KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Friday, July 25, 2014

Ramadhan Yang Indah-Double line pertama

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ramadhan datang lagi.
Kali ini ramadhan disambut berdua pada mulanya, kemudian bertiga dipertengahannya dan kini kembali berdua pada hujung ramadhan. =)

Hehe, suatu pengalaman baru bagi aku.
Awal ramadhan, kami disambut dengan berita yang menggembirakan kami suami isteri.

Setelah 5 bulan berusaha, menanti, berdoa, merayu kepada Tuhan untuk dikurniakan zuriat, , doa kami diperkenankan.
Alhamdulillah, pada bulan keenam sebagai suami isteri aku disahkan hamil 4 minggu.

Betapa gembiranya rasa hati. 
Pertanyaanku pada Allah disetiap sujud solatku dijawab olehNya.
Adakah aku boleh mengandung?
Tuhan menjawabnya dengan cara yang terbaik bagiNya.

Dibulan Ramadhan, disaat aku mula berputus asa, disaat hati ku sudah mula mempertikaikan rezeki Allah, disaat aku mula berfikir yang tidak-tidak.

Tuhan telah menarikku kembali ke laluan asal.
Tuhan menarikku untuk kembali mempercayaiNya, untuk kembali yakin padaNya.

Upt positif seawal dpo11 @  11/7/2014

Aku boleh detect kehamilan sebelum due period seterusnya iaitu seawal dpo11(day past ovulation ) kerana aku mengamalkan kaedah BBT (Basal Body Temperature) sebagai salah satu langkah TTC(Trying To Conceive) sejak 3 bulan lalu, dan ini bermakna bbt aku yang ketiga.


Ya, enam kali UPT ku positif,
Tak cukup teruja, clear blue digital ku beli sampai 2 kali semata-mata ingin mempercayai yang aku benar-benar hamil!
Aku benar-benar boleh mengandung,
Terima kasih ya Allah.
Saat itu air mataku menitis laju,
Badan menggeletar apabila Tuhan telah menjawab soalanku.

Terasa berdosa, terasa bersalah tidak meletakkan kepercayaan kepadaNya.
Adakah aku telah memaksaMu?
Adakah aku terlalu meminta-minta?
Adakah aku tidak sabar menanti zuriatku?
Ya Allah, ampunkan segala dosaku. ='(

Namun, semua itu hanya pinjaman dariMu.
Disaat aku sedang berkira-kira menyambut Aidilfitri bersama orang ketiga dari perut ini,
Di saat aku telah mula berangan berpuasa penuh pada tahun ini,
Di saat aku sedang meneka-neka jantina anugerah ini,
Dan di saat aku merasa bahagia kerana boleh memberi zuriat kepada suamiku, cucu pertama kepada keluarga mertua,
Ketika itulah ujian datang untuk kami.

Pada usia kandungan 6 minggu, 
Cuma tinggal 6 hari baki ramadhan,
Aku telah tumpah darah!

Terkejut, panic, tetapi tidak sakit.
Masih boleh bertenang,
Everything gonna be okay,
Bleeding adalah perkara biasa pada peringkat awal kehamilan.

Rileks, masih mampu tersenyum,
Masih boleh berseloroh dengan officemate,
'Doakan saya ye'
Aku ke klinik sendirian,

Masa menunggu giliran, masa itulah macam-macam fikiran datang,
Baby okay ke?bertahanlah baby untuk mama,
Mulut tak henti berzikir, ya mubdi, ya raqib sampaila doktor panggil masuk bilik rawatan.


Setelah scan rahimku, doktor tak nampak dengan jelas janinku,
Mungkin sebab aku masih berpuasa, kekosongan pundi kencing menjejaskan imej scan.

Doktor asyik mengulang
Rahim awak kosong sambil menggeleng kepala
Aku mula risau.
Ectopickah aku?

Ectopic atau mengandung luar rahim boleh menyebabkan internal bleeding,
Itu yang aku baca.
Ya Allah janganlah ectopic fikirku.
Ectopic boleh membahayakan nyawa aku jika tidak dibuang janin itu.

Ectopic perlukan operation membuang bayi dan tiub fallapio.
Ya Allah jangan kau duga aku dengan sesuatu yang berat.
Janganlah uji kami sebegini.

Aku bertanya kenapa tak nampak doktor?saya ectopic?
Doktor menjawab, oh tidak scan tak nampak sebab bladder awak kosong.

Terasa lega sekejap, 
Dan menyambung kenapa saya bleeding?
Doktor cuma kata ini adalah tanda-tanda keguguran.

Masa tu rasa ada batu besar hempuk atas kepalaku.
Janganlah gugur.
Aku masih boleh bertenang, doktor menerangkan apa yang aku perlu buat sekiranya aku keguguran.
Jika gugur, akan keluar ketulan darah yang besar, terus ke hospital bersama ketulan itu.

Sebelum pulang, doktor beri ubat kuatkan rahim, 
kalau-kalau masih nak ada rezeki katanya,
Aku pulang dengan penuh harapan baby akan survive.

Aku masih menyedapkan hati sendiri,
Takkanlah gugur, darah sikit je keluar,
Aku masih tidak puas hati,
Aku nak tengok janin aku, selamatkah dia?

Pulang dari klinik, aku masih survey klinik yang masih buka walaupun dah pukul 5,30 petang,
Tak ada, mungkin malam ada.

Masuk kereta aku blur, apa yang perlu aku buat?
Aku menelefon mak, sebelum ini aku kuat, sedikit pun tak ada rasa sedih sebab masih mengharap kandungan ok, tapi bila dengar je suara mak tiba-tiba aku jadi lemah, air mata mula menitis dan last sekali aku meraung-raung macam orang gila dalam kereta.

Suami menyedapkan hatiku, baby ok.
Jangan fikir bukan-bukan.

Sampai dirumah, darah masih keluar,
Tapi kali ini warnanya merah segar.
Warna darah macam period.
Fresh blood tapi tidak berbau,
Berbeza dengan darah menstrual yang berbau hanyir.

Malam tu, aku ajak lagi suami ku ke klinik reza untuk scan 3d.
Aku mahu tengok babyku, walau untuk kali terakhir fikirku.
  
Sebaik sahaja doktor reza letak scan atas rahimku dia kata,
U ni dah keguguran, kantung dah melorot turun ke bawah, kantung u dah jadi bujur, sepatutnya bulat.
Jalur-jalur darah kelihatan, darah u tengah turun.
Jika macam ni, kemungkinan janin u tak menjadi.

Masa tu, aku redha seredha redhanya.
Tiada air mata yang menitis.
Tidak ada rasa sebak seperti sebelum ini.
 Tiada kesedihan, aku boleh senyum pandang doktor bila dia kata dont worry, cuba lagi next time.

Ketika ini aku letakkan kembali kepercayaanku pada Allah.
Aku pulangkan semula kegembiraan aku padaNya,
Aku terasa terpukul,
Aku rasa Tuhan sedang bercakap denganku,
Aku rasa Tuhan kata, kan dah cakap belum masanya,
Jangan terlalu mendesak Dia, jangan terlalu meminta-minta,
Jangan mempertikaikan kekuasaan Dia,
Dia tahu bila masanya aku telah sedia
Dia lebih tahu masa yang sesuai untuk aku.

Dengan berita ini aku gembira,
Gembira kerana aku telah pulangkan sesuatu yang bukan hak aku,
Aku telah pulangkan babyku kepada penciptaNya
Aku lebih tenang dan aku bersyukur kerana Tuhan sayangkan aku,
Dia telah menegurku dengan menunjukkan kekuasaanNya.

'Keluarlah baby, jangan sakitkan mama, keluar dengan mudah ya,'
Aku berdoa, ini bukan rezekiku, maka permudahkanlah urusan untuk mengeluarkannya dari rahimku.

Pagi esoknya, darah tak henti keluar.
Sakit, seperti senggugut.
Memulas-mulas perut ini.
Rasa nak buang air besar serta merta.
Hampir sejam aku dalam tandas, rasa macam ada benda nak keluar tapi tak keluar-keluar.
Aku give up, basuh mana yang patut :D, flush, angkat punggung nak bangun tiba-tiba keluar darah hitam pekat.

Lepastu keluarlah janin tu plup masuk dalam toilet bowl tak sempat nak sambut,
Dan rasa seketul lagi meluncur laju turun terus aku tadah tangan. Hahaha.
Satu sempat aku sambut, satu lagi selamat masuk toilet bowl.

Aku bungkus kedua-keduanya dengan tisu.
Jangan ditanya bagaimana aku ambil janin yang masuk toilet bowl itu, imagine sendiri >.<
Tragis sedikit disitu sampai tak ada ayat yang boleh ditulis. Bhahahaha.

Sebelum bergerak ke hospital bersama janinku, sempatlah juga aku selpie bersamanya.bhahahahahh.
Untuk kali pertama dan terakhir :)
Ibu dan anak katekannn
Bonding tu tetap ada walau cuma seketika :p


Itulah pengalaman baru untuk aku.
Mulai hari itu, bermulalah episod berpantang.
Berpantang seperti orang beranak.
Mujur ada ibu, mujur juga ada suami yang baik hati.
Alhamdulillah suami baik sangat menjagaku.

Orang berpantang jadi queen untuk 2 minggu. Bahagianya ^,^

Suami buatkan air panas untuk aku mandi,
Suami urut minyak panas.
Tenkiu husband.
I love you till the end.

Pengalaman menarik untukku, walaupun belum pernah merasa sakitnya beranak sakitnya contraction tapi aku dah rasa sakitnya keguguran =)
Walaupun belum pernah merasa pengalaman melahirkan setidak-tidaknya aku pernah merasa perasaan janinku keluar dari rahim ini. =)

Atau setidak-tidaknya aku dapat merasa pengalaman mengandung 6 minggu sebelum benar-benar bergelar ibu, setidak-tidaknya aku merasa menjadi perempuan yang boleh mengandung, cuma rezeki belum berpihak padaku.
Kandunganku tidak menjadi.
Ada hikmah yang tersembunyi =)
Ku redha dan terima dengan hati terbuka.








P/:Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat =)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...