Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Sebenarnya cuba mendisiplinkan diri untuk update setiap hari tapi bila dah start layan Adam & Hawa setiap malam terus lupa.:p
Sekejap je November dah berlalu pergi. Disember akan menyusul dan lepas tu bermula tahun baru iaitu 2013. Tahun 2012 akan ditinggalkan dengan banyak memori yang tercipta.Ehh?Cepatnya masa.
Minggu lepas aku kemas almari buku yang dah lama sangat tak bukak. Asingkan buku-buku nota yang masih rasa perlu disimpan dan buang buku-buku yang tak berkaitan. Sekali terjumpa selonggok diari-diari lama aku dari tahun 2002,2003,2004,2005,2006-2010,2011 beserta kad-kad raya, surat-surat cinta(haha), lukisan-lukisan, hadiah, tiket wayang dan gambar-gambar lama. Semua tu adalah memori 10 tahun lepas yang masih aku simpan.
Bila baca balik satu-satu diari tu, aku tersenyum sengsorang. Betapa banyaknya memori yang dah lama hilang dalam ingatan aku tapi masih terakam dikertas lusuh tersebut. Satu-satu peristiwa lepas seperti berputar kembali dalam ingatan aku satu persatu. Kalaulah aku tak tulis semua peristiwa yang berlaku dalam hidup aku pasti aku dah lupakan semua kenangan itu, kan. Indahnya masa lalu. Masa budak-budak. Haha.
Masa lalu itu sangatlah bermakna bagi aku. Masa lalu membuat aku semakin matang pada masa sekarang.
Sebahagian masa laluku...
Ni baru separuh. Ada lagi tapi tak sampai hati nak tangkap pic sebab dah uzur benor rupanya.haha
Zaman muda :)
Usm dihatiku selamanya.selamanya.selamanya
Cer teka siapa lukis??Dan cer teka pulak siapakah jejaka ittew...hahaha
Surat cinta bergambar??Kau mampu??Haha
Dah hilang pulak lukisan perempuan istimewa itu.hakhak.
So romantik kannnnn??? :p
Ni semua adalah kenangan semasa aku masih bersekolah dan berada di universiti. Time orang duk sibuk pulun belajar aku duk sibuk bercinta.Kahkah. Tapi semuanya tak menjadi. Frust berkali-kali jugaklah. Bercinta tak henggat, yang merana diri den jugakkk.Huk.
Walaupun begitu, masa lalu adalah kenangan yang mungkin datang dan juga pergi dengan sendirinya selagi kita masih hidup di dunia.
'Jangan lihat hari-hari kemarin dengan hati yang sedih.
Hari-hari tersebut hanyalah titik-titik yang dapat kita hubungkan dengan masa
kini, untuk membantu kita melukis sketsa hari esok yang indah.'
No comments:
Post a Comment