Pada ketika aku sedang menulis ini, hati aku sedang sedih.jiwaku meracau tak menentu.kebelakangan ini,aku selalu murung, berfikir yang ntah apa-apa, selalu sedih-sedih, mimpi yang bukan-bukan. Hidup aku gelisah. Aku rasa sunyi dan juga sepi.Tak ada tempat untuk aku mengadu, meluah segala rasa berat dalam hati ini.
Kalau dengan menangis boleh tenangkan sedikit rasa ‘sakit’ ini, jalan itu yang aku pilih untuk melepaskan rasa terbuku dalam hati ini.Tapi siapa yang tahu apa yang aku rasa itu.Tak ada sesiapa kecuali aku.
Aku mengharapkan ramadhan ini buat aku lebih kuat dan tabah untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi dalam hidup aku. Aku hanya berharap Tuhan tak menguji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tanggung. Berilah jalan hidup yang terbaik supaya aku juga tergolong dalam golongan orang-orang yang tahu erti syukur dan terima kasih. Janganlah Kau tutup segala pintu untuk aku lebih dekat kepada-Mu.
Aku tak tahu sama ada ini ujian dariMu atau sekadar rasa kurang senang dalam hati aku yang telah lama bertapak. Mungkin juga ia timbul di sebabkan fikiran aku sendiri. Aku jadi lemah dan berputus asa kerana ini. Aku tak tahu untuk berbuat apa dan hanya berdoa agar semuanya baik-baik saja.
P/S: Tuhan, pautkanlah cinta dihati agar berpadu indah dalam harap padaMu.
No comments:
Post a Comment