Biasalah, hari Sabtu memang mood bekerja lain sikitlah! Tambah-tambah sekarang ni tengah tak banyak kerja. Satu projek yang aku handle dah dapat CPC awal bulan aritu. Lagi 2 projek masih lagi di tahap kerja tanah dan masih dalam kelulusan plan. Jadi, waktu ni kepala tak tertekan sangat dengan kerja la kan. Cumanya dalam tempoh sebulan dua ni aku kena prepare final akaun untuk projek yang dah dapat CPC tu. Oh, pernah tak aku mention yang aku kerja kat syarikat kontraktor?Hehe.
Ok, berbalik kepada cerita asal..eh, cerita pulak..Haha..Ape-apelah. Sebenarnya nak update pasal sikap orang zaman sekarang yang semakin tak ada nilai-nilai murni. Macam-macam kes yang tak logic akal masuk paper, masuk berita kan sekarang ni. Ibu bunuh anak, ayah rogol anak. sikap manusia tak bermoral manusia tu ibarat macam dah takde apa-apa. Like, biasa terdengar di mana-mana. Macam benda common sangat dengan dunia kita sekarang. Haisshh! Sedih tengok gambar baby kena buang merata-rata ni.
Sikap manusia canggih sekarang ni memang melampau-lampau. Kadang-kadang budi bahasa dalam kalangan orang kita ni pun takde. Sakit hati ok. Macam hari Selasa (ke Isnin?) lepas aku pergi pos barang kat adik aku. Masa kat pejabat pos tu aku tak sure nak pakai pos apa. Pos express ke pos laju. Sebab bagi aku sama je dua-dua tu. Sama-sama sampai cepat, kan. Masa tu mmg aku tak fikir panjanglah, bila masuk je pintu pejabat pos tu tgok ada sampul surat pos express kat rak tepi dinding. Aku ambil bayar, isi-isi segala pastu poslah.
Esoknya, pejabat pos tu call aku kata takleh hantar coz ia melibatkan parcel. Tak boleh pos parcel guna pos express. Ok, haritu baru aku tahu perbezaan antara dua pos tadi. (pity me -_-).Heh! Pastu aku pergi la ambil barang tu kat pejabat pos tu balik. Adik yang bagi barang aku balik tu tanya aku nak pos lagi ke barang tu. Aku jawaplah a’ah. Dia cakap aku cuma perlu ambil borang pos laju then tampal je kat barang aku tu. (which is dah berbalut sampul pos express). Dia cakap tak perlu la aku bungkus balik barang tu. Aku pun. Ohh ok. Thanks. Macam tu je la.
Masuk balik pejabat pos, ambil borang pos laju isi-isi lagi then bagi sekali ngan parcel kat mak cik kaunter tu. Makcik tu buat muka pelik kat aku. Aku cakap nak pos barang. Dia pun mencebik ngan muka yang aiihh susah nak cakap huduh tahap mana. Haha. Dia marah aku cakap “aiihh ni pehal ni, pos express lagi pos laju lagi.Cepat benor sampainya lagu ni. Mana bulih lagu ni! Pos laju kena balut sendiri!”
Aku macam terkejut sikitla kan sebab depan orang ramai dia duk jerit kat aku. Aku pun ambil balik barang aku. Dalam hati, ok fine ko taknak, aku bulih balutla.Tapi cakap bia elok-elok. Tapi dalam hati je la kan sebab belakang aku ramai orang beratur .(-___-)v
Masa tu kat tangan aku ada sampul surat coklat yang aku buh geran mutor aku ( Entry pasal aku renew roadtax yang ada kisahnya tersendiri nanti aku update lain ok) :p Jadi aku pakai la sampul surat tu buat balut parcel tu. Dah siap balut aku pergi semula kat mak-cik-yang-memang-kedekut-nak-senyum tu balik. Sekali lagi dia jeling kat aku. Dia tanya kenapa? Aku macam pelikla lagi sebab dia tanya kenapa. Aku jawap nak pos barang ni ha. Dia pun “Haiihh, budak ni…bukan kat sini..sanaaaaaa!!!” Sambil tunjuk kat kaunter sebelah hujung sana.
Aku pun ok fine,fine makcik!Tak perlu nak marah-marah macam laki kau tak balik rumah semalam. Tapi tak cakap macam tu la kan. Aku kan sopan. Haha. Cakap dalam hati je. Masa tu memang aku dah bengang ngan makcik tu. Aku pun blah je la dari situ pergi kat kaunter tu. Dalam hati aku, macam ni ker servis dia bagi yang melibatkan dia berurusan dengan ramai orang. Orang boleh ke happy kalu servis begini. Memang merosakkan nama Pos Malaysia tu sendiri la kan. Hampeh tol makcik. Ni kalu aku buat aduan rakyat kena nie. Satu hari aku bengang hari tu tahu.
So, moral of the story pastikan betul-betul korang nak pakai pos apa kalu nak pos barang. Dan kalu nak pos parcel tu kenalah guna pos laju. Ok, ini aku baru tahu. selama ni ingat pos express dan pos laju adalah dua benda yang sama. Alahaiii..
P/S: Bahasa tu kan menunjukkan peribadi kita, jadi gunalah baik-baik. Jangan bagi orang judge kau sebagai orang yang takde budi bahasa. ok. sekian.
No comments:
Post a Comment