Assalamualaikum.
Hari ini hari paling stress dalam dunia.Huhu. Sampai tiga
kali Musang panggil masuk bilik dan tiga kali juga perkataan ‘gila’ diberi pada
aku. Well, adakah aku sememangnya gila? Atau dia yang gila. Dialah kot
kan.Haha. Sebab orang gila takkan kata dia gila melainkan mengatakan orang lain
itu gila. Betul tak?Betul la tu. Ishh! stress sungguh.
Nah, ini bukti yang dia gila bukan aku.
Musang ni suka benar menafikan sesuatu perkara yang dia
lakukan/cakapkan. Atau sebenarnya dia lupa apa yang dia lakukan/cakapkan
lepastu meletakkan kesalahan pada orang lain. Atau untuk menutup kesalahan dia,
dan mencari kesalahan orang lain yang sebesar kuman dan jadikan sebesar dinasor
untuk mengatakan orang itu sebenarnya salah. Ah, orang tua nyanyuk memang
begitu. Stress lagi.
Macam hal pagi tadi berkaitan dengan satu surat yang di
terima dari pihak konsultan. Aku dah maklumkan pada dia berkali-kali pasal
surat itu. Tapi at the end aku juga yang disalahkan kerana katanya aku tak
maklum kepada dia. (*&^x$#/????) Lupa ingatan barangkali. *Sighh
Beberapa minggu lepas, semasa mesyuarat qs aku maklumkan
tentang beberapa perkara yang mungkin akan menjejaskan profit projek. Lepas itu,
Musang ni kata perlu buat begini dan begitu untuk maintainkan profit tersebut.
Di depan dia aku ubah semua benda itu mengikut apa yang dia mahukan di saksikan
oleh seluruh ahli mesyuarat. Tiba-tiba seminggu lepas itu dia panggil aku dan marah-marah
kerana aku pandai-pandai nak ubah. Dengan muka pelik dan tak puas hati aku
jawap, ‘kan **** yang suruh saya ubah hari tu sebab nak kekalkan profit projek
ni’. Tiba-tiba dia jadi singa nak telan orang mengaum cakap ‘Bila masa aku
suruh kau ubah??????’ Argggghh! Stress.
Dan banyakkk lagi perkara yang membuat aku rasa macam nak
bunuh je Musang ni.Haha. Serius, kalaula ikutkan hati ingin aku letak bom ja
atas kepala dia. Sabar aje lah yang mampu.
P/s:Nampaknya esok kena pergi shopping habis-habisan untuk
merawat jiwa yang merana ini. Terapi hati katakan. Haha.
No comments:
Post a Comment