KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Sunday, November 13, 2011

Masa yang dihabiskan sia-sia

Sebenarnya sekarang ni aku tengah study. Tapi tengoklah, tak sampai 5 minit terus melilau di sini. Heh!Apala nak jadi. Bila dah lama tinggalkan aktiviti study dan exam ni kan serius rasa malas sangat-sangat nak pegang buku. Mungkin inilah penyakit orang dah bekerja. Atau memang sebenarnya aku ni memang pemalas.Haha.

Alahai, mungkin ini juga penyebab kenapa result aku tak gempak macam orang lain. Bila la nak berubah ni. Tolonglah . (T_T)’

Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tiga hari kat rumah tak buat apa pun. Sabtu dan Ahad cuti sempena Hari Kelahiran Sultan Kelantan.Maka, diberi cuti percuma. Dari minggu lepas memang niat nak studylah kan. Sebab pikir pasal masa depan. Pikir sampai bila aku nak kerja kat tempat aku kerja sekarang ni. Mungkin inilah peluang untuk aku dapat kerja yang lebih baik. Mungkin.Haha.

Tapi, hari Jumaat haritu macam ramai la pulak budak-budak datang kat rumah. Memang kebiasaan anak-anak buah akan lepak di rumah ini (rumah mak) pada hari minggu. Bila dah ramai macam tu, mana boleh nak duk berkurung dan study saja. Haruslah melayan kerenah budak-budak.(Heh!alasan)

Hari Sabtu pula konon rajin la pulak nak masak kan. Haha. Bangun pagi-pagi dah buat macaroni bakar. Ceh!Sebab hari raya aritu kena puji melambung tinggi macaroni tu sedap. Jadi terus teruja nak buat lagi sebab budak-budak ramai kat rumah.Hehe. Malam tu pulak ada AIM. Haruslah memang depan tv jer.Dah habis AIM mata mengantok la puloks.Alasan lagik.

Hari Ahad iaitu hari ni, mak mengamuk suruh basuh cadar dan selimut.Haha. Dah lepas basuh semua tu penatla pulak.Takde tenaga sebab dah dihabiskan untuk basuh cadar.Haha. Pastu konon nak rileks la kejap kumpul tenaga balik. Rileks tak rileks layan cerita KCB dan Klip3g sampai petang. Konon nak study malam la sebab petang-petang lepas asar otak tak mau bejalan sangat. Kalau study pun tak masuk otak.Kononlah kan.Haha.

Dan sekarang, baru baca nota tak sampai suku muka surat dan melilau kat blog.Kahkahkah. Gelak syaitan kau. Esok-esok kalau kau pun jadi cam Seth tan (setan) jangan salahkan sesapa.Huhu. Ok, baiklah.Marilah sambung study. :)






P/S: Success doesn't come to you. You go to it!

2 comments:

  1. suke hati kau je kate tu gelak setan entah betul entah tidak kah kah kah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...