KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Friday, August 5, 2011

Oh! Kerjaku

gambar terpaksa dikaburkan atas sebab-sebab tertentu.kahkahkah


Godek-godek laptop aku tetiba jumpe gambar-gambar yang aku ambil time bosan gile kat opis..hehe.(sebenarnya takde pun masa untuk rasa bosan gile tuh). Memandangkan dah lama blog tak diupdate-kan, makanya dengan ringan tulang aku rasa nak bercerita tentang kerja aku.

Tup!Tup!Tup! masuk 1 tahun 5 bulan aku kerja ditempat kedua aku mencari rezeki nie (ayat berbelit?). Tempat pertama dulu ader kat entry ni. Sila tekan kalau berminat nak tahu.Kahkahkah. Jom update pasal kerja pulak. Tapi aku tak berminat nak update ape yang aku buat hari-hari. Cukuplah sekadar lebih kepada pandangan aku sendiri pasal kerja tu.Okay? Minggu pertama kerja rasa macam nak brenti jer terus.kerja berlambak-lambak.dapat projek yang ‘sakit’ pulak tu.Projek tu sepatutnya siap pada 17hb February 2009 tapi diberi lanjutan masa pertama sehingga 24hb September 2009.Tapi sampai ke hari ni tak siap-siap jugak.alahai!!kami akan berusaha untuk siapkan end of September.Insyaallah.

Sebelum aku kerja kat sini, dah 4 org Qs yang cabut dan 5 Projek manager yang blah.sumenya tak tahan ngan projek yang dikatakan amat ‘berhantu’ nih.ada gak yang gelarkan projek aku ni ‘final destination’.haha..sebabnya sumer yang pegang projek ni brenti keja trus sebab tak tahan nak handle.wah!!sangat mencabar masa mula-mula aku dengar cerita.Ada yang kata qs sebelum aku ni sempat kerja satu hari jer pastu berhenti.haha.kesian.mcm manalah aku nih.

Pikir sekali aku rasa macam nak cabut jer.Projek ini byk benda yang berterabur.ngan drawingnyer ntah ke mana. Ngan pihak c.o.w yang kerek nak mampos.asyik nak review design jer walopun bnda dah jalan kat tapak.satu hal pulak nak hacking balik tiang-tiang yang dipasang.satu kerja gila bukan. tapi bila piker-pikir balik tak ke mana kalau aku benti pom.tak semestinya tempat baru tu sesedap dan seenak rasa mcm yang aku nak.Hidup ini perlu dipelajari dan diterokai barulah aku dapat sesuatu dari situ.pandai lak aku bercakap.haha.

Sebulan kerja aku dah kena tengking-tengking ngan big bos.aku siap nanges teresak-esak depan bos.amik cuti 3 hari g kl.tenangkan fikiran kononlah.sebenarnya aku malu nak berhadapan ngan big bos sebab aku nanges depan dia.wahahaha..sempat juga pergi interview kerja kat Cheras.paling klakar dapat terus kerja kat situ.tapi aku pulak mintak balik nak pikir dulu.bukan dia yang perlu pikir nak amik aku kerja ke tak.haha.

Setulus hatinya aku amat sayang kat tempat kerja aku nih..haha..so aku batalkan rajuk aku tu, dan kembali bekerja seperti biasa.Aku tak suka kerja kat tempat panas. Tapi itu yang terpaksa aku hadap.dan aku cuba telan.kalaupun tersekat kat tekak, minum air lama-lama jatoh ke perut jugak kan.(ade kaitan?)

Secara jujur aku banyak belajar bila aku dapat projek macam ni.mula-mula tentulah aku blajar mcm mana nak deal ngan org.aku blajar bagaimana tindakan aku pada hari ni boleh effect pada masa depan.aku belajar juga untuk jujur dengan diri aku.cuba jadi seikhlas mungkin supaya aku tak rasa terbeban.alhamdulillah sekarang sumenya lancar jer.aku banyak kena belajar.belajar dari kesilapan supaya aku tak buat salah lagi.

Alhamdulillah, sekarang da masuk 1 tahun 5 bulan aku kerja kat situ.Walaupun dalam masa tu dah berpuluh-puluh resume hantar kat tempat lain dan beberapa interview aku pergi, mungkin rezeki aku masih di sini. Hanya Dia yang maha mengetahui atas sesuatu kebaikan untuk aku. Hanya Dia yang memberi rezeki. Semalam dapat kontrak baru dari pihak pengurusan opis.Kalau selama ini kontrak aku hanya sehingga 1 tahun je tapi sekarang dah dipanjangkan kepada 3 tahun.haha.Lama lagilah aku kena stay kat sini. Dan Alhamdulillah gaji juga telah meningkat sebanyak 25% daripada gaji asal.Best tak?best tak?Kalau tahun lepas satu bonus pun aku tak dapat.Sahkan bonus duit raya pun tak dapat weyy!!wadehell la kan.Nak buat mcm mana takde rezeki.Maklumlah masa org tengah sebok2 dapat bonus tahun lepas, aku baru jer start keja kat situ. Tambah pulak ekonomi syarikat masa tu tengah down gile2.Nasibla orang-orang baru macam aku nie.Takpe-takpe. Harap-harap tahun ni dapat bonus lah kan. Aritu da dapat surat bonus. Katanya dapat 2 bulan gaji.Katanya je lah kan. Kekadang bukan betol sangat pun pihak pengurusan. Kalau dia naik gile suma dia ‘kerat’ tau tak?kalu nasib tak baik bonus pom bleh kena sekat. Berdoalah semoga semuanyaseperti janji-janji manismu.Haha.







Ramadhan-05: Happy fasting kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...