KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, November 2, 2011

Kekuatan yang tak pernah mati

Suatu ketika dahulu, di sini tempat aku luahkan sejuta perasaan hati ;suka,duka, ketawa, sedih, sakit, hampa, kecewa, harapan, imaginasi dan banyak hal yang lain di kongsi bersama. Kalau bukan di sini pun, dimedium yang lain sebagai ‘ubat’ jiwa. Di ibaratkan seperti pain killer yang boleh membunuh segala rasa tak enak pada hati untuk kembali bekerja dengan normal.

Tetapi,kini ia seakan mati. Seperti ubat yang selalu kau telan,semakin banyak yang diambil semakin kurang kesannya. Sehingga kadang-kadang tidak memberi sedikit kesan pun. Pernah berfikir untuk terus melenyapkan dunia maya ini begitu saja. Mungkin perlukan sedikit privasi bila ada mulut yang menanamkan rasa tak enak pada diri sendiri. Malu dan rendah diri.

Setiap orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup. Selagi dia sedar atas perbuatannya, dan berusaha untuk berubah itu dikira sudah terlalu baik. Tidak semua orang boleh melakukan hal yang terbaik dalam hidup. Selagi dia di beri peluang dan cuba untuk mengangkat kembali dirinya di mata manusia lain, ruang untuk berubah tidak pernah tertutup. Janganlah kamu datang dan kembali mengejinya kerana sesungguhnya dia sudah terlalu penat untuk menyesali setiap tindakannya dahulu.




Keane – With Or Without You



P/s: Kerendahan hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah satu bentuk penghormatan tertinggi pada diri sendiri. (John Mccloy)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...