Assalamualaikum.
Ini adalah entry pertama di bulan ramadhan. Jadi haruslah
berilmiah sedikit.keh keh keh
Pagi tadi terawal sedikit masuk ofis.Biasanya lambat ;p
Setiap hari ahad akan ada tazkirah pagi selama setengah jam dari pukul 8.30-
9.00 am yang disampaikan oleh ustaz Jo (Big Boss).Haha. Clap-clap tangan. Keh
keh. Sejak 2 minggu kebelakangan ini, memang aku tak sempat nak masuk tazkirah
pagi. Paham-pahamlah kenapa.
Aku rasa tajuk tazkirah hari ni mengandungi ilmu yang aku
kira sangat bermanfaat untuk dikongsi. Tajuk pun macam sangat interesting.
Meditasi Wuduk & Solat. Lets share.
1) Solat & zikrullah mampu mendamaikan hati.
Jika kita solat dan berzikir dengan khusyuk, jantung akan berdenyut dengan
kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak akan
meningkat. Gelombang theta merupakan gelombang otak yang wujud apabila
seseorang berada dalam keadaan tenang.
Ia mampu memberikan kesihatan jantung dan menipiskan lemak yang
menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress iaitu ‘cortisol’ juga adalah rendah.
2) Berwuduk mampu melancarkan peredaran darah
apabila air dingin melalui tubuh. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah
putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.
3) Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti
hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan; membaiki jaringan kulit
dan buat kuku lebih kuat.
4) Berwuduk akan menghasilkan ion-ion negative yang
boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optima
sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri, malah boleh mencerdaskan
akal.
Semoga wuduk dan solat kita memberi manfaat kebaikan kepada
tubuh badan kita. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment