KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, July 24, 2013

Emak.

Assalamualaikum.

Aku lihat emak sejak dua menjak ni banyak termenung. Tak tahulah dia pikir apa. Kadang-kadang sambil tengok tv pun dia termenung. Kat dapur tak payah cakap lah, sekejap termenung, sekejap-sekejap termenung. Termenung panjang gitu macam ada masalah yang maha berat. Bila di tanya katanya tiada apa. Tapi tetap juga sambung termenung selepas itu. Entahlah. Ada masalah berat ye? Tak nak kongsi eh?

Tapi semalam aku rasa macam aku dah dapat jawapan kenapa dia termenung panjang. Kami sama-sama mahu tidur, baring sebelah menyebelah. Biasalah, aku kan anak mak mestilah tidur pun bawak ketiak mak. Wahaha. :p Tetiba dia cakap;-

"Abe yi dah nak kahwin, ila pun tak lama lagi pun akan kahwin jugak, nanti dua-dua pergi tingggalkan mak sorang-sorang".

Alahai emak, masa tu aku terdiam. Ini ke yang membelengu fikiran emak sekian lama sampai termenung-termenung. Comel angat aihhh..Haha.

Aku pun jawab;-

"Mana ada ila dan abang nak tinggalkan mak. Nanti abang bawakla isteri dia duduk dengan kita. Ila pun kalau kahwin pun bukan dengan orang jauh-jauh pun. Masih lagi boleh tengok emak setiap hari."

Mak diam. Aku tengok dia termenung lagi. Aku dah susah hati.

Itulah emak, mungkin dia takut kehilangan anak-anak dia selepas anaknya berkahwin. Sebab utama aku cari kerja di Kelantan selepas tamat belajar dulu pun adalah atas alasan yang sama. Demi mak. Mahu tengok mak depan mata. T_T. Dan alhamdulillah sampai sekarang masih tetap di sini. 

Kadang-kadang aku rasa ada sesuatu yang tak kena pada mak. Aku pun tak tahu apa. Cuma aku perasan mak macam 'lain'. Minggu lepas mak ajak aku pergi beli ayam. Kat kedai yang dia selalu pergi. Cuma kali ni dia suruh aku temankan, biasanya dia jalan kaki je ke kedai tu. Tapi tak tahu kenapa haritu dia nak naik kereta. 

Aku tak biasa kat kedai tu sebab aku memang tak pernah pergi beli ayam kat situ. Selalu kalau aku beli ayam kat Tesco je. Haha. Bila dah tengah jalan tu aku tanya lah emak, mana kedainya. Mak cakap nanti-nanti kat depan lagi. Depan ke depan lepas tu depan lagi sampailah dah nak masuk bandar Kota Bharu tak jumpa-jumpa lagi. Aku dah pelik dah. Takkan selalunya mak nak beli ayam jalan kaki sampai ke bandar KB. Huhuuu..Last-last mak pun pening. Haha.

Aku tengok dia rimas semacam. macam dia kehilangan punca gitu. Macam blurr pun ada. Tiba-tiba dia cakap. Eh, mak dah lupa la kedai kat mana. Ni kat mana ni? Aik takkan mak dah lupa dah jalan. Dia pandang-pandang ke luar tingkap kereta. Macam dalam kebingungan. Macam tak pernah nampak tempat di kiri kanan jalan. Aku dah rasa tak sedap masa tu. Aku tanya mak tak kenal ke kawasan ni. Kan selalu kita datang kawasan ni. Mak macam blurr..Perhati satu-satu bangunan/ rumah yang ada kat situ.

"Macam mak tak pernah datang kat sini." Takkan mak dah lupa. Dia istigfar banyak kali. Ya Allah, ya Allah dia sebut. Kenapa mak tak cam semua tempat ni. Mak dah nak mati agaknya. Dah tak ingat. Dah nyanyuk. kata dia.

Mak ni dah kenapa. Cuba ingat betul-betul. Lamaaaaaa dia perhatikan pastu aku kata kita balik lah. Dalam perjalanan balik tu dia tenung satu-satu bangunan/rumah/kedai yang kami lepasi."Mak dah tak ingat apa-apa".

Aku, rasa macam nak menangis. Sampai rumah mak kata kenapa dengan dia ni. Kadang ingat kadang lupa. Aku sedih. Ya Allah, Kau panjangkanlah umur ibuku.

Semalam pula tiba-tiba dia cakap. "Dah lama kan ayah tunggu dia. Mesti ayah sorang-sorang. Dia tunggu mak tu. Kesian dia." 

Lagilah aku sebak. Rupanya hari-hari mak ingat arwah ayah. Tapi mak tak bagitau. Adakah dia sedang mengira hari untuk temankan ayah di sana??

Minggu lepas, anak buah aku Farhan yang berumur 8 tahun tiba-tiba datang kat mak pastu tanya."Kenapa Tok Ayah meninggal?, Tok Ayah nama apa?" Mak daripada rancak bercerita tiba-tiba terdiam. Lamaaaa.... "Tok ayah accident." Pastu dia tunduk. Aku tengok matanya berair... Benarlah, dia rindukan arwah ayah.

Mak rindukan arwah ayah. Tapi dia tak bagitahu kami. Bila abang pula hari-hari duk bercerita tentang nak kahwin, lagilah dia terasa macam abang juga mahu tinggalkan dia sendirian.

Mak, kami sentiasa ada untuk mak.

Ya Allah, Kau panjangkan umur ibuku, Kau sihatkanlah dia dan Kau jadikanlah kami anak-anak yang baik untuk temani hari-hari ibu tanpa ayah.

Dah 8 tahun berlalu, tapi kasih sayang seorang isteri pada suaminya yang telah pergi sedikitpun tak pernah berubah, bahkan tak pernah mati. 

Hebatnya emak, kuatnya emak!

Emak yang amat kami sayangi.



Semoga Tuhan lindungi emak selalu dan juga arwah ayah. Amin.


P/s: Tak boleh bayangkan macam mana aku hidup tanpa ibu. Adakah ibu juga membayangkan bagaimana hidup tanpa kami. :'(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...