Cinta sejati itu tidak pernah wujud.
Kalau ianya wujud itu hanyalah dusta semata-mata.
Hanya lakonan filem atau drama yang ditayang untuk memancing penonton.
Sebetulnya, ia tidak pernah ada dalam kamus kehidupan nyata.
*****
Perbualan antara dua pasangan kekasih dalam drama bersiri ‘tak ingat tajuk apa’ :p petang semalam menarik perhatian aku.
Girl: Awak sedar tak yang awak dah banyak berubah?
Boy: Semua orang berubah!
Girl:Awak dah tak sayang macam dulu. Awak anggap saya tak lebih dari orang gaji. Hari-hari lepas kerja kena balik rumah masak, mengemas dan sekarang awak suruh urut awak pula. Saya letih berkerjadan awak pun sama. Tak bolehkah awak cuba faham saya. Ibu awak layan saya sungguh macam orang gaji dan sekarang awak pula! *Muka terkejut sambil berkata dengan marah.
Boy: Habis tu awak tak boleh terima hakikat itu??
Girl:Awak dah melampau*Menangis geram.
Itulah hakikat kehidupan sebenarnya. Lebih banyak pahit daripada manisnya. Dan, manusia boleh berubah. Semua orang tahu. Dari cinta kepada benci dan mungkin dari benci kepada cinta. Tapi nisbah untuk itu hanya 1:1000.
Dari forum dr tuah, terlalu banyak kisah sedih suami isteri yang aku baca apabila wujudnya konflik dalam rumah tangga mereka. Apabila cinta sudi dinodai dengan dosa dan noda. Apabila kesetiaan dan rasa percaya dikhianati. Hancur luluh hati. Kerana apa? Kerana perasaan manusia itu boleh berbolak balik. Realiti kehidupan sebenar adalah penuh dengan onak dan duri yang harus kau tempuh hari-hari. Dan tak selalunya bahagia dan indah-indah saja.
Dikhianati. Sakit.Perit dan pedih. Tapi hidup umpama roda. Hari ini kau disakiti dan mungkin esok atau lusa kau pula yang akan menyakiti. Puas bukan?Ini adalah sikap orang yang hatinya keji. Atau sudah penat dan rasa letih disakiti dan teringin merasai perasaan bagaimana menyakiti. Terpulang.
Entri kali ini penuh dengan hasad dengki barangkali.
P/s: Dua tahun yang lepas, jika perasaan ini tidak berubah pastinya sekarang tahun 2012 aku telah bergelar seorang isteri dan mungkin, mungkinla seorang ibu.Heh!Semua orang berubah.Termasuklah aku.
No comments:
Post a Comment