KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Saturday, July 11, 2015

Diari Mama#7-I See You :)

17/1/2015

Assalamualaikum baby, dua tiga hari lepas baby buat mama cuak. Sampai mama tak lena tidur tau pikirkan keadaan baby.

Suhu bbt mama menjunam turun menghampiri coverline untuk beberapa hari. Ya Allah, betapa risaunya mama. Mama takut peristiwa lepas berulang lagi. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Betapa sedihnya bila mengenangkan tangis harap mama setiap bulan selepas peristiwa itu menantikan kehadiran baby dlm perut mama. Allah. Tiada seorang pun yang memahami perasaan mama yang diuji ini.

Mama mengambil keputusan untuk ke klinik lihat perkembangan baby. Mula-mula mama ke klinik kesihatan cempaka, tapi mereka tak benarkan mama buat buku baby kat sini. Niat mama hanya untuk scan, tapi sebab mama belum buat buku baby mereka suruh mama buka buku dulu.

Mama terpikir untuk ke klinik reza, tempat mama sahkan kehilangan baby yang terdahulu. Tapi keadaan tak mengizinkan. Kaedaan banjir di Kelantan pada waktu ini sangat teruk sehingga semua klinik di kota bharu masuk air dan tidak dapat beroperasi. Susahnya untuk menenangkan hati mama yang kian gelisah ini.

3 hari suhu masih turun. Mama mengambil keputusan untuk pulang ke kok lanas malam itu juga. Semata-mata untuk mencari klinik dikawasan ni pula.
Alhamdulillah, ada klinik yg beroperasi.

Mama dapat lihat baby.Nervous tapi happy. Kini baby dah berusia 8w6d. Dah boleh gerak,dah nampak bentuk baby walaupun saiz suma sebesar buah anggur =). Denyutan jantung laju. 180bpm. Mama sebenarnya terkejut dengar bunyi jantung baby. Hihi. Allah, perasaan gelisah masa tunggu giliran td tiba2 hilang bila nampak baby. Alhamdulillah, baby sihat. Dan mama akan teruskan berdoa spy baby sentiasa sihat dan membesar dgn baik.

Semoga Allah terus pinjamkan baby untuk mama kali ini. Semoga rasa bahagia ni terus berpanjangan. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...