KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, January 25, 2010

cerita opisku~

Pagi tadi ingat nak datang awal sket ke opis..biar aku jadik org 1st yang sampai...aku mmg suka kalu aku yang 1st sampai..walopun terpaksa membuka pintu grill yang susah gile nak bukak tu..kna guna tenaga power rangers bru ley bukak..haha..tapi biasanya kalu aku duk mengah2 membuka sendirik ada la pakcik2 yang datang menolong...hehe...org sekitar sini mmg sentiasa perihatin..itu yang aku suka tu..tapi knapa pakcik??takde abg2 kacak ker???haha..sebab kawasan ni mmg kawasan kedai kopi yang mana pakcik2 jer yang suka lepak pagi2 buta..wahaha...so pakcik2 je la yang menolong..tapi mmg btol..org2 kat sini sume baik2...kalu aku dalam masalah sume akan datang membantu..mcm byk jer masalah kan..hehe..tp mmg byk pom..semenjak aku kerja kat cni almost 5 months mcm2 dah penah aku alami..haha..pgalaman motor tak boley nak start pom da sampai 3 kali..haha..kunci motor tertinggal dalam bonet(bawah seat skuter aku)...kasut aku d sorok budak2 nakal masa aku p surau solat zohor...njin motor mati sebab lupa nak isi minyak...sumenya berlaku di sekitar opis aku..dan orang2 d sini sentiasa datang menolongku..haha..ni yang best ni....

berbalik kepada kisah aku nak datang awal ke opis tu...aku igt da awal da arini..tapi ada lagi org yang lagi awal..akauntan opis aku sampai dulu dari aku...cisss!!!haha..tapi takpe la..dia mmg selalu datang awal pom..kekeke...sampai je d opis aku tak tau nak buat apa...sementara masih lagi pagi dan mood utk berkerja belum lagi kunjung tiba, aku pom ambik penyapu d belakang pintu tu dan ctat menjadi cleaner d opis..haha..aduhh!!opis ni mmg byk gile habuk..lemas aku..boss!!!tak nak kasi gaji mau naik ker..sy buat kerja 2 dalam satu nih..walopun bos tak iktiraf sy menjadi makcik cleaner tapi sy dengan rela hati berbakti kepada syarikat ini..haha..last month keja aku cuci jamban..haha..mana taknyer takde sape yang nak cuci..tau guna jer sume..mcm ramai je staff kat cni ye..haha..hanya 2 org lelaki dan 2 org pompuan sahaja..termasuk aku..adehhh!!!betapa keciknya opis ni...

walopun opis ni kecik dan gaji tak bape nak lumayan aku masih bersyukur kerana dapat berkhidmat..sekurang2nyer aku boleh bagi mak duit belanja dapur every month..walopun sekadar 300rm sebulan tapi aku tau mak mesti dah suka kan..kan mak kan...tu jer yang mampu anakanda berikan setelah di tolak duit motor, duit belanja makan aku, duit minyak, lain2 cost seperti pakaian dan bla bla bla...setakat ini hanya itu yang mampu..alahai sedeynya ayat..huhu...apa2 pun aku bersyukur kerana kat lua sana tu ramai lagi kawan2 aku yang sedang menganggur walopun dah 5 bulan grad d universiti masing2..biar susah dahulu senang kemudian..always thinks positive..mungkin rezekiku untk masa ni setakat ni jer..dan aku harus redha..dan bersyukur..yeahh!!yeahh!!hidup Malaysia..

kat sini aku byk blajar..baru ku tau sebenarnya aku ni dungu aka bodoh..haha..aku blajar sume bnda..sama ada ilmu yang berkaitan bidang aku mahupun ilmu kehidupan yang aku belajar melalui pglaman..sebagai contoh jangan berangan masa traffik light tengah merah..haha..pnah terjadi asyik aku duk berangan mat jenin kat traffik light tu, bila aku tersedar sume kenderaan sekeliling dah takde..hanya aku je yang terpacak kat situ..haha..tak tahu berapa lama aku duk kat situ..dengan muka tak malunyer aku pom blah setelah lampu tu bertukar ke hijau ntah utk kali ke berapa...aisehh!!!aku ni knapa...nasib baik aku naik motor..kalu aku naik keta berbakul dah org sumpah seranah aku...aduhai...kehidupan2...

sekarang aku lebih matang utk mbuat keputusan atau dengan kata lainnya sudah cerdik menggunakan otak..bukan main belasah jer...dulu aku seorang yang tak reti nak kata TIDAK..sumenya aku terima jer..kena buli ke apa ker..tapi sekarang..jangan main2 ngan aku..wahahaha...suda bertukar menjadi ganaz..sekarang siapa bani buli aku..akanku cincang2 badannya..grr..grrr..dan tahap yang boley d banggakan adalah hati aku semakin keras...haha..pendirian aku mula tetap..kalau aku kata taknak maka taknak la jawapnye..jgn cuba main tarik tali yer..akanku gunting tali itu..hahaha..

adehhh..perut sudah mendendangkan lagu senandung pagi..pagi???tgahari sudah...jom pergi makan...masalah lagi!!aku tak tau nak makan aper..haha..until now, see u then~


1 comment:

  1. Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

    Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?

    Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)

    Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.

    Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.

    Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.

    Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka. Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?

    Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...