KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Takut

Assalamualaikum.


Pernah tak korang rasa takut yang amat bila mahu berhadapan dengan seseorang?
Bukan sekadar nak mengadap muka dia je, malah mahu dengar suaranya juga amat menakutkan.
Bukan nak jumpa pun, cuma nak call- tu pun aku berfikir panjang-panjang panjanggg dulu sebelum dial no phonenya.

Pehhh, takut yang amat.
Dalam hati duk zikir Ya Latiff Ya Latiff Ya Latiff

Mudah-mudahan dilembutkan hatinya.

Nak bercakap je pun, nak tanya pasal kerja bukan nak mengorat pun.Haha
Tapi dalam dada ni dupdap dupdap duk rasa.
Nerves bak hang
Tunggu orang sebut 'sah' masa akad nikah dulu pun tak nerves cenggini.
Haihh. Berpeluh-peluh. :D

Sepanjang aku hidup kat bumi ni,
Aku hanya takut pada 4 orang,
Setakat hari ini lah.

1. Arwah Ayah.
2. Sr Azlan Raofuddin-lecturer qs masa kat USM.
3. En Jawa*** Dollah- Bekas Bos Kel***
4. W** Hass*n(Bukan nama sebenar)ekekek

Di mana keempat-empat mereka mempunya watak yang sama.

Macam SINGA.
Eh tak, macam NAGA.

kerja NAK TELAN orang ja!!

Cakap sikit nak marah, nak tengking!

Ingat aku apa. Aku ada perasaan tahu.

Atau sebenarnya mereka bukan marah pun, tapi cara/watak diorang dah macam tu sampai aku jadi gerun.
Haiiihh.


Cemana ni, sekejap lagi aku kena call orang no 4 tu.
Tanya pasal kerja, tapi dalam dada ni ya ampun tak mahuuuu.
Rasa nak berhenti kerja serta merta!
Hahaha.

Kalau mereka tu macam En Ammar dalam drama Anugerah Terindah slot Samarinda TV3 jam 10.00 mlm hari Rabu dan Khamis tu tak apa lagi.
Walaupun garang tapi boleh tahan lagi.
ehem ^^

Setidak-tidaknya garang tapi muka hensem yang amat lega la jugak.
kahkahkah.

ni dahla perangai macam naga, rupa pun elok sikit dari hantu jembalang kubur
cemana ntah jembalang kubur.hihihihi

eh, tak baik kutuk orang!
eh, terkutuk bapak sendiri pula sebab dah masuk dalam senarai no 1 tu. Haha :'D
Tak laaa, bapak aku tu terkecuali lah dari jembalang kubur tu.
tengoklah anaknya rupa cemana
kan jauh beza jembalang kubur dengan rupa puteri rosalinda ayamor nih!
Kahkahkah.


Adeh,
Penat dah mengeluh.
kan bagus kalau tak perlu jumpa dengan orang-orang yang wataknya macam ni.
Penatnya nak berhadapan.
Penatnya nak tahan telinga
Penatnya nak zikir Ya Latif Ya Latif tiap kali nak bercakap dengan dia
Penatnya nak hadap kerenah dia yang ntah apa-apa!
Penatnya Ya Allah.
Penat sungguh.

Hmmm.


.

.

.

.

.

.



P/S: Ada orang kata mengadu perihal bos/kerja kat blog adalah tak profesional langsung! Haihh.. Dah tu nak mengadu kat sape? kat ko yang cakap tak pro tu ke?? Lagilah hampeh!!

Saturday, November 2, 2013

Random updates

Assalamualaikum.


Beberapa hari yang tersangatlah busy sampai tak berpeluang nak update belog hoii. ^-^

Random updates:

1) Baby baru dah keluar yeay! 

Alhamdulillah kakak selamat melahirkan baby keduanya pada 1hb November 2013(Jumaat) jam 12.30 pagi secara normal seberat 3 kg. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya setelah 3 hari menahan sakit contraction yang 'main-main' akhirnya baby girl tu keluar jugak. 

Untuk tempoh beberapa hari sebelum melahirkan, Rabu-Khamis-Jumaat aku tersangatlah sibuk siang malam pagi petang dekat hospital temankan akak. So, cana nak jenguk belog yang cumil nih?hihi :)


2) Aku akan berada di KL selama beberapa hari bermula hari ini (hehe), atas beberapa urusan penting. :)
So sesapa nak ajak minum air boleh rojer-rojer.
Amboi, kemaiiinnnn. :p


Jadi, belog ini akan kesunyian sepanjang ketiadaan aku di sini. No updates sehingga aku pulang semula.


Jaga diri kengkawan. 
Jangan rindukan saya :p
holloh holloh holloh.

till then. bye ^-^






P/S: Dah dapat peta untuk kedai kad kahwin murah tuuu, inshaallah akan menjejaki kedai tersebut selepas pulang ke bumi Kota Bharu semula.:)

Tuesday, October 1, 2013

Duhai kerja, pemberi rezeki, be nice to me. Aku capek :'(

Assalamualaikum.


Tinggalkan sekejap dunia majlis pertunangan mahupun perkahwinan yang bakal menyusul.

Hari ini penat sangat-sangat.

Bergelumang dengan debu dan habuk di tapak.

Bermain-main di celahan dahan kelapa sawit.

Berkampung dalam kesejukkan tika hujan dan angin ribut menyerang.

Menyelusuri bukit-bukit, tanah merah dan naik turun jalan yang buat pinggang aku rasa macam nak patah.

8.00 am sehingga 8.00 pm bekerja pada hari ini cukup membuatkan aku lelah dan letih.

Aku penat.

Mampukah aku bertahan untuk 18 bulan lagi.

Untuk hadap perkara ini.

Kunyah dan Telan.

*Sigh.

Mampukah?



 Laluan ke tapak macam hareemmmmm.















In fact aku sukakan cabaran.

Sesuatu yang baru untuk aku pelajari.

Pengalaman berharga yang mungkin tak akan berulang.

I am tough, i am okey.

Tapi kali ini, 

Seriusly, aku totally flat!

But,


.

.

.

.

.



Aku takkan menyerah kalah.







P/S: Semoga mendapat berkat :)

Wednesday, August 21, 2013

Kerja

Assalamualaikum.

Aku tak suka buat kerja yang aku memang tak suka buat.

Tapi aku kena buat juga

Sebab ini kan

Kerja.




P/s: Tapi kenapa harus aku yang buat kerja ini, bukankah ini kerja kau.

Letih.

Dan, stress. Bukan sebab kerja aku yang buat aku stress. Tapi kerja kau yang aku harus hadap hari-hari. 
Melampaulah.

Kalau kau tak nak buat atau tak tahu pun nak buat atau sebenarnya kau malas nak buat. Baik kau resign saja.

Menyusahkan orang.

Hari-hari kepala otak aku penuh pikirkan masalah kerja kau tahu.

Ni dah exceed my limit.

Oh, i can't handle this.

Bersabarlah. Bersabar.

Nasib baik puasa, kalau tak ada jugak yang kena maki ni.

Tuesday, March 19, 2013

Jawatan Kosong


Assalamualaikum.

Bagi yang layak,dialu-alukan untuk memohon jawatan di bawah. :)




Tarikh tutup permohonan adalah pada 26hb March 2013.




Published with Blogger-droid v2.0.10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...