KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, February 10, 2016

Tips Hamil- Usaha yang dilakukan sebelum disahkan hamil ;)

Assalamualaikum.

Suka untuk aku bercerita mengenai perjalanan TTC aku. Ya, aku adalah seorang ttcian atau dengan kata lain orang yang berusaha untuk hamil. Kehkehkeh


Aku bukanlah pasangan yang bertuah kahwin lepas tu tetiba terus dapat anak. Period delay pun tak tahu. Tiba-tiba doktor kata mengandung. Oh no, aku bukan tergolong dalam kalangan tu. Aku tak cukup bertuah sebegitu untuk merangkul gelaran bunting pelamin. Wakakaka


Aku berusaha untuk hamil ok. Cukup berusaha. Haha. Rezeki takkan datang bergolek kalau tak berusaha. Aku faham perasaan ttcian yang terlalu mahukan anak. Sebab aku juga pernah berada dalam kasut mereka. Lol.


Ok, mari bercerita usaha yang aku dan pasangan buat. Tapi sebelum tu, aku terangkan masalah aku dulu.


Kitaran haid aku ok. Setiap bulan mesti datang. Cuma masalahnya panjang kitaran tu tak menentu. Kadang 28 hari, kadang 30 hari,kadang 35 hari.


Bila cycle day(cd) berbeza, sukarlah untuk aku mencari hari subur aku. Hari subur yang orang duk kata 2 minggu selepas habis period tu tak tepat yer. Selama beberapa bulan aku pakai istilah ni langsung tak ada hasil. Sehinggalah aku mencari jalan untuk mengetahui hari subur aku dengan tepat.


Jadi aku google :)


Dalam banyak2 kaedah untuk tentukan hari subur, aku pilih dengan kaedah BBT. (Basal Body Temperature). Aku pernah tulis pasal ni di sini.

Memang pada mulanya aku rasa remeh, adui susah, pening lah kepala nak paham tetapi lama kelamaan aku rasa serasi dengan diri aku. Tak mula, maka tak tahu. Hihi.
Aku cari support group untuk belajar BBT. Aku jumpa forum Ratu Hati, aku join group Malaysian Baby Tree di facebook. Semuanya tentang TTC. Aku gali ilmu sungguh-sungguh.


Dari situ lah aku dapat banyaaaakkkkk ilmu. Aku belajar banyak benda. Aku kaji diri aku sendiri.


Akhirnya aku dah boleh jangka sendiri hari subur aku. Hehe. Ingat ya, setiap orang tak sama. Bergantung pada hormon dalam badan masing-masing. Aku belajar pasal hormon, hormon estrogen, hormon progesteron, hormon testeron, hormon prolaktin dan banyak benda2 sains yang aku boleh relate dengan diri sendiri. Seronokkan?


Maka, salah satu usaha untuk aku hamil adalah dengan detect hari subur dengan kaedah BBT.
Kedua, bila aku belajar tentang paras hormon dalam badan contoh hormon estrogen diperlukan untuk memecahkan telur(ovum) atau dipanggil hari subur maka aku kena kawal hormon estrogen tu supaya telur aku cantik dan berjaya ovulate. Ekekeke. Ada jugak kes hormon tak cukup jadi tak dapat ovulate.


Telur(ovum) harus dibaja dengan hormon estrogen supaya berkualiti. Kalau ovum yang tak berkualiti, bila berjaya disenyawakan akan berpotensi kandungan tak menjadi dan gugur.


Tahu tak bahawa nak pregnant ni, paras hormon dalam badan harus seimbang barulah bila ovum dan sperm disenyawakan boleh melekat cantik didinding rahim. Kalau tak seimbang, kemungkinan tak berjaya disenyawa langsung tak dapat menempel terus. Sedihkan?


Aku pernah terbaca kiasannya begini kalau mau buat air kopi, kandungan air,kopi dan gula haruslah seimbang barulah kopi tu sedap dan menjadi.kalau terlebih kopi akan jadi pahit, kalau terlebih gula akan jadi manis. Maka tak jadilah kopi tu.

Sama macam nak mengandung, hormon harus seimbang.terlebih atau terkurang penyebab zigot yang dah disenyawa xdapat menempel, atau paling teruk tak dapat ovulate pun sebab kekurangan hormon. :')


Jadi, bagaimana nak kawal hormon dalam badan ni?



Benda terbesar yang boleh effect penghasilan hormon adalah PEMAKANAN KITA.
JAGALAH PEMAKANAN. IA SANGAT-SANGAT PENTING!


Says NO to fast food!

Says NO to caffien!

Says NO to carbonated drinks!

Says NO to junk food!

Says NO to processed food!



Makanlah makanan yang berkhasiat. Makanlah makanan sunnah. Minum susu. Lupakan teh, kopi, milo apa2 yang ada kafien. Tinggalkan KFC, tinggalkan MCDonalds,tinggalkan semua process food macam daging burger, hotdog, nuget. Tinggalkan semua makanan merapu macam jajan, jeruk. Makan makanan SIHAT sahaja.


Dan....a big no to AIS!!!


Yes, korbankan air sejukmu! Tinggalkan ais kalau nekad mahukan anak. Tak nak tak ape. Tak paksa pun. Ekekeke.


Eleh, orang lain boleh je mengandung minum ais apasal pulak tak boleh.


Bagi aku simple saja. Orang lain yang minum ais dan segala benda kat atas tu tetapi elok je dapat mengandung sebab Allah tak duga dia untuk tidak/lambat mempunyai zuriat. Kita ni special sebab tu Allah duga, jadi perlukan sedikit effort untuk berjaya. Tak gitu?


Kenapa aku suruh tinggalkan ais selama tempoh TTC?


Sebab ais sifatnya sejuk. Dan akan mendorong rahim perempuan menjadi sejuk dan berangin. Yang mana 2 keadaan ni tak elok dan menipiskan peluang untuk hamil. :)


Ketiga, detox. Tahukah kamu dalam badan kita terdapat toksin dan racun hasil dari makanan tidak sihat yang kamu ambil.


Untuk membuang toksin daripada badan adalah dengan kaedah detox. Aku suka minum air suam tambah sehiris lemon untuk detox. Mudah kan.minum hari2 sepanjang tempoh dpo(selepas waktu subur).


Atau boleh juga beli patch yang tampal kat tapak kaki tu. 2 cycle aku pakai 2 cycle tu jugak aku berjaya pregnant. Mungkin kebetulan. Wallahuallam.tapi tak salah usaha kan. ^-^


Keempat, makanan sunnah. Aku makan buah kurma. Mula2 tak suka sebab manis. Nak dijadikan kisah satu hari aku pulang ke rumah mak. Tengok ada kurma atas meja. Kurma tu saiz kecil je bulat2 comel. Hehe. Aku makan, eh rasa lain pulak dengan kurma yang selalu aku duk makan. Kurma ni serius rasa sedap. Ada rasa masam sikit2 macam prune tu. Terus aku jatuh hati pada kurma tu. Tanya mak kurma ape, rupa2nya kurma tu ada orang bagi kat mak dari mekah. Kurma ajwa. Patutlah sedap. Selalu makan kurma yang murah je. Hehehehe. Terus jatuh hati pergi cari kat kedai buat stok. Jadi kan kudapan hari2 :')


Makanan sunnah lain, aku ambil habbatussauda dan minyak zaitun. Aku beli yang kapsul saja. Jenama minsyam. Alhamdulillah rasi dengan aku. Minyaj habbatussauda aku makan waktu period :). Aku tak tau lah teori ni betul atau tak. Aku saja buat teori sendiri lepas baca tentang khasiat hb ni. Selalunya org makan masa berpantang, jadi aku kira untuk kecutkan rahim lah. Makan masa period sebab aku kan TTC. Masa period tu lah aku nak nyahkan segala toksin, angin,penyakit dll. Makan hb akan buat korang sendawa tak berhenti. Haha. Sendawa atas sendawa bawah :p


Minyak zaitun juga jangan lupa. Selalu aku ambil 1 biji pagi habbatussauda 1 biji malam minyak zaitun. Aku saja2 je makan gitu. Haha. Kalau ikutkan kena ambil pagi.2biji hb 2 biji zaitun. Tapi biasalah, aku mana nak ikut peraturan yg betul.kehkeh.

Kelima, ok aku nak cerita bab sebelum ovulation dan selepas ovulation.(waktu subur). Sebelum o(ovulation) aku makan makanan untuk naikkan hormon estrogen(cantikkan telur) seperti telur ayam kampung, taugeh, tauhu,tempe.


Selepas o aku ambil makanan boost progesteron untuk panjangkan tempoh dpo(day pas ovulation). Kengkonon nak bagi peluang/masa supaya zigot mampu menempel sempurna.kahkah.  contoh makanan seperti bayam, kekacang, ubi kentang (berpotensi dapat kembar) hihihi.


Aku rasa dah panjang sangat entry ni. Hihi. Itu sahaja sedikit sebanyak usaha aku. Yang lain2 macam solat hajat, solat dhuha.(kalo tak mampu nak solat hari2 cukup sekadar aku pasang mp3 doa dhuha tu kat handphone dengar dlm keta pergi balik kerja ataupun pasang kat pc time buat kerja.hehe. )


oh ya, asid folic jangan ditinggal. Makan setiap hari sebagai persediaan untuk mengandung. Waktu period pun makan tau. Hehehe. Boleh dapat difarmasi. Apa2 brand pun tak ape. Aku makan brands appeton. Mahalla sikit brands tu.Hehe.



Semoga berjaya pada yang berhasrat inginkan zuriat ^-^



P/S: Nak join group TTC kami? Hehe. Boleh emel aku di eikeshu@yahoo.com. Tapi dengan syarat nak belajar BBT yer ^-^. Meh aku ajarkan. Free of charge. Confirm seronok!! =)

3 comments:

  1. lihat dan ikuti kisah kami di https://www.youtube.com/watch?v=qE0VB0882jY

    ReplyDelete
  2. Susah jugak nak dapat baby ni.sy dh cuba semua dh.tapi x de hasil pon.p hospital doc kate x de masalah.suami isteri ok je.mungkin dah memang x bole mengandung la kan...sedih la...umur dah nak cecah 40.so x de lah harapan lagi nak hamil...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...