KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, July 2, 2012

Hey, hey wishing list :p

Assalamualaikum.
 
Malam ni rasa nak feeling-feeling sambil buka lagu kat laptop kuat-kuat.Haha.Mengada tak?Dah lama rasanya tak melayan kerenah jiwa (kerenah la sgt). Maklumlah, apply cuti pun tak boleh nak cuti walaupun dah di approve oleh mrboss kecik. Jadi, bila time kat office rasa stress je memanjang.Langsung tak best. Sungguh.

Ehem. Abang kat depan dah jeling-jeling buat muka tak puas hati lagu kat laptop ni memekak dengan kuatnya.Haha. Abaikan.Abaikan dia. Mari sambung.

Kawan kat fb buat wishes list yang konon-konon things to do before she die. Dia list kan satu-satu hajatnya itu dan updatekan ‘Done’ pada item-item tertentu bila dah tercapai. Rasa macam menarik dan of course la rasa macam ermm nak buat jugakkk.Haha.Mengada lagi.

Tapi bila nak list kan tu, kat dalam otak ni struggle berfikir aku nak apa eh? *Blurr. Ok kita start dengan yang simple-simple dulu. Kita????Kita tu merujuk kepada aku lah. :p 

  1.  Mempunyai keluarga sendiri. Ada suami dan anak (anak-anak).Heh!

    2. Menunaikan haji di tanah suci Mekah.



 3. Beli kereta pakai duit sendiri. Apa barang pakai duit mak bapak.Haha.(Macamlah besar sangat hajat yang ni sampai perlu tulis kat sini :p .



4. Nak panjat gunung.Ok, ini serius teringin sangat. (Mungkin sebab terpengaruh dengan cerita dejavu di kinabalu). Haha. Rasa macam satu kemenangan bila sampai di puncak gunung, kan?Mesti mahu cuba.



5. Scuba diving. Tak pernah lagi cuba yang betol-betol diving kat dalam laut tu. Cuma pernah main acah-acah pakai snorkel selam kepala kat tengah laut sambil kawan pegang tangan kat sebelah.Haha. Itu pun dah fun sangat ok. Nampak ikan-ikan lalu depan biji mata. Kau mampu?(tagline azwan ali dalam masterchef)Haha.Insyaallah i will.(Macamlah aku pandai berenang kan.haha)



6. Naik belon udara panas. Yang boleh terbang ke atas awan tu. Yang ini sama macam yang kawan punya wishes. 


7.  Bungee Jumping. Sangat seronok kalu dapat jump bersama pasangan.Ahaks. Tengok Jae Suk dalam SBS Running Man rela terjun bersama Son Ye Jin adalah sangat romantik ok. Pastu tiba-tiba berangan kalaulah ada peluang untuk aku bungee jump bersama kekasih hati.Chewahh!



8. Berbulan madu di Eropah. (Nak tiru Lisa dengan Yusry lettew). Haha



9. Melawat  Lavender Farm. Yang ni dah lama duk berangan ni. Masa sekolah rendah lagi, ke sekolah menengah eh?Lupa pula. Tapi masa tu tengah duk gila baca novel. Ada satu novel tu tulis pasal lavender farm ni. Terus bercita-cita mahu menjejakkan kaki di sini. Aku suka bunga dan aku juga suka unggu. Jadi marilah suka laverder farm. Sangat cantik kan.




10. Boleh masak semua makanan. Petik ja nak makan apa. Semua boleh. (Konon nak jadi chef). Haha.Sebabnya selalunya tak puas hati makanan kat kedai tak sedap. Jadi haruslah masak sendiri. Tapi masalah utamanya adalah reti ker aku masak?. Kiranya challenge untuk diri sendiri mengatasi kekurangan la ni. Sobs.






Cukupla dulu 10 perkara ni. Huhu. Kalau ada nanti tambah lagi. Penat dah nak pikir apa lagi. Haha. (Macam takde keje je kan buat benda alah cenggini).



P/S: Semua di atas bukanlah semestinya mengikut turutan. :) :) :)   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...