KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Friday, August 19, 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Agak lama meninggalkan challenge ini. Bukan tak mempunyai masa, cuma tidak tahu untuk menulis apa. Bila sudah tua-tua begini, idea susah dicerna.Oh!Tidaklah tua sangat.Sedikit matang orang kata.

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Aku sukar menafsir erti sempurna. Adakah sempurna itu dengan cukup segala sifat.Atau hanya menyenangkan hati kepada si penerima cinta?

Secara jujur, kesempurnaan pada aku cukup sakadar mampu buat aku tersenyum dan berasa selesa. Itu saja.

Perfect First Date?

1. Pasangan yang HOT you!!!

Bohonglah kalau aku kata aku tak tertarik dengan lelaki bertubuh sasa dan berwajah kacak.Ha-Ha.Siapa tak tergoda tengok lelaki di bawah?Sila angkat tangan.Kalau anda tidak merasa apa-apa terhadap panahan matanya, anda tergolong dalam golongan yang takde nafsu. Atau anda hanya bernafsu terhadap golongan sejenis sahaja.Kahkah!

wiwiiitt


Oh!Hot di sini bukanlah bermaksud ‘PANAS’ sahaja tapi di tahap boleh meleburkan hati seorang wanita you!

2. Romantika de amor.


Bunga ni lagi harum dari you lah.


Aku rasa aku sudah berada di tahap mengarut. Walaupun baru idea yang kedua. Jika sebentar tadi telah terpana dengan panahan mata si jejaka, sekarang hati wanita mesti bertambah berbunga-bunga apabila si dia menambat hatinya dengan sekuntum mawar merah di hari pertemuan yang pertama. Konfemlah sampai ke tua mereka ingat you.


3. Keluar jengjalan dan makan-makan.

Adakah itu sahaja yang aku tahu pasal berdating. Makan dan makan. Sebab itu sahaja yang selalu aku buat.Ha-ha.*Kantoi

mkn aiskim di waktu petang


Pada pertemuan yang pertama haruslah lelaki yang bayarkan. Apa tak gentleman langsung lelaki yang kedekut nak mampus di hari pertemuan pertama pun nak pompuan yang bayar.Hambik kau aku emosi. Bak kata abang aku lelaki macam tu ibarat tak de ko** (aku tak reti weh nak mencarut kat sini..Ha-ha). Muka letak kat kaki katanya lagi.Katanya lah.Bukan aku yang kata.*ehem

Haruslah perempuan sedih okey bila kena bayar sendirik. Jika itu terjadi, pasti tiada lagi pertemuan ketiga, keempat,kelimabelas sekalipun.Sorry la derrrr.


4.
Belikan sesuatu yang sweet.

Sebelum menghantarnya pulang belikan sesuatu yang sweet..Contohnya macam bear kecik yang boleh gantung-gantung tu ker.Tak perlu mahal-mahal. Cukup sekadar buat pasangan kamu ingat pada kamu supaya pertemuan kedua dapat di atur lagi.*Kalau orang dewasa bercinta nak ke benda alah cenggini. Kalau aku, aku nak sebijik Ferrari ker.kahkah!

nama sy incik nomey


Itu sahaja pandangan aku. Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri. Kalau hati dah suka, dating tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang pun dah cukup sempurna. Maklum ah, dapat tengok muka pun jadi lah.iye dak?






P/s: Mencari yang sempurna itu tidak mungkin akan aku temui. Cuba menerima kekurangan sebagai sebuah pelajaran yang harus ditempuhi. Tetapi adakah kamu juga menerima kekuranganku sepertimana aku cuba menerima kekurangan kamu?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...