Beberapa hari lepas, aku bersama rakan opis pergi menziarah salah seorang pekerja yang baru kematian isterinya, which is malam sebelum tu isteri dia meninggal. So, dia bercerita la tentang bagaimana perasaan tidak terduga isterinya akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya esoknya itu. Baru semalam dia bercakap, bersembang bersama isterinya. Then,esoknya telah tiada. A bit terkilan. Yes,for sure perasaan itu akan hadir dalam diri setiap orang yang pernah merasakan keadaan yang sama. Sama ketika aku kehilangan arwah ayah!Sobs.
Aku bersembang dengan rakan baik arwah itu dan sempat melihat jenazahnya. Sugul, sedih terpancar di wajah anak-anak arwah. Membaca yasin dengan linangan air mata. Saat itu buat aku terfikir, jika aku di tempat arwah itu. Ajal menjemput sebelum aku siap untuk membawa segala bekal untuk ke sana. Sebelum aku sempat memohon keampunan Allah atas segala sikap alpa dan lalai aku. Sebelum aku sempat laksanakan perkara-perkara yang sangat aku inginkan dalam hidup. Malah sebelum aku bersedia sekalipun! Bila ajal datang, harus tinggalkan segalanya. SEGALA-GALANYA!
Adakah aku cukup bersedia jika hari ini adalah hari terakhir aku di atas muka bumi ini?Bersediakah aku untuk melepaskan orang-orang yang aku sayang disekeliling aku? Bersediakah aku untuk di soal oleh malaikat di alam sana atas perbuatanku di dunia? Tidak. Terlalu banyak benda yang masih belum aku buat. Berfikir hal itu buat aku jadi takut. Takut jika aku mati dalam keadaan yang belum bersedia. Tapi adakah mereka yang telah pergi itu telah bersedia sebelum mereka di panggil Tuhan? Ajal maut tidak pernah ada masa ramalan.Dia datang dan pergi dengan sekelip mata. Dan saat itu kau akan dihisab atas setiap amalan kau di dunia dan sehingga kau dibangkitkan semula dihari pembalasan sana.
P/S: Terima kasih Tuhan kerana masih memberi nafas untuk membetulkan segala khilafku di masa lampau.
No comments:
Post a Comment