KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Tuesday, July 30, 2013

Cheese Cake/Kek Keju

Assalamualaikum.

(Kan, nak raya dah kan. Kenalah update pasal makanan, ni jiwang memanjang. Tak rock la bhai :p)

Aku pernah buat cheesecake sebanyak 2 kali. Dan untuk kedua-dua kali itu tak menjadi.Pfftt.

Kali pertama cheesecake aku jadi hitam kat bahagian atas. Ter-burn la pulak.Haha. Bukan hangus ye tapi rentung. Kahkah. Tapi kat bahagian atas saje kat bawan elok je cantik. Mungkin sebab aku tak pandai nak ejust api atas ke api bawah. Ingat sama je dua-dua.Rupanya tidok. -..-

Masih tak putus asa, cuba lagi buat kali kedua. Kali ni, cheesecake aku jadi macam kuih bengkang. Haha. Keras kejung. Tak taula pasai apa. Aku syak mungkin sebab di bawah pengaruh emosi. Bukan bawah pengaruh dadah ye. :p

kuih bengkang

Aku memang sukakan cheese/ keju teramat amat sangat. Ceh, bajet omputih makan keju bagai. Tak sedar diri yang sebenarnya diri tu perempuan kampung. Haha.Perempuan kampung macam aku pun kau ingat sampai hari ni ye dakkk. Kemain over tolak cintaku yang mulus sebab aku perempuan kampung.kahkah. Adeh. Dunia, dunia. Eh, kenapa macam ada dendam je kat sini.Haha. Dah terlari tajuk perempuan kampung pulak dah aku ni. Bukan cakap pasal kek ke tadi??errr..

Semua yang berkaitan cheese/keju aku suka. Bukan kek saja tahu. Jajan ring ring plastik kaler purple-oren perisa keju tu pun aku makan berbungkus-bungkus. Amik satu-satu letak kat jari sorang satu. Buat macam cincin lima-lima jari pastu ngap. Haha. Sedappnyaa.. :D (Bebudak sangat kannn).

Kalau pergi KFC dan order cheesy wedges mesti dialog aku macam ni.

'Kak, nak cheesy wedges satu. Extra cheese ye!

Tambah singgit ye dik.

'Ok

Singgit ke dua inggit ke tak kesahlah janji cheesenya banyak.Hehe.

Kalau dulu, nak tambah cheese tak perlu tambah singgit. Cuma cakap macam ni je.

'Kak, nak cheesy wedges satu. Letak cheese banyak-banyak tau.'

Setiap kali ke KFC ayat ni sajalah aku guna. Sampaikan kawan aku pun dah boleh hafal dah dialog tu. Haha

Satu hari, kawan aku tu text kat aku. 'Rindunya kat awak. Saya kat KFC ni, teringat kalau awak selalu order cheesy wedges mesti nak letak cheese banyak-banyak.'

Riaksi aku adalah.

Watdehellll!!!Haha. Order cheese je pun. Tak suwit pun eh nak rindu sebab cheese. Amboi..

Kalau makan kat pizza hut, mestilah tak ketinggalan untuk letak cheese kat topping nya ittew. Lepastu order cheese baked meatballs. Dah ada cheese nak cheese lagi. Cheese berganda katanya. Jangan kau cis-kan aku sudah. :p

Eh, dah jauh benor dah dari cerita kek. Haha. Kena tukar tajuk CHEESE la pulok gini.

Ok, sebenarnya nak cerita selepas dua kejadian malang cheese cake ku tidak menjadi, aku telah berjanji kepada diri ini untuk tidak buat cheese cake lagi. Kahkah.

Janji itu dipegang utuh sampai la satu hari aku telah terjumpa 'sesuatu' yang telah mengubah pendirianku selama ini. Hamboi, ayat. 

Secara tidak sengajanya aku telah berjumpa resepi cheese kek di blog kak namee di alam maya ini yang telah membuat mataku bercahaya dan berkaca-kaca. Sepertinya telah mendapat sinar baru dalam kehidupan.Heh, heh. 

Jadi, dengan begitu teruja aku telah bereksperimen dengan ilmu yang diturunkan di laman blognya dan membuat aku tersenyum puas selepas itu. Baca ayat sendiri rasa nak muntah weyy. Haha. Drama sangat.

Sebenarnya kek itu aku buat masa raya tahun lepas. Raya tahun ni dah jadi benda wajib dah pulak. Sebab semua suka. Kali pertama buat terus menjadi. Bukan takat jadi je tapi sedapp la pulok. Budak-budak suka sangat. Buat 2 biji, satu besar satu kecil punya. Tapi malangnya dua-dua tu aku sempat makan satu slice kecik saja. haha. Sebab semua budak-budak dah rembat dulu. 

Resepinya senang sangat. Bahan pun mudah di dapati. Selalu kalau aku google je resipi cheese cake, bahan-bahannya pun dah berbelit-belit nak cari. Ini kan pula nak buat. Kahkah. Memang tak la kan. Aku kan suka benda yang simple but nice. ceyy ceyy ceyy.

Aku jamin, resipi ni paling mudah di abad ini. Haha. Nak cakap termudah di alam semesta nampak tak logik sangat. kihkih.

Nantilah, kalau ada masa aku letak resepi yer. Padahal resipi orang. Haha. Kan sharing is caring. Tak gitu?

Gambar?Will update later okeh.




P/s: Kat office pun bulih update belog. haha. Nampak sangat takde kerja tapi konon buat-buat busy. Kahkah

1 comment:

  1. Rock is cooking..ayat tahap dewa nie..like..nanti jgn lupa buat novel tau...nmpknya..emosi ila dlm keadaan stabil..dah lama sya tak tgk ila gembira..di hari raya..heheehbee..sslmt hari raya..jgn lupa buat kek tau..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...