KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, March 3, 2014

Kisah Kita Part 1-The beginning

Assalamualaikum,

Tengok blog yuyu zulaikha update pasal majlis nikahnya terus rasa nak update juga. Hehe.
Padahal gambar dah lama dapat dari official Photographer kegemaran KimiHassan Photography. :)

Majlis nikah aku taklah semeriah majlis orang lain. Sekadar memenuhi yang wajib dan ada makan-makan sikit. Almaklumla nama pun pengantin bajet, jadi majlis memang bajet habislah.
Ingat senang ke nak buat majlis kahwin?

Tapi, hold on. Sebelum update pasal majlis nikah, suka untuk aku bercerita kembali detik perkenalan aku bersama suami, 4 tahun yang lalu. :)

Berkenalan.

Bermula perkenalan aku bersama Safwan pada hujung May 2010. Al-kisahnya aku adalah pekerja baru ditempatnya bekerja. Hari pertama aku bekerja, seorang staff syarikat ditempat aku bekerja mengadakan jamuan makan dirumahnya sempena naik rumah baru. Di majlis itulah aku pertama kali melihat kelibat dia, yang mana bila kat ofis aku langsung tak bersua muka dengan dia-jauh sekali untuk bertegur sapa. >.<

Hampir dua bulan kat situ, langsung tak pernah bercakap. Cuma bila terserempak hanya pandang-tunduk muka-berlalu pergi. Begitulah tiap kali berselisih bahu tika mahu ke surau untuk solat Zohor dan Asar. Sampai satu hari terserempak dalam lift-yang hanya ada aku dan dia. :)

Ayat pertama keluar dari mulutnya adalah,

"Mata original ke tu?"

Masa tu aku tak pasti soalan tu dituju pada aku ataupun orang lain-padahal memang tak ada orang lain lagi. Aku boleh pulak buat-buat tak dengar. Hahahhh. Sekali lagi dia mengulang soalannya.

Namun, aku tetap rasa berat nak jawab soalan itu. Dalam hati-apahal dia ni tanya mata aku original ke tidak. Masa tu aku pakai contact lense bigger eyes warna hazel atas sebab masalah kerabunan. Masalah rabun satu hal, masalah yang aku pilih warna hazel atas sebab ikut suka hati akulah mata aku! (Amboihhh :p)

Aku angkat muka dan pusing belakang mengadap dia di belakang kemudian hanya menggeleng kepala-menandakan 'oh, itu bukan mata original mata tiruan sajer nak tiru Kate Middleton.kahkahkah.Lu nak kisah apa mata ori ke tidak yang penting aku bergaya'.Hahahahah..Gila kerek kan. Haha.

Dia cuma diam seribu bahasa. Malas nak layan aku gamaknya. :p

Sepanjang 8.15am- 5.00pm berada di ofis, jarang sekali aku bertembung dengannya. Kadang-kadang dia masuk ofis kadang tidak. Tapi bila dia berada di ofis, mata ni melilau juga cari dia. Haha. Namun, hampa kerana dia sedikitpun tidak mencari aku.Hahahahhh.

Tiap pagi, bila masuk parking mata ini juga tak lepas untuk mencari dimana letaknya kereta dia. Dah sampai ke belum hati tertanya-tanya. Haha. Untung-untung dapat naik lift sekali.Kahkah.


Tackle/Mengayat.

Pernah satu hari aku dalam perjalanan pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja. Di persimpangan jalan jauh dihadapan aku, kelihatan sebuah kereta yang aku tahu benar pemiliknya membuat pusingan U menghala ke sebuah shopping mall. Sepantas kilat otak aku bekerja untuk turut sama membuat pusingan U menghala ke arah yang sama.

1 jam lamanya, dari tingkat 2 turun ke tingkat 1 kemudian ke Ground Floor aku tak habis mencari bayangan pemilik kereta yang membuat pusingan U tadi. Hampa-sedikit kecewa. Dia tiada!

'Dia dah pulang? Tak jadi singgah ke? Atau pergi ke tempat lain? Jumpa kawan?Makwe? Datingkah?'

Hati mula memberi soalan-soalan yang aku tak ada jawapan bertubi-tubi. Dalam hati berdoa moga-moga dia masih ada disini. Rasa putus asa kian menebal. Harapan tadi yang menggunung tinggi semakin menipis. Aku cuba memujuk diri. Mungkin tiada rezeki mahu jumpa. Pasrah! Dengan berat kaki aku melangkah menuruni eskalator di shopping mall berkenaan, melihat jam ditangan hampir menginjak ke angka 7.00 hati bertambah sayu. Aku perlu pulang segera!

Dengan wajah kesedihan-namun mata masih belum henti bekerja (kahkah), berlalu lah aku menuruni anak tangga eskalator turun menghampiri restoren makanan segera McDonald, membelakangi dan melangkah dua tiga langkah menjauhi kemudian aku dapat rasakan ada 'sesuatu'. Cepat-cepat aku memperlahankan langkah dan berhenti. Hati berkata 'Nampak macam dia, sosok badan dari belakang seperti menyamai dia'.

Aku memusingkan badan mengadap semula ke arah barisan customer yang sedang menunggu giliran masing-masing untuk membuat pesanan makanan di restoren tersebut. Sah!

Ternyata kaki terlebih dahulu laju melangkah sebelum otak sempat berfikir apa-apa. Tahu-tahu saja aku sudah pun berada dalam barisan bersama customer lain. Barisan lain di sebelah kiri aku terdapat dia jauh di depan-dekat dengan kaunter pesanan. Kemudian kami sebelah menyebelah.

Dia menoleh kemudian dengan muka senyum bertanya,

"Seorang saja ke?"

Sekali lagi aku buat-buat tak dengar. Haha. Konon buat tak perasan yang dia berada disebelah aku saja! (Fuh, taktik terbaiklah ;p). Dengan gaya sedikit terkejut, aku hanya berkata 'eh?' dan memandang dia.

"Seorang saja?" Soalan pertama yang belum aku jawab ditanya kembali.

Dan aku hanyalah mengangguk.-Bisu.

Setelah usai urusan dia dikaunter, sambil membimbit satu beg plastik makanan yang berisi buger dan air dia berlalu pergi tanpa ucapan selamat tinggal kepada aku dan tanpa memandang aku lagi. Hahahahaha. Dalam hati aku menyesal kerana tak mampu untuk berkata-kata. Walaupun hanya untuk sepatah kata YA, menjawap soalannya. Peh!

Sabtu, Julai 2010, Bilik It;

Ofis.Tengahari. Satu hari di bulan Julai. Sama-sama menyiapkan kerja ofis dan berada di dalam bilik kecil bersama untuk sama-sama menggunanakan mesin printer; berdua.


"Awak tak lapar?" Tanya dia.

"Tak. Saya memang selalu tak makan tengahari."-Aku menipu padahal segala bentuk haiwan dalam perut ni telah berdendang lagu menandakan lapar yang amat!Kahkah.

"Ingat nak ajak awak teman saya makan"-katanya perlahan.

Cis. Aku melepaskan peluang.

"Petang nanti mesti awak lapar kan?"-dia taknak kalah mengajak aku lagi.

*Senyum*

Pertama kali aku berjumpa, makan bersama satu meja mengadap muka-ke-muka dengan dia adalah pada hari itu;-setelah hampir 3 bulan berada dibawah satu bumbung yang sama!

Dan bermulalah episod kawan-tapi tak ada no phone masing-masing. Kahkah. Kami berhubung melalui email. Hebat tak? Haha. Dan juga Yahoo Messenger. :). Tak tahulah kenapa tak minta no phone masing-masing pada mulanya, mungkin juga kerana kami bekerja di satu tempat jadi senang hari-hari dah jumpa jadi tak perlu lagi nak berhubung guna phone. Entahlah. Tak tahu apa alasan yang sebenar. Hehe.

Sampai satu masa dia kena pergi melawat tapak projek di mana aku turut sama sebagai QS untuk projek tersebut kena tunjuk jalan pada dia. Dari situ lah, aku minta no handphone dia tapi masih dia belum ada no handphone aku. Hehe.

Pada hari kejadian, aku missed call kepadanya kemudian menghantar sms pendek;

'Ini nombor phone saya. Simpan baik-baik. :)'

Dia membalas sms tersebut;

'Baiklah. Saya simpan dalam peti besi.'


Selama tempoh perkenalan dia tak pernah menjanjikan apa-apa kepada aku kerana dia tahu sejauh mana perancangan kita, perancangan Allah adalah yang terbaik. Jodoh ditangan Allah. Sekuat mana dia cuba mempertahankan 'rasa' yang ada jika tidak tertulis nama aku untuk dia maka kami tetap tidak akan dapat bersatu. Dan aku juga tak pernah menjanjikan apa-apa kepada hubungan kami. Beberapa bulan kemudian kami berpisah atas tuntutan kerja dan tanggungjawab lain. Aku akur; -peluang untuk kami berjumpa semula melakukan rutin kerja harian mula berubah!-Dia di sana, tapi aku masih tetap punyai tanggungjawab di sini.

Soal aku- Kita takkan berjumpa lagi?

'Bila saya senang saya akan melawat Ila.'-kata dia, tidak berjanji namun ada sedikit harapan 'bila senang'.


Sebelum kami berpisah dia berkata;

'Kalau ada jodoh antara kita, in sha Allah kita kahwin. Saya sayang Ila. Saya nak jaga Ila.'

*terharu*

T_T


Merisik.

Ayat itu aku pegang bertahun lamanya sehinggalah keluarganya datang merisik pada 12hb Ogos 2013. Perjalanan hubungan kami semakin kuat diikat pada 19hb Oktober 2013. Majlis pertunangan diadakan dan sesi kenal mengenali sesama keluarga buat pertama kalinya. Alhamdulillah atas izin Allah perancangan kami juga merupakan perancangan-Nya.



Dugaan.

Mengimbas kembali detik perkenalan, boleh dikatakan bahawa 'jalan cerita' aku dengan suami adalah tak mudah. Penuh liku dan juga cabarannya. Malah banyak kali aku katakan pada diri bahawa dia bukanlah jodoh aku. Sekalipun kalau aku berjodoh dengannya itu adalah anugerah dari Tuhan yang sangat tak di duga.

Sampai satu masa, aku rasa keajaiban Tuhan datang bila Dia menggerakkan hati suami untuk mula mengorak langkah lebih ke depan dan ke depan sehinggalah kami di satukan- yang mana aku memang tak menduga hubungan kami akan berakhir dengan ikatan pernikahan. Alhamdulillah. Atas rahmat Tuhan kepada kami. Dan besarlah harapan aku; juga suami supaya di jaga hubungan ini hingga bahagia sampai syurga, in sha Allah.

Pada aku, sepanjang proses perkenalan sebelum diijab kabul, ujian terbesar adalah dari segi perasaan kami sendiri. Kami tak di duga dengan kehadiran orang ketiga atau masalah lain cuma masalah utama adalah perasaan semata-mata. Rasa tak yakin, belum bersedia selalu ada dalam diri aku. Banyak kali aku cuba yakinkan diri namun ada ketikanya aku kalah dengan emosi dan perasaan sendiri. Sigh.

Namun, Allah tahu masa yang tepat untuk kami. :) Setelah berperang tung tang tung tang dengan perasaan sendiri akhirnya masanya telah tiba.




Seterusnya, pada 31hb Januari 2014 sahlah kami bergelar suami isteri. Aku isteri kepada suami yang aku cinta-juga, dia suami kepada isteri yang dia cinta. Hiks :D



Dah jadi isteri orang dah >.<




P/s: Doakan yang baik-baik untuk kami. :)

3 comments:

  1. senyum sorang sorang ayu baca entry nie. hahaha.. selamat melayari bahtera perkahwinan kak ila. ayu akan terus doakan kebahagiaan kak ila dan abg safwan. cepat2 dapat baby yeee..

    ReplyDelete
  2. tahniah ila..sudah bergelar isteri

    ReplyDelete
  3. soooo suwittt..
    pasni aku nk kne follow kete org gak la, ekekeke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...