Assalamualaikum.
(tak istiqomah betul dalam memberi salam. kadang
bagi kadang tak -_-)
Beberapa hari lepas aku mendapat panggilan telefon daripada
kakak aku.
Kakak Garang: Assalamualaikum.
Aku yg comel : Waalaikummussalam.
Kakak Garang: Ila, kalau nak buat popia nestum buat bagi
lebih yer.Akak nak tempah.Hehe
Aku yg comel : Errr..emmm..errrr..emmmmmm..ok. (dalam hati
memang tak plan nak buat apa-apa kuih pun raya tahun ni.dasar pemalas.kehkeh (
~,*)
Kakak Garang : Ok, tenkiu.Klik.
Aku yg comel : wwkkkwkkwwkk!!!
Jadi sebab hari ini adalah cuti sempena Nuzul Quran di
negeri Kelantan aku telah di beri
kekuatan untuk membuat popia nestum untuk kakak kesayangan.Haha.
Bahan-bahan.
1)Kulit Popia Pertama (50 sheet)-(Aku syorkan beli jenama ni sebab kulit popianya yang tak mudah koyak
dan senang nak cerai-ceraikan.Percayalah.Anda takkan menyesal punyerr..huehue.)
2) Nestum –(Aku guna yang 3 in 1 tu. Untuk 50 sheet popia
pakai 4 paket)
3)4 sb gula kastor
4)4 sb Susu Nespray
5)1 sb tepung gandum + sedikit air –(Untuk gam kulit popia-biar pekat tau =) )
Cara-cara.
1) Potong 2 kulit popia. (Tak potong pun takpe.Ikut
suka.Aku tak suka popia tu nanti tebal-tebal)
2) Gulung kulit popia tersebut. Tak payah pakai
lidi satay tu pun takpe.Mula-mula je aku pakai pastu rasa lambat sangat nak
gulungnyer terus gulung macam tu saja.Hehe -_-
3) Gamkan hujung kulit popia.
4) Potong kecil-kecil secara menyerong.
5) Goreng dalam api kecil hingga perang sikit-sikit.Jangan
bagi hangus kang tak sedap pulak.Angkat dan sejat.
6) Campurkan bahan 2,3 dan 4 dalam mangkuk pastu
masuk dalam pengisar dan kisar sampai hancur. Jangan risau takot manis sangat
yer sebab susu nespray tu bagi rasa lemak-lemak dan memang takkan rasa manis
sangat. Trust me! : )
7) Campurkan kulit popia yang dah digoreng dengan
bahan kisar tadi.
8) Violla, Siap!!
Eh. Eh. Jap, rasanya lagi berbaloi kalau buat
sendiri daripada beli kat kedai.Jom kira kos yang terlibat pula.
1)Kulit Popia 50 sheet= RM 4.20
2)1 Paket besar Nestum (Nesvita 3 in 1)= RM
10.60 utk 18 paket kecil.tapi hanya guna 4 paket shj. RM10.60/18=RM0.59, RM0.59
x 4 = RM2.36
3)Gula Kastor= Eleh 4 sudu je pun pakai.
Nak letak harga pun tak tau.Haha.= RM0.30 (assume)
4)Susu Nespray = RM6.80 utk paket
kecil.Guna 4 sudu.Kira nisbah la eh. 4:15 (assume)=RM6.80/15 = RM0.45, RM0.45 x
4 = RM1.81
Total = RM4.20 + RM2.36 + RM0.30 + RM1.81 =
RM8.67
Murah dakkkk????Memang berbaloi tahu. Kalau
beli kat kedai harga dalam RM10++ untuk satu paket kecil yang bila makan
langsung tak rasa puas.Heh!!
Catatan: Untuk 50 sheet kulit popia bulih
muat dalam 1 balang besar dan 1 balang kecil.hehe.Selamat mencuba =)
ehhh baru nak buat jugak untuk raya ni, tapi guna holiks. entah apa rasanya nanti, first timer, hehe
ReplyDeleteyup setuju sangat..x berbaloi bli Rm 27 sebalang..buat sendri jer lgi puas ati..larat n x jer...hehe...
ReplyDeleteTengkiu very much. Tips dan step yang sangat membantu!
ReplyDeleteTapi saya guna kulit popia Figo. Buatan malaysia. Ok jugak. Senang peel, tak koyak2 dan tak lekit.
Lagi satu, after goreng kulit popia tu, rasanya kena bagi minyak kering dulu baru tabur nestum. Kotidak jadi ketul ketul. Tak cantik. Pendapat saya la. Baru lepas buat ni. Hehehehe
AnonymousOctober 28, 2013 at 11:14 PM sejat tu mksudnya keringkan minyak ar tu..hihi...tuan punye resepi dh gtau dh kt atas tu..hihi..
ReplyDeletemana nak dapatkan kulit popia PERTAMA area Selangor...merata dah cari tak jumpa
ReplyDeleteThanks for sharing the steps
ReplyDeleteUntuk 50sheet tu nnti dpt balang bsr mane ehh
ReplyDelete