KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Thursday, August 15, 2013

Kisah cinta yang disembunyikan.

Assalamualaikum.

Itu kisah lama. Kisah yang telah aku tutup buku cerita. Bukan itu yang aku mahu beritakan, cuma saja tajuk nak gempak bagi ada orang baca. Haha.

Ini kisah baru nak bermula. Kisah nyata yang baru nak alami semula. Semoga jalan yang ku pilih ini juga dalam perancanganNya.

Beberapa hari lepas, seorang kawan menelefonku. Saja-saja bersembang. Tak lah lama mana. Tapi sebab rumah penuh dengan sanak saudara, jadi aku memilih untuk melangkah ke ruang kamar. Bercakap slow-slow tak nak bagi orang dengar. Segan agaknya. :p

Tiba-tiba kakak masuk ke bilik. Dengan mimik muka pelik dan sedikit anxious orang kata (hehe), dia membidas perlahan. tapi sempat jugaklah di dengar telinga.

"Buat apa nak cakap sorok-sorok. Semua dah tahu, semua dah SETUJU"

*SEMUA DAH SETUJU*

*SEMUA DAH SETUJU*


Ayat tu terngiang-ngiang di telinga. Buat aku tak tenang mahu teruskan percakapan. Rasa bersalah pada dia yang di sana. Juga pada keluarga.

Ini cinta terhalang bagi kita. 

*SEMUA DAH SETUJU*

Selepas memutuskan talian, ayat itu masih lagi terngiang di telinga. Berulang-ulang.

Masanya dah tiba barangkali, fikirku. Masanya dah tiba sebab itu

SEMUA DAH SETUJU





P/S: Berkahwin dengan orang yang kita cinta, itu Impian. Berkahwin dengan orang yang kita tidak sangka, itulah Jodoh. Segalanya kuasa Allah. :) -PDH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...