KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Saturday, December 3, 2011

Semoga masih punyai waktu di sini

Alhamdulillah.

Baru beroleh kesempatan untuk menaip. Sudah lama ruang sepi ini tidak disentuh. Mujurlah, belum sampai sebulan ditinggalkan.Hehe. Janganlah jadi arwah lagi. Setulusnya, terlalu banyak untuk dicurah. Namun kekangan waktu membatasi.*Sigh

Akhir-akhir ini sangat sibuk dengan kerja di opis. Sehingga sukar mencari waktu untuk merehatkan badan dari bebanan kerja.

8 am -6.30 pm dan kadangkala menjangkau 7pm masih berada di opis. Balikrumah sudah tentu penat dan hanya berfikir untuk melelapkan mata sahaja. Begitulah rutin setiap hari Sabtu hingga Ahad. Cuma diberi kesempatan pada hari Jumaat sahaja untuk berfoya-foya di rumah. Namun, satu hari itu juga sibuk dengan urusan keluarga. tugasan seorang wanita lebih tepat.

Seminggu lepas pula, masa dihabiskan di negeri orang. Atas urusan keluarga juga. Kuala Lumpur-Melaka-Johor. Tiga buah negeri dilawati dalam tempoh 4 hari. Setelah itu, kembali dengan dunia kerja lagi. Sibuk, tidak punyai waktu untuk orang lain. Untuk kekasih hati juga.Hehe.

Kecewa apabila blog sahabat maya yang juga merupakan blog kegemaran sudah di private. Heh!Mengapakah?Masih rindu terhadap tulisan beliau. Sudah tidak sudi menjemput kami untuk singgah barangkali. Masalah peribadi?Hmm..

Ok lah. Sebenarnya sekarang berada di opis. Sudah waktu untuk menyambung kerja berbaki. Penat dengan dunia kerja yang tak pernah ‘surut’.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...