KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Friday, July 20, 2012

Pertama kali ke Kelantan, sudah ada orang jatuh hati.


Yang kali pertama itu Kholidi dan yang jatuh cinta itu aku.Haha.Itulah ayat yang keluar dari mulut ibu aku selepas aku pulang dari menghadiri program bicara selebriti di Balai Islam semalam. Mana taknya, mulut tak henti-henti senyum tengok gambar Kholidi kat henfon.Hehe.Dah angau ibu kata. :p

Mana tak angau nya, rasa macam tak percaya boleh jumpa Kholidi. Serius rasa macam tak nak balik semalam.Nak tengok dia puas-puas. Dahla gigih nak menangkap gambarnya berasak-rasak dengan lautan manusia sampai naik atas pentas.Tolak-tolak orang sebab masing-masing nak duk paling depan.Kalau boleh nak terpacak betol-betol depan kholidi tu.(Akulah tu :p).Dah duk depan tapi nak kedepan lagi.Amboi.Haha.Bila pikir balik sangat kelakar.Hmm kalau dah gila kat orang begitulah.Ehem.


pujaan hati sekian lama.wahaha

“Jatuh cinta itu fitrah yang diberikan kepada seluruh umat manusia. Cintailah bukan kerana kebaikan yang ada padanya ataupun kerana sosok dirinya, tapi cintailah dia kerana Allah.”-Kholidi Asadil Alam

Sebelum ini pernah buat entry jiwa-jiwa dengan beliau.Hehe.Dan tak sangka hari ini dah ada depan mata.Syukur.Syukur.Dapat melihatnya depan-depan. Masih tak pecaya lagi.Seperti bermimpi.Haha.Taksub sunggguh!

Dibanjiri lautan manusia.




Kholidi Asadil Alam, hero filem Ketika Cinta Bertasbih berumur 23 tahun, berasal dari Pasuruan Jawa Timur, Indonesia;merupakan pelajar university  Al-Azhar dalam jurusan komunikasi. Malas nak taip lebih-lebih.Kang kauorang jemu pulak nak baca. Sini bagi Detail. Baca sendiri okeh.


Aku menyukainya kerana dia pemuda Islam yang penuh wibawa, berperibadian mulia serta bijak bertindak dengan jalan yang dianjurkan syariat.Lebih telus dan suci. Sunguh aku sangat kagum dengannya. Mudah-mudahan aku memiliki imam yang soleh seperti ini. Mempunyai peribadi yang mulia dan sentiasa dalam redho-Nya.Insya-Allah.


"satu kali hidup didunia..buat apa kita mahu menjadi contoh yg jelek"


"Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan  seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang aku perlukan.”



Dan, senyuman nie buat aku teringat kat seseorang pula...hehehe



Semoga kita berjumpa lagi.






P/S: Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu pabila kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...