KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Thursday, September 3, 2015

Diari Mama#10-Welcome Baby

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya telah selamat bersalin secara normal (induce & force deliver) seorang bayi lelaki seberat 2.2kg pada 17.7.2015 (1 syawal :p) pada jam 1919. Syukur, syukur alhamdulillah.

Nak cerita pengalaman bersalin saya supaya ia boleh diingati sampai bila-bila hari bersejarah yang penuh bermakna buat saya :)

14.07.2014 Selasa - 37weeks , kalau ikutkan due date untuk bersalin saya dijangka akan bersalin pada 4.08.2015 iaitu lebih kurang 2 minggu selepas aidilfitri. Memang dalam hati tak pernah terpikir untuk bersalin sebelum menyambut hari raya. Haha.

Gigih tempah biskut, tempat kek, cari baju raya sedondon, malah malam 14.07.15 sempat tawaf wakaf che yeh cari tudung untuk pakai di hari raya. Sempat makan meatball ala ala ikea tu gara-gara tengok fb kawan post makanan tu :p. Hahaha.Kenangan sungguh.

15.07.2015 Rabu- 37weeks 1 day , beberapa hari lepas ada appoinment dengan pakar o&g disebabkan saiz baby yang dikatakan sedikit kecil dan dijangka baby iugr (saiz kecil), juga ukur lilit perut saya hanyalah berukuran 32weeks. Bermakna ukuran perut dengan usia kehamilan berbeza sebanyak 5minggu.

Tambahan pula berat badan saya hanya naik sebanyak 5kg sahaja sepanjang 37minggu kehamilan. Yang mana doktor kata sepatutnya naik 9kg kalau ikut pada jadual kehamilan. Huhu.

Saya tak puas hati bila scan doktor bagitau berat baby hanyalah 2.0kg atau kurang. Sedangkan seminggu sebelum tu, saya telah scan di klinik kesihatan doktor kata berat baby sebanyak 2.19kg.

Aik, dah turun berat ke baby ku. Huhu. Berbincang dengan kawan-kawan kat group mereka suruh pergi scan untuk double check saiz baby. Hati rasa tak tenteram dah masa ni. Mungkin Tuhan dah gerakkan hati saya. Minta izin dengan suami untuk pergi scan, call klinik yang available. Alhamdulillah suami tak bantah pun walaupun biasanya dia tak berapa gemar scan banyak kali dalam satu masa. Maklumlah minggu tu saja dah 3x scan.hihi

Lepas zohor, tunggu suami pulang terus pergi klinik sakit puan TMC untuk lihat baby. Tetapi, berita lain yang saya dapat. Huhu. Dan semuanya bermula disini.

Doktor tanya gerakan baby. Doktor minta untuk check ctg baby. Iaitu kadar denyutan jantung baby. Mengikut ukuran doktor, baby memang kecil, 2.1kg tapi yang lebih merunsingkan doktor bukan saiz baby, tetapi air ketuban yang kurang, kurang lagi pada separuh. Bacaan normal air ketuban adalah 10 keatas, tapi bacaan air ketuban saya hanyalah 4.3 sahaja.

Doktor suruh pergi hospital bersalin terus, katanya risiko baby lemas adalah tinggi. Baby kurang gerak, baby tak boleh bernafas, oksigen tak cukup bila air ketuban terlampau sedikit.

Allahurabi. Masa tu saya masih rasa nothing serius. Tekaan doktor mungkin tak betul. Sama macam saiz perut saya yang orang duk cakap macam mengandung 5 bulan padahal dah masuk 9 bulan. Hanya ramalan doktor sahaja. Mati- matian saya rasa baby saya okey. Tak mungkin air ketuban kurang. Kalau kurang pun, mungkin sebab puasa. Dah berbuka nanti mesti baby cukup air. Haha. Jahilnya saya ilmu bab ini. :')

Saya rasa menyesal pergi scan pada ketika itu, sebab saya dapat berita yang tak best. Dan yang lebih teruk saya boleh rasa doktor tu silap.kahkah. Saya boleh cakap kat suami, tak payahla nak pergi hospital bersalin bukannya dah sakit nak bersalin. Saya nak balik rumah, tunggu bukak puasa. Ada 1 hari lagi baki ramadhan, kemudian kita raya. Hehe. Degil.

Suami masa tu tak kata apa. Hanya mengikut saja isterinya yang keras kepala dan degil.kuikui. Tapi dalam pada itu, sempat juga dia cakap kita dengarlah pendapat doktor cakap macam mana.

Dan lepas dah checkup, saya tanya pendapat doktor. Doktor cakap apa- apa pun kita fikir yang worst dulu dari yang good. Awak boleh tak nak pergi hospital tapi risiko baby kita tak tahu macam mana. Kalau saya jadi awak, saya pergi hospital, kat sana mereka akan repeat semua yang saya dah check kat awak. Repeat scan.repeat ctg. Dan kalau result mereka lebih baik dari result saya, mereka akan bagi awak balik. Dan awak boleh sambut hari raya :) Jangan takut nak masuk wad, jangan takut kena tahan sebab kalau baby ok mereka mesti bagi awak balik sambut raya. Doktor pun nak raya juga.Hehehe

Saya pegang kata-kata doktor. Kalau baby ok tiada sebab untuk dia tahan saya dalam wad. Tapi kalau saya tak pergi hospital, saya tak tau baby saya ok ke, tak ok ke.

Jadi saya ambil keputusan pergi juga hospital bersalin tapi dengan harapan menggunung tinggi result scan dan ctg menunjukkan baby ok dan boleh pulang menyambut aidilfitri.kekeke

Masuk hospital bersalin, mereka check tekanan darah dan urin. Doktor muda nama Afif :') check perut. Ukur tinggi rahim, ambil darah dan pasang jarum kat tangan :'(. Masa ni saya bagitahu siap-siap kat doktor saya mau pulang. Huhu.Taknak kena tahan wad. Doktor muda tu senyum aje tapi masih beri harapan boleh balik rumah bila dia cakap saya kena tanya doktor pakar dulu keadaan awak. Baru saya boleh bagi awak balik rumah. Hihi. Berbunga hati bila dia cakap gitu.

Nurse datang tegur mana gelang nama awak, kenapa tak pakai lagi. Huhu. Saya sempat jawap dengan yakin saya nak pulang tak mau warded.kahkah.nurse boleh bidas balik katanya dah masuk sini mana boleh balik senang hati dah. Kena tahan jugak walaupun satu hari. Alamak!

Doktor muda nama Afif tu datang balik tanya sejarah kandungan, tahap kesihatan lepastu minta untuk scan perut dan check jantung baby.

To be continue...
Kekeke...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...