KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, May 25, 2009

Kehilangan..

Mengapa seringkali diri ini lupa kenapa kehilangan ini harus terjadi..menyalahkan takdir..menangisi nasib diri..cuba meletakkan kesalahan pada org lain..kenapa??
Bukankah setiap orang yang beriman itu akan diuji?...mungkin ini adalah ujian dari yang maha Esa..untuk mengetahui sejauh mana kita beriman setiap kali diberikan rasa bahagia itu..supaya kita tidak lupa kepada Pencipta kita..

Pinjamkan aku kekuatanMu ya Allah..Sesungguhnya aku lemah untuk menghadapi ujian dariMu…

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut:2)

Aku kehilangannya kerana Tuhan mahukan begitu..kerana aku belum layak untuk mendapat kebahagian itu..yang hanya diberi sebentar kemudian ditarik balik..kerana aku belum cukup baik untuk menjadi pasangan yang baik..Allah mahukan aku betulkan diri aku dahulu..supaya aku juga boleh membentuk pasanganku ke arah yang lebih baik..

Apa sahaja yang berlaku kepadaku adalah terbaik untuk diriku..ada hikmah disebalik tiap sesuatu..mungkin ini adalah masa yang menjadi titik perubahan dalam hidup..kehilangan itu ada harganya..aku takkan sia2kan kehilangan itu..aku akan berubah kepada yang lebih baik, harga yang terbaik kepada kehilangan itu..

Kita belajar daripada ujian, kita belajar daripada pengalaman, kita belajar untuk menerima ketentuan, kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan, kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang..kita belajar dari segalanya yang kembali membawa kita kepada Dia tak kira jika belok ke selatan atau utara sekalipun..

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada didalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Luqman:34)”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...