Memandangkan ramai yang post entry raya mereka, aku juga rasa sedikit cemburu. Jadi marilah bercerita tentang hari raya yang ermmm takla best sangat.haha
Hari raya pertama sangatlah best di rumah.. ramai tetamu datang,penuh satu rumah.. Eh, tetamu itu semua hanyalah keluarga abang dan kakakku sahaja. Tapi, Ya Rabbi,memanglah sangat ramai. Pernahkah aku beritahu keluarga aku semuanya 12 orang dan aku anak yang ke-11?haha..jadi bayangkan betapa besarnya keluarga aku bila anak buahku kini seramai 27 orang dan akan bertambah lagi seorang pada tahun hadapan. Ok,mari bercerita secara detail.
Malam raya abang aku bersama isteri dan 4 anak terunanya sampai. Masa itu kami (emak,aku, adik) bersiap untuk buat kuah nasi himpit. Nasi himpit dan ketupat memang menjadi juadah wajib apabila tiba hari raya ok.Sehari sebelum tu, buat tapai..hehe..Aku dah pandai bungkus tapai..Kata maklah ;)
Menu sampingan hari raya adalah mee soto dan sate. Dan aku agak rajin pula hari raya ni kerana volunteer untuk buat macaroni bakar. Ok, aku sangat jarang masak sebenarnya.Haha. Aku selalu rajin buat spageti jer.Sebab sangat mudah dan cepat.Haha lagi.
Ok malam raya tu, lepas dah siap buat kuah kacang dan rebus nasi himpit yang dalam paket kecit-kecit tu aku mula rebus macaroni. Ini first time aku buat dan cara nak masak aku google je.Haha.(Nampak sangat tak reti kan :p)Tapi takpe, usaha tu ada. Macaroni bakar siap pada pukul 2am ok.(sebenarnya sambil teman adik aku study) Dan hasilnya sangat menghampakan sebab layer atas macaroni tu keras woh!haha. Tapi rasanya sangat sedap kata kakak aku.
Pagi raya, semua pergi sembahyang raya kat masjid. Aku?Haha, tak pergi pun. Masa tu tak mandi pun lagi, pakai baju tidur lagi sambil siapkan juadah untuk orang makan after balik semayang kan. Mandi pada pukul 12 tgahari.haha.Ok, Fine.Takpela,asal sume orang kenyang. Lagipun bukan nak pergi beraya pun. After semayang raya, semua kakak dan abang datang rumah dan makan-makan. Hari paling sibuk sebab memang satu hari kat dapur je buat kerja. Heh!Penat sampai takleh nak berdiri kaki krem tau. Siap kena urut-urut pakai minyak. :)
Tak puas hati sebab macaroni keras pada percubaan pertama, esoknya(hari raya) aku buat lagi untuk kali kedua. Dan hasilnya mabeless!!Semua mintak aku buat lagi tapi bahan semua takde jadi haruslah say NO pada semua orang. Tambah pula sebab hari kedua raya penyakit perempuan setiap bulan aku datang!hehheh.Jadi harus berehat sahaja. (-_-)’
Hari kedua raya aku hanya kat rumah baring sepanjang hari.Sedih.semua orang pergi beraya tapi aku hanya lepak dirumah kerana perut sangatlah saketttt.Tengah berehat kat rumah ada pulak orang datang nak beraya. Masa tu aku dah tak tau nak buat ape, ajak tetamu masuk dan aku ke dapur. Tengok dalam peti ais sate semalam masih ada dan masih ok. Jadi aku panaskan sate dan kuah kacang. Hidang pada tetamu, dan dan masa tu kepala aku pening sangat rasa macam nak pitam.Dalam hati aku ah sudah, janganlah pitam lagi. Aku biar je tetamu kat depan tu sekejap dan nasib baik mak aku pulang time tu. Jadi, aku sambung balik masuk bilik dan tidur.Haha.Sungguh tak best hari raya kali ni. Arghh!
Dan hari ini,hari raya ketiga.Eh, raya haji pun ada 2, 3 bagai ke?haha.Biasalah.Kalu raya mesti nak lama-lama kan. Hari ni rumah dah kosong sebab semua orang dah pulang ke rumah masing-masing dan ade yang dah start kerja dan budak-budak dah start sekolah. Cuma aku jer yang masih ponteng kerja.hehe.Itu je lah hari rayaku yang tak berapa nak best.Haha.
P/s:Selamat hari raya aidiladha kawan-kawan :p
wahhhh macaroniiiii ;)
ReplyDelete