Menerjah ke blog seorang teman.isinya berputarkan pasal perasaan dan harapan.Lebih kurang begitulah, kalau aku tak tersilap membuat andaian.
Membaca setiap post entry beliau membuatku rasa kagum. Kerana aku tak punyai jiwa sepertinya untuk menulis patah kata yang begitu dalam maksudnya, sampai terkesan di hati pembaca di tambah lirikan ayat yang puitis dan membunuh.
Rasa kekaguman terlampau itu buat aku berhenti menulis. Kerana semakin aku tulis semakin nampak kekurangan aku. Ah! Persetankan apa orang nak kata, kan?
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang bertanyakan tentang status aku. Terasa sedikit diberi perhatian oleh kawan-kawan.*Terharu~
Mungkin entry-entry terbaru galak dengan cerita sedih yang tak pernah putus-putus. Hingga tak nampak ruang bahagia yang aku pamerkan di sini.
Malah, di tempat kerja sekalipun, ada yang bertanya tentang kemurungan dan kesedihan aku.*Senyum tawar.
Untuk kawan-kawan yang mengambil berat. Menghantar sms bertanyakan khabar, menegur sapa di ruangan chat fb. Atau yang bertanya terus pada aku. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana mengambil berat. Sayang kamu ketat-ketat*hug
P/s: Mungkin antara kita tak perlu janji setia. Kerana cinta terbina tulus dan tak memaksa jiwa. Berikanlah waktu untuk kita mengerti kasih sayang sebenar.
Mengharap pada manusia, kita akan kecewa. Tapi mengharap pada Dia, insyaAllah kita tak akan apa-apa.*senyum
No comments:
Post a Comment