Assalamualaikum
Dalam usaha mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik, saya kongsikan video pendek yang boleh membuka mata kita tentang siapalah kita sebenarnya di sisi Allah.
Kita adalah selemah-lemah hamba yang sentiasa bergantung harap hanya padaNya.
Untuk menjadi seorang hamba Allah yang beriman, kita perlu di uji terlebih dahulu. Maka Allah menguji kita dengan kesedihan, kesakitan, kepayahan dan mungkin kehilangan. Memang dia sengaja membuat kita menitiskan air mata. Bukan Dia tidak tahu betapa sulitnya kehidupan yang kita lalui. Tetapi sengaja juga Dia datangkan dugaan sedemikian kerana pada ketika ini hati kita pasti lebur dan kecewa. Dada seakan-akan pecah menahan derita; namun jiwa kita semakin dekat kepada Allah.
Jiwa ini yang Allah tunggu-tunggu untuk merayu harap kepadaNya. Dia tahu hati sebeginilah yang lunak dan dekat padaNya. Allah ingin membuatkan kita sedar bahawa apa yang kita miliki hanya pinjaman malah tiada satu pun yang kekal milik kita.
Tuhan menguji kita mungkin ada di antara tindakan kita yang lalai kepadaNya. Dia mahu kita kembali kepadaNya. Selidiklah diri sendiri. Muhasabah.
Jika kita menunda-nundakan solat bererti kita menunda keperluan kita sendiri, kerana Allah juga akan menunda rezeki kita, menunda kejayaan kita, menunda terkabulnya doa kita.
Tapi, Dia takkan menunda datangnya kematian kita.
Semoga menjadi lebih baik :)
No comments:
Post a Comment