KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, July 24, 2013

Ah, bodohnya aku walaupun belajar taklah tinggi mana.

Assalamualaikum.

Ah,bodoh..pfttt...Tetiba rasa macam malu pada diri sendiri..haha..

Alahai,kenapa aku dilahirkan ke dunia untuk hadap benda-benda bodoh macam ni.

Bukan sekali,bukan dua kali malah berkali-kali.

Hey, aku bukanlah seorang yang lembik bila berhadapan dengan perasaan. Aku bukan orang begitu. Tetapi kenapa kali ini aku rasa betul-betul lembik untuk menghadapinya. Betul-betul tak larat dan berputus asa.

Aku malas untuk melayan perasaan yang sebegini sebenarnya. Banyak lagi masa yang perlu aku isi selain dengan benda begini.

Aku lebih tenang menikmati hidup tanpa perkara yang menyakitkan hati dan buat aku kusut. Aku lebih senang menjalani kehidupan aku yang sedia ada. Tumpukan hari-hari aku dengan kerja ofis yang berlambak, keluar window shopping sensorang ibarat perempuan lonely didunia, update blog yang aku tahu takde siapa pun yang mahu baca kisah hidup yang ntah pape, main game candy crush saga yang sampai ke hari ni tak naik-naik level, tengok tv, gigih belajar masak di utube every week lepastu tak jadi gelak-gelak bersama ibu dan adik. Ah, sungguh heaven kehidupan begitu tanpa aku serabut-serabut.Heh!

Tapi kenapa juga mahu terjebak dengan perasaan yang tak pasti begini. Oh, sungguh bukan aku yang selalunya tahu matlamat aku ke mana. Sungguh bukan diriku.

Dahtu, salah siapa??. Salah aku juga si dungu yang tak boleh buat keputusan untuk hidup diri sendiri.

Alahaiii...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...