KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Tuesday, March 24, 2015

Diari Mama#4- Duphaston ubat kuat rahim?

Assalamualaikum dan hai :)


Ini adalah entry throwback. Harap maklum :)

30/11/2014- Ahad


4w 5 day.
Harini mama berperang dengan papa 
semata-mata nak dapatkan ubat duphaston untuk baby.
Mama cuma nak bantu baby untuk pegang kuat rahim mama.
Tapi papa tak faham. :'(

Papa bawak pergi jumpa kawan dia.
Tapi mama tak suka doktor tu, sebab kawan papa cakap mama tak perlukan ubat tu.
Sedih. Tak ada siapa yang paham perasaan mama ketika ni.

Tapi mama tak putus asa. 
Kalini memang mama berjanji untuk bagi yang terbaik untuk baby.

Mama pergi ke HUSM untuk dapatkan ubat tu.
Menurut kawan mama, dia dapatkan duphaston di sini.
Tetapi juga, mama kecewa. 
Kes mama bukanlah dikategorikan sebagai kes orang yang bermasalah tambahan pula mama tak buat check up kat sini. Tiada referal letter dari mana-mana hospital yang sarankan mama perlu dirujuk ke HUSM. *Sigh

Kata nurse kat situ, kandungan mama awal lagi. Tak perlu makan ubat kuat rahim sebab bila baby dah lekat maknanya hormon progesteron mama okey.

Tapi dia tak tahu sejarah mama. Menurut kawan-kawan mama jika pernah mengalami keguguran sebelum ni lebih baik untuk dapatkan ubat kuat rahim supaya baby boleh bertahan dalam rahim mama. Atau in case hormon yang pegang baby tu (progesteron) kurang, ubat duphaston yang merupakan hormon progesteron tiruan boleh support baby.

Kali ini mama down sangat-sangat.
Mama menangis kat bangku HUSM. Mama tak nak balik selagi tak dapat ubat tu.
Mama risaukan baby sangat. :'(

Mama merajuk. Mama pujuk papa untuk ke klinik lain pula.
Nampak tak betapa kerasnya hati mama. Hahahaha

Kali ini mama dan papa ke klinik reza.
Nasib baik papa tak bantah walaupun pada mulanya papa macam tak berapa suka ke klinik tu.

Tapi kali ni mama janji, untuk kali ni aje, demi baby.
Alhamdulillah, doktor reza paham mama. 
Lagi pula, doktor ini yang sahkan keguguran mama dahulu.
Jadi dia paham kondusi dan perasaan mama.

Doktor bagi Gestrenol (Allyiestrenol 5mg) bagi menggantikan duphaston.
Katanya duphaston agak mahal. Hehe.
Tak apalah asalkan dapat ubat untuk bantu baby pun dah cukup.
Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Doktor Reza sempat menerangkan 7 kondusi yang mami akan hadapi diperingkat awal ke hamilan iaitu :-

1) Kaki akan crampt lebih kurang jam 2 pagi hingga 5.30 pagi.
2) Badan akan rasa penat dan letih.
3) Akan rasa tercekik di esofagus apabila makan. Ini disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat akan sempitkan saluran esofagus.
4) Panas baran, sensitif dan emosional.
5)Urat pada bahagian kaki/betis akan timbul.
6) Sakit belakang dan pinggang.
7)Alahan ketika mengamdung. Loya dan muntah.


Setakat itu sahaja kali ini. hehe.


Doakan semoga baby ok ok saje. :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...