KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, September 9, 2013

Puisi untuk awak

Assalamualaikum.


Dah lama tak tulis puisi.
Tentang hati dan perasaan ini.
Alah, janganlah nak muntah dahulu.
Orang jiwang macam aku susah nak dapat tahu.

Hahaha.

Selalu aku tulis puisi bila hati sedang rabak.
Sekarang macam happy lah jugak.
Tapi rasa nak tulis puisi pulak.
Saja nak test sedap ke tidak. :p

Puisi ini untuk awak.
Siapa-siapalah yang awak rasa itu adalah awak. (hakhak)
Ehem, dah lama kita tak bersaya awak.
Sejak saya berfikir untuk terus hilang dari awak.

Hidup tak selalu indah kan awak.
Tak selalu kita dapat apa yang kita hendak.
Walaupun dah sedaya upaya saya memohon petunjuk
Dan berusaha menurut kehendak.

Saya fikir ini jalan terbaik.
Untuk saya dan juga awak.
Tak lah, saya bukan teringat kat awak.
Awak janganlah nak perasan sangat.

Dalam hidup harus ada keputusan.
Samada berpihak pada saya mahupun awak.
Percayalah, semuanya demi kebaikan kita jugak.
Walaupun di mata kita tak nampak.

Saya nak pinjam baris kata seorang penulis puisi jugak,
Tapi saya tak bagitahu dia saya nak rompak,
Nasiblah kalau dia kesini dan ternampak
Halal-kan sahajalah ek.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.  :p

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.



Jadi, begitulah awak.
Sama ada awak atau saya.
Kita sama-sama mahukan bahagia.
Dengan cara yang kita reka.
Dan juga atas izin dari-Nya.

Semoga awak baik-baik saja di sana.
Jangan lupa untuk rindukan saya.

Hahahaha.

Ok lah. Bye (^-^)

1 comment:

  1. Puisi sipari2..andai bintang hilang cahaya.tiada lg kerdipanya..kutahu siang akan menjelma..tp jika hilangnya..harapan tiada lg yg harus ku harapkan.hanya sebuah pershabatan..yg terus berjuang.apa yg dimimipikan.apa yg diharapkan..mlm2 yg penuh.kenangan..heehee lama tak berpuisi.jika ada silap puisi ini harap dibetulkanya..slmt hari guru..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...