Pada hari Khamis lepas iaitu pada 13/7/2012 aku telah ke Cameron Highland bersama
kawan-kawan opis seramai 9 orang untuk
menghabiskan waktu hujung minggu. Ini adalah kali kedua aku ke
sini.haha.Kesian. Kali pertama pergi bersama family. Kenapa aku letak tajuk
destinasi bajet untuk trip kali ini?Sebabnya untuk trip ini aku memang bajet
habis.Hehe.Maklumlah, elaun tapak sebanyak RM400 dah kena potong untuk gaji
bulan ni,jadi kami dah jadi ‘miskin’. Sedih.Sobs. Dua tahun kerja patutnya gaji
makin banyak tapi ni gaji semakin menurun. Untuk merawat hati yang luka itu,
kami pun plan pergi ke tempat sejuk untuk menenangkan fikiran.Haha. Tenanglah
sangat.
Hari khamis tu, kami semua kerja halfday saja. Keluar opis
pada pukul 12.30 tengah hari. Lepas tu pergi Tesco untuk beli barang ringan
untuk breakfast hari esok dan juga makan tengahari.
Makanan ringan + makan tengahari : RM12.10 + RM6.50
Kami bertolak pada pukul 3.00 ptg. Mulanya kami plan nak
konvoi 3 buah kereta. Tetapi sebab kawan kami tu tak berapa nak expert bawak
kereta jauh-jauh jadi kami tukar plan pergi dengan 2 buah kereta saja. Masa
menunggu pun boleh jimat. Kalau asyik duk tunggu orang kat belakang jer jenuhla
nak sampai.Hehe.Perjalanan ke Cameron Highland mengambil masa selama 5 jam.Kami
sampai lebih kurang pukul 8 mlm. Itu pun sebab berhenti di Masjid Gua Musang
untuk solat jamak Zohor dan Asar.
Sampai je Cameron Highlands kami check in apartment yang
kami sewa di Puncak Arabela, Tanah Rata. Harganya agak berbaloi, RM200 per
night. Ada 3 bilik, tandas 2, ruang tamu, dapur.Semua kelengkapan ada seperti
sofa, televisyen lengkap dengan astro, peti sejuk, mesin basuh, kuali dan
alat-alat masak lain. Memang kalau bawak family sesuai la tinggal kat sini.
Kami sewa 2 malam jadi RM200 x 2 = RM
400. RM400/9 orang = RM 44.40.
Puncak Arabella, Tanah Rata.
Sewa Apartment : 3hari 2 mlm = RM44.40
Minyak Kereta : RM 15.00 (RM60 untuk Myvi / 4 orang per
kereta. : ) )
Malam tu kami makan malam di Fauzi Tomyam & Steamboat. Menurut anney kat situ, Fauzi Tomyam & Steamboat adalah yang no. 1 best kat Cameron ni. Tapi harga steamboatnya agak mencekik sedikit untuk orang-orang bajet cam kami.Haha. RM20 per person. Sebab satu hari kami belum menjamah nasi jadi kami buat keputusan untuk makan nasi saja. Steamboat tu lain kali saja.Hehe. Lepas makan kami balik semula kat apartment untuk charge energy nak berjalan esoknya.
Makan malam : RM 7.50 (Nasi goreng tomyam (pedas sampai berasap telinga) + Teh tarik)
Fauzi Tomyam & Seafood, Brinchang.-Office Mate;Kimi,Haniza, Me,Wani,Kakna+Anak+Suami, Safirul & Fatah (tiada dlm gambar)
Keesokan harinya which is hari Jumaat kami ke ladang teh seawal jam 8.30 pagi untuk breakfast di sana. Plannya nak ke ladang teh BOH tapi kami sesat jalan (ini semua pasal GPS salah tunjuk jalan). Jadi tersesatlah kami di teashop saja. Tiada ladang, hanya ada kilang teh. Bergerak la pulak mencari-cari ladang teh sebenar.Rupanya ladang teh tu kat Sungai Palas. Huhu. Tea Centre Sungai Palas. Kat sini scene Ombak Rindu yang Mila (Lisa) mengamuk dengan Haris masa Haris (Aaron) cakap dia nak batalkan perkahwinan mereka. Mila bengang marah-marah Haris. Pastu scene Haris tengah pujuk Julia yang tengah putus cinta pastu main peluk-peluk sekali kantoi bila Mila datang nak bagi hadiah. Terus meroyan minah tu. Kantoi juga ngan Izzah (Maya Karin) pastu Izzah lari naik kereta Haris kejar dari belakang pastu excident. Ingat lagi tak?Hehe.Gigih nak mengingat.Haha.
Kami breakfast kat sini dan beli teh untuk di bawa pulang : ) Kalau nak ke ladang teh sila pergi awal pagi sebab tak ramai orang sangat, kalau dah tengahari susah nak bergambar kerana dah penuh sesak.
Kami breakfast kat sini dan beli teh untuk di bawa pulang : ) Kalau nak ke ladang teh sila pergi awal pagi sebab tak ramai orang sangat, kalau dah tengahari susah nak bergambar kerana dah penuh sesak.
Teashop
Walaupun salah tempat nak jugak posing.Hehe
Teh Centre Sg Palas
Breakfast time-Tak ramai lagi orang masa ni.
Me-The Flowergirl
No comments:
Post a Comment