KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Tuesday, July 14, 2015

Baby IUGR

Assalamualaikum

Rasa nak tulis pasal ni. Menangis-nangis.

Biasalah,bila ada masalah kat sini lah rasa nak meluah.huhu


Walaupun tak dapat selesaikan masalah tu tapi cukupla sekadar menenangkan rasa hati. :')



Ahad, 12/7/15 aku dirujuk ke pakar o&g HRPZ II disebabkan masalah baby yang katanya perkembangan saiz baby tak ikut weeks kehamilanku. Dengan kata lain, saiz baby kecil.


Klinik kesihatan scan 36w berat baby 2.19kg. Pakar O&g scan 36w5d berat baby 2kg pulak. 
Air ketuban 10. Yang mana katanya sikit. Risau baby lemas. Perkembangan baby slow, graf tak cun. Tinggi rahim aku 32w, kalau ikutkan aku dah masuk 37w. Kurang 5weeks.


Ya Allah, risau.
Pakar bagi tarikh 20/7/15 untuk pantau perkembangan baby. Jika masih sama atau perkembangan masih juga perlahan, aku akan dipaksa untuk bersalin.


Tak tau macam mana perasaan masa tu. Secara jujur, aku tak kisah saiz baby besar atau kecil. Aku cuma mahu dia sihat sahaja. Tapi bila doktor cakap risau baby awak tak cukup zat. Baby awak lemas, kurang bergerak dan risikonya adalah tinggi terhadap baby aku jadi sedih.


Aku nangis lagi. Masa mengandung ni,banyak air mata tumpah. Risaukan baby. Harapnya nanti baby keluar tak adalah ikut perangai aku.Hehe. Mudah menangis. Stress nanti mak nak. :p

Harini 14/7/15, aku ada appoinment dengan klinik kesihatan pula. Bawak report dari pakar o&g tu.

 Sekali lagi aku tersentak bila doktor terangkan report berkenan yang baby aku IUGR.

Aku tak paham makna IUGR. Aku tanya kawan-kawan kat group. Katanya IUGR tu adalah saiz baby kecil.Kebanyakkan kurang dari 2kg. Dan memang doktor akan paksa bersalin seawal 7 bulan. Huhu.
Tapi aku sekarang dah masuk 9 bulan @37w. Doktor klinik kesihatan detect saiz baby aku kecil masa 31w. Doktor ada cakap suruh aku rujuk pakar pada masa tu, tapi surat rujukan tak buat pulak. Jadi aku diam, ingat tak de apa2, tak perlu rujuk.


Kemudian masa 35w nurse belek2 buku merah aku baru perasaan yang aku belum dirujuk ke pakar. Baru perasan yang dia lupa buat surat. Omg!


Jadi,aku sudah terlambat untuk dirujuk. Sebab tu masa 36w baru dapat rujuk pakar. Alahai. 37w baru dapat tau baby IUGR. Tapi ni semua adalah anggaran sahaja. Kata doktor. HAHA.


Untuk sedapkan hati aku. Semuanya atas kuasa Tuhan. Mungkin bila scan apa yang tertulis di screen lain,tapi bila baby keluar saiz biasa. Kita tak tau apa yang tersembunyi didalam rahim. Ilmu manusia hanya terbatas pada mesin dan alat sahaja. Selebihnya, adalah kuasa Allah.


Tapi aku yakin, baby aku tak kecil. Instict aku kata baby aku ok. Ntahlah. Sekadar mahu sedapkan hati sendiri atau sengaja tak mahu prepare for the worst. Hurm.


******

Sedikit fakta tentang bayi IUGR 

http://bayi-ibu.com/bayi-kecil-daripada-usia-kandungan-iugr/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...