Aku perasan tentang satu perkara tentang diri aku yang boleh aku katakan satu sikap yang kurang elok. Aku mengalami masalah menilai seseorang dengan melihat wajah mereka sahaja. Kebiasaannya, aku cepat membuat nilaian dengan mengatakan "oh! mereka tergolong dalam golongan orang yang jahat". Padahal mereka itu baik. Adakah disebabkan negative thinking yang bersarang dalam diri aku membuat aku secara automatik menjadi begitu?
Habit aku apabila berada dalam kawasan yang ramai orang ialah otak aku mula membuat tafsiran berbagai tentang sikap dari setiap orang dari mereka. Hanya melalui pandangan mata sahaja. Sungguh tidak adil bagi mereka, kan. Tidak adil kerana aku memberi tafsiran yang kebanyakkannya negative kepada setiap orang yang baru aku temui.
Habit aku apabila berada dalam kawasan yang ramai orang ialah otak aku mula membuat tafsiran berbagai tentang sikap dari setiap orang dari mereka. Hanya melalui pandangan mata sahaja. Sungguh tidak adil bagi mereka, kan. Tidak adil kerana aku memberi tafsiran yang kebanyakkannya negative kepada setiap orang yang baru aku temui.
bukan salahku untuk membunuhmu
Seorang teman yang aku kenali bertahun dahulu pernah bertanya pada aku tentang sikap aku yang agak ‘sombong’ kepadanya. Atau lebih kepada cuba ‘avoid’ dari dia. Dan jawapan yang aku berikan adalah ‘Sebab kamu jahat’.
Dan dia terkejut apabila aku memberikan jawapan begitu kepada dia. Oh lupa, teman itu adalah seorang lelaki. Dia bertanya lagi, “Kenapa kamu berkata begitu?Aku tidak pernah berbuat jahat kepadamu.Aku tidak pernah mengasarimu.Dan aku juga tidak pernah mengasari orang lain.” Mungkin kerana sedikit rasa terkilan dengan jawapan aku sebentar tadi, dia mengajukan soalan-soalan yang kemudiannya buat aku rasa bersalah.
Jawab aku kepada dia. “Aku tidak tahu mengapa aku berfikiran kamu jahat.Tidak ada sebab yang khusus untuk aku huraikan jawapan itu. Cuma aku hanya merasakan kamu jahat.”
“Kamu tidak adil menuduh aku jahat sedangkan kamu sendiri tidak tahu atas alas an apa kamu gunakan untuk menuduh aku begitu”.Katanya sedih dengan penjelasan aku tadi.
kalaupun aku masih punyai hati, jangan mimpi akan ku beri lagi.
Memang aku tidak adil kepada ramai orang. Kepada teman itu dan mungkin juga kepada teman-teman yang lain. Aku lebih suka untuk tidak bercampur dengan mereka. Ada antara mereka yang menganggap aku telah lupa kepada mereka. Aku hidup dengan dunia baru aku yang hampir kesemuanya adalah teman-teman baru. Malah, untuk masa-masa tertentu aku juga menganggap mereka bukanlah teman yang pernah aku kenal sebelumnya. Aku menyakiti banyak hati manusia.Malah yang banyak berkorban demi aku sekalipun aku tinggalkan.
Aku tak rasa orang-orang yang berada disekeliling aku adalah terlalu baik sehingga aku boleh mengatakan mereka itu baik. Jujurlah, aku juga punyai sisi yang buruk dan hitam. Tapi aku masih merasakan diri aku baik.Haha.Keterlaluankah aku? Mungkin aku merasakan aku banyak berkorban untuk orang lain yang membawa kepada ‘perasaan merasakan diri sendiri baik itu’ merupakan puncanya. Samada pengorbanan aku itu disedari atau tidak oleh orang lain itu lain cerita. Atau adakah mereka juga merasakan diri mereka itu baik dengan alas an yang sama?Dan disebabkan aku tidak pernah sedari kebaikan serta pengorbanan mereka itu membuat aku mengatakan mereka itu jahat?Begitu kah?
P/s:Adakah satu saat nanti aku juga akan tinggalkan kamu atau kamu terlebih dahulu tinggalkan aku.*Gelak jahat.
Sedikit berbahagia kerana hari ini sungguh heaven di opis dengan tidak membuat sebarang ‘kerja’.
No comments:
Post a Comment