Assalamualaikum.
Malam yang sangat sejuk. Hujan turun sejak petang tadi dan sampai sekarang tak berhenti lagi. Musim tengkujuh dah mula mengetuk-ngetuk. Hari-hari hujan, susahlah aku mahu pergi kerja. :( . Pakai baju hujan pun masih lagi basah waktu begini. Bukan basah sebab air hujan yang turun tu tapi basah sebab terpercik dari kereta-kereta yang lalu kat tepi tu. Kesian. Ada sekali tu basah macam mandi. Satu badan basah siap air masuk dalam mulut lagi. Eeeee. Jahanam sungguh kereta durjana itu. Mentang-mentanglah aku kecik kan.
Eh, panjang pulak mukadimahnya :p
Tadi ada baca artikel berkaitan Perempuan Melamar Lelaki. Ah! Menarik juga. Tak salah pun perempuan yang mulakan dahulu. Cuma masyarakat kita saja yang memandangnya sebagai sesuatu yang pelik.Padahal Siti Khadijah sendiri melamar Nabi, tapi...tapiii harus dengan cara yang betul. Iaitu melalui orang ketiga. Orang ketigalah yang menyampaikan niat perempuan tersebut kepada lelaki berkenaan.Jika lelaki itu berkenan, pihak lelaki pula akan datang melamar perempuan seperti kebiasaan. Ok, dapat?
Aku mahu kongsikan di sini tentang bagaimana mahu menyedapkan hati apabila masyarakat memandang serong kepada kalian yang memulakan langkah untuk melamar lelaki ;
Jika masyarakat mahu ibaratkan juga ia sebagai perigi mencari timba, biarlah. Katakan kepada mereka bahawa perigi yang ada ini adalah perigi istimewa. Perigi yang suci. Perigi yang mulia. Dialah yang memilih timba mana yang layak untuk menimba kebaikan dari perigi itu. Bukan sewenang-wenangnya si timba datang mahu mengaut kebaikan di dalam perigi ini. Perigi ini perigi yang memilih timba, bukan perigi yang dipilih timba!
Katakan juga kepada mereka bahawa air dalam perigi ini bersih. Dia tidak mahu air dalam perigi itu dicemari dek timba yang kotor dan tidak mencapai tahap piawai yang ditentukan sendiri oleh si perigi. Justeru, sebab itulah perigi sendiri yang mencari timba.
Jika kata-kata di atas tidak sesuai diucapkan kepada orang, lalu berbisiklah kepada diri sendiri sahaja. Supaya kalian tahu siapa diri kalian. Dan kalian mahu hanya yang terbaik buat diri kalian.-Sumber:Ustaz Shahmuzir Nordzahir
Ehem, tapi diri ini masih tak punya kekuatan untuk berbuat demikian. Haha ^-^
"Siapalah diri ini, tak punya apa-apa. Tiada rupa mahupun harta." :p
P/S: Ya Allah, kau hadirlah seseorang untuk menjadi imamku, pembimbingku. Berikanlah aku seorang yang soleh untuk aku lebih mengenalMu. Jika telah sampai waktunya, kau permudahkan urusan kami. Semoga bahagia yang aku dambakan harini, menjadi milikku kelak.In shaa allah.
No comments:
Post a Comment