KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Friday, November 30, 2012

Jalan-jalan cuti sekolah

12.11.12

Transit di Vivo Hotel, Kuantan semalaman.
Bermain air di Bukit Gambang Waterpark. Bayaran masuk RM20 per person.RM14 untuk warga emas dan RM16 untuk kanak-kanak (kalau tak silap).Yes,warga emas tiket lebih murah berbanding kanak-kanak.
Dan bayaran untuk semua kemudahan seperti sewa locker, sewa tube (pelampung), anjung/gazebo dan lain-lain semua guna E-value kat tag tangan korang tu. Jadi pastikan anda beli topup.Boleh beli kat kaunter tiket tu.

Sewa

Loker             : RM 6             Deposit(dikembalikan) : RM 9    = RM 15
Singgle Tube : RM 8               Deposit(dikembalikan) : RM 7    = RM 15
Double Tube : RM12              Deposit(dikembalikan) : RM 8    = RM 20
Children Life jacket : RM 10   Deposit(dikembalikan) : RM 10  = RM 20










13.11.12

Berada di Melaka.
Melawat Zoo Melaka. Bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk warga emas dan kanak-kanak. Naik train untuk jalan-jalan dalam zoo tu kena beli tiket lain. Harga RM3 per person. Perjalanan naik keretapi dalam zoo akan mengambil masa lebih kurang 30 minit saja. Tapi rasanya lagi puas hati kalau jalan kaki :)








Malamnya pula, naik Menara Taming Sari. Harga tiket RM15 per person. Tapi harga asal RM20. Diskaun RM5 mungkin sebab promosi cuti sekolah.hehe










14.11.12

Melawat Masjid atas air/Masjid Terapung, Selat Melaka.


Google image



Restoren Ikan Bakar Umbai

Makan malam di Restoren Ikan Bakar Umbai. Kedai ni kat tepi jeti. Kepada sesiapa yang mahukan fresh seafood boleh la datang ke sini. Makanan memang konfem akan puas hati. Sedap sesangatt. Yang menariknya kat sini adalah nasi lemak instead of nasi putih. Nasi lemak tu pulak tahap kesedapan dia adalah sampai kau rasa nak telan dengan kertas pembalut tu sekali.Haha.

Aku bukanlah penggemar nasi lemak, tapi kalau aku dah kata sedap tu percayalah bahawa ianya betul-betul sedap! Makan sotong celup tepung dengan nasi lemak memang terangkat habis. Makanan yang aku suggestkan adalah sotong celup tepung yang super duper sedap, udang masak blackpaper, ikan siakap stim, lala masak kicap(?) rasanyala -_-. Tapi percayalah apa-apa yang anda order pun akan buat anda tersenyum puas hati.

(Tak tangkap gambar sebab sampai dah tengah malam jadi fikir mahu makan saja.Haha)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...