KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Tuesday, January 17, 2017

Diapers terbaik untuk si manja anda. :)

Assalamualaikum.

Hehe. Dah lama nak tulis pasal ni tapi asyik delay je. Haritu tulis ingat save kat draft, sekali takde. Kuikui

Menjadi first time mummy ni memang banyak benda yang bermain dalam fikiran. Semua benda kena ambil tahu. Semua benda yang nak beli untuk sambut first baby kalau boleh semua nak yang terbaik kan. Betul tak?hihi.

Maka gigih la hemak2 google diapers ape yang paling elok, botol susu apa yang ok, pakaian macam mana nak prepare dan banyak lagi.

Sebab aku dulu pun camtu. Hehehe

Dan korang ke sini pun atas tujuan yang sama kan. Ececece.

Baiklah kali ni aku nak tulis pasal diapers terbaik,berkualiti dan murah. Hehe. Lampin pakai buang ni buatpe nak beli mahal2 kalau korang boleh dapat diapers yang berkualiti dengan harga yang lebih murah. Bukan bermakna yang mahal tu tinggi kualitinya dan yang murah tu rendah kualiti. Dont judge a book by its coverr. Errr..haha

Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan pengalaman aku semata2. Juga pengalaman dari kawan2 secircle. Hihi

Bab diapers, aku mmg suka try and eror. Dari brands mahal mamypoko sehingga brand cikai cutie aku try. Haha

Dibawah adalah senarai diapers yang aku pernah cuba.

1.Mamypoko Extra Dry
2. Drypers Wee Wee Dry
3. Drypers Superhero
4. Diapex Easy
5. Tesco Baby Loves
6. Huggies Biru
7. Huggies Hijau (Pants)
8. Petpet
9.Goo.N
10.Cutie
11. Drypers Classic
13. Drypers touch
14. Whoopee

Rasanya tu je kot. Or ada yang aku lupa. Hihi. Ok, to make it simple dan tak panjang berjela aku terus buat kesimpulan ye. Amaran, ini adalah berdasarkan pengalaman aku sahaja, lain baby lain la kesan diapersnya. Mungkin kulit bontot anak anda sesuai je dengan sebarang diapers. Atau kulit anak anda ok dengan brand2 tertentu, anak saya belum tentu. Haa gitu la kekdahnya. So result maybe diffrent to your baby ok.

Pada anak aku, diapers yang paling selesa of course la mamypoko Extra Dry. Mamypoko ada banyak jenis, yang paling superb serap dan langsung xbasah dan leaking is Extra Dry. Yang lain kawan pernah try tp kualiti tak bagus sangat senang bocor.

Kedua, paling best Tesco Baby Loves. Yang pack kaler hijau. Memang kualiti setanding mamypoko tapi harga jauh lebih murah. Rm26.99 M70 pcs. Dalam 0.38/pcs. Murah sangat la. Bagi aku kalau jatuh dalam range Rm0.30-0.50 per pcs tu murah dah la tu. Hahaha

Drypers Wee Wee Dry okay, tapi Classic, Superhero (limited time only), langsung tak boleh pakai. Cepat bocor dan berbau. Hemak dont like.

Brand lain macam Petpet, ok but not favourite. Alasan? Entah hemak lg suka design Tesco. Haha. GooN tembuss, Diapex Easy untuk day ok tapi saiz kecik sikit dengan standard size diapers lain. Kalau brand lain saiz M, diapex saiz M tu macam saiz S. Gitu la kekdahnya. Diapex premium tak try lagi sebab susah nak jumpa. Mostly kawan2 guna diapex premium untuk night sbb lebih terjamin. Hihi.

Huggies, yg ultra(hijau) ok but pricey. Hemak ibu yg berjimat cermat. Haha. Huggies biru, Mishary naik rashes kat bontot. So memang FAILED!

Lain2 brand macam cutie dan brand2 mengarut lain, nasihat hemak xyah ler beli. Haha. Memang lansung KO.

Itu saje perkongsian hemak anak satu. Ok bye.

P/s: Bertahun entry ni tersimpan haha, dari Mishary dalam hari sehingga harini dah setahun 6 bulan baru hemak publish. Nampak tak hemak busy benau. Kahkahkah. Panjang oi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...