkan kepala korang,
pilihlah bridal yang 'laku' walaupun agak mahal tapi konfem puas hati.

Masalahnya, bajet ada ker???

Huhu. Macam aku tak berapa nak ada bajet sangat sebab SEMUANYA pakai duit SIMPANAN aku sendiri.
Maklumla aku anak yatim tak ada siapa nak support dari segi kewangan bila nak kahwin.
Semuanya duit simpananku. fuhhh~
Alhamdulillah takdenya nak buat pinjaman ke hapa.
Jadi duit tu aku akan bajet seminima mungkin.
Sebab tu terjadinya entry bridal yang tawarkan harga murah itu. Hehe.
*alangkah bestnya kalau aku nak orang kaya.haha.tetiba


Jadi kepada bride to be sekalian, kalau takde bajet nak buat majlis grand-grand.
Perlu sewa itu ini dengan harga yang pehhh menangis sebab harga pelamin sama banyak dengan 2 bulan gaji,
cukupla buat sekadar yang mampu.

Atau korang boleh je DIY (do it yourself) sendiri pelamin korang.
Serius bila tengok diorang pasang pelamin dalam hati aku cakap
'elehhh macam ni je cara nak buat
aku pun boleh buat sendiri la'
tak payah nak bayar BERIBU untuk benda-benda ni semua.
SIMPLE. tapi harga ya ampun beribu!
Haihhh tak paham aku.

Beli kain ela lekat-lekat kat dinding, 
kena kretif sikit nak ikat-ikat, letak kerusi, letak bunga kiri kanan bagi ada lampu sikit kat belakang lepastu caj beribu.
tak berbaloi langsung!
Tetiba rasa nak bukak kedai bridal
HAHAHAHA!

Jadi begitulah kisahnya,
aku memohon maaf jikalau entry sebelum ni telah menjurus korang untuk hire bridal murah kemudian ada masalah dengan bridal berkenaan sebab kan dah kata murah jadi takleh nak expect orang akan layan kita macam puteri raja sangat walaupun MURAH tu hakikatnya DAH MAHAL YANG AMAT pada kita.
Huhuhuhh. :'D


Alahai, simpati pada anda
juga simpati pada diri sendiri.

By the way ini pelamin aku.
Hehehhh.



Walaupun tak seberapa, memadailah untuk si pengantin bajet.
kihkih.

;)



7 comments:

  1. cantik ape pelamin nye.. bridal mana ni??

    ReplyDelete
  2. cantik pelamin tu...biarlah buat apa pun ikut kemampuan sendiri..tak perlu berhutang bagai hingga membebankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..huks..begini sajalah yg mampu.hehe :)

      Delete
  3. kte bakal berkahwin tapi rsa mcm xpuashati dgn bridal yg kita pilih, dahlah 4k kena bayar , mula2 sblm book ckp blh minta aje pelamin yg kita nak, dia blh deco, bila dah byar deposit , kita tunjuk pelamin yg kita nak, blh dia ckp, oh yg ini xblh, yg ini esklusif punya pelamin, pelamin ni je pgantin byar 8k... saket jiwa btol... dah lah penat aku simpan wet... last2 kena mcm tu... rasa myesal plak2 kwn kte amik bridal lain bayar hanya 3k pastu pelamin lbh lawa dr bridal yg kita amik... ish2 apa blh buat... kte kawin pun pakai simpanan sendiri xde sponsor2 dr family... so rasa sgt2 ralat..

    ReplyDelete
  4. siannya kat awk..amik bridal mana?memang harga pelamin sekarang mak oi beribu2, 4-5k utk pelamin tu macam dah range harga biasa walaupun pada kita(saya) mcm tak berbaloi harga pelamin sampai macam tu sekali.baik buat beli benda lain yang lagi berfaedah.Jenuh oi nak simpan duit sampai macam tu tapi keluarnya sehari je habis semua 5k.Pehh..sedih jugaklah bagi org yg tak berapa nak berduit ni.heee :D

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Nina Bridal. Boleh refer entry ni http://eikeshu.blogspot.com/2014/05/review-pelamin-makeup-wedding-dress.html

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...