Emak dah balik semalam. Alhamdulillah adik da sedikit sihat. Tapi tak boleh nak agak betul-betul sihat atau just kerana kesan ubat buat dia sihat. Apa-apa pun hopefully dia akan sihat sepenuhnya. Emak balik tak lama, dalam seminggu sahaja.Khamis ni dah kena pergi KL semula hantar adik masuk HKL semula. Adik hanya diberi cuti seminggu sahaja. Itu pun selepas abang berbincang dengan doc yang rawat dia. Kalau tak, memang tak boleh bawak balik langsung.Hurm.
Sedih.
Semalam emak sampai dalam pukul 6.00 ptg. Masa tu aku masih di opis lagi. Masa nak balik tu my cousin call suruh datang rumah dia amik lauk sebab kat rumah aku tu memang takde lauk ape pun untuk dinner. Jadi after setel-setel hal lauk pauk untuk dinner aku bergegas pulang ke rumah. Masa tu adik tengah tidur-tidur ayam kot. Lepas salam ngan mak,terus mak cakap adik dari petang tadi lagi duk sebut-sebut nama aku. Aku pun terus la masuk bilik nak tengok keadaan dia. Terus dia peluk aku sambil menangis-nangis. Dia cakap dia tak tahu kenapa semua ni jadi kat dia. Dia dah tak boleh nak sambung belaja lagi dan bla bla. Dia cakap dia tak tahu masa depan dia lepas ni macam mana. Dia berharap dia masih punyai waktu untuk keluar berjalan-jalan dengan aku.habiskan masa shopping sama-sama. Dia berharap agar satu hari nanti dia masih boleh spent life ngan aku. Dia sayang aku.
Aku dah tak boleh tahan rasa sebak. Terus menangis tak henti-henti kat situ. Dan aku hanya boleh kata aku nak dia sihat semula. Sihat seperti dulu-dulu. Sangat sedih. Aku mintak untuk keluar bilik bagi excuse nak solat magrib tapi Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Aku tak nak menangis depan dia . Aku nak dia kuat untuk tempuh semua ni. Aku tak nak dia bersedih sebab tengok aku menangis. Sungguh, aku sayang dia. Sayang family aku. Eh, tanak cakap lagi sebab nanti nangis lagi.Sobs.sob. Aku harap semuanya akan cepat berakhir.iAllah.
No comments:
Post a Comment