KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Tuesday, October 2, 2012

Yang menjadi kenangan


Assalamualaikum.

Pernah tak bila kita nak update blog tapi tiba-tiba jadi tak tau nak mulakan ayat macam mana.Nak bubuh isi apa. Nak cakap bagaimana. Macam semua tu tersekat-sekat.tak terkeluar apa yang nak di tulis. Last-last tak jadi tulis.Hehe. Well,itu selalu sangat terjadi pada aku. Padahal apa yang nak diceritakan tu mengunung tinggi.Amboi, over. =) (Padahal takde readers pun.wek :p)

Jadi sebab banyak sangat peristiwa yang jadi dalam kehidupan aku lately, kena buat random lah ye. 

1) My bestfren di ofis dah berhenti kerja.Uwaa..Tak suka =( .Tapi siapalah aku untuk melawan takdir dan kehendak Ilahi. Last day dia pada 30/8/2012. Dia berhenti kerana mengikut suaminya bekerja di KL. Maklumlah orang dah ada suami, kena lah ikut arahan suami. Aku ni siapalah untuk menghalang. Tiada secalit pun dalam kamus kehidupan dia.Eh?

Rakan sebelah meja

Biasanya kalau ada masalah, aku akan cerita pada dia. Bagi aku dalam ramai-ramai officemate dialah kot yang paling rapat dengan aku. (Sebab masa tu sama-sama masih bujang ;), kini tidak lagi.Tinggal lah aku sensorang membujang.Haha)

Kalau kena marah ngan bos dan aku menangis-nangis, dia lah tolong menabahkan hatiku yang robek ini. Kini sudah hilang tempat mengadu.Aduh.Sedih.


2) Pada 13-15/9/12, aku dengan beberapa rakan ofis telah menghabiskan cuti hujung minggu di Pulau Perhentian. Ini kali pertama aku ke sini. Dan juga mungkin untuk kali terakhir. ;)

Jeti Kuala Besut

Sungguh nightmare naik bot dari jeti Kuala Besut ke pulau. Perjalanan lebih kurang 30 min menaiki bot yang kecik dan bergolek-golek dilambung ombak sanggatlah membuat nyawaku seperti berada dihujung tanduk.Haha. Sungguh!Sepanjang perjalanan aku tak habis-habis baca ayat kursi dan berdoa supaya Tuhan selamatkan kami. Sigh.

Pulau Besar



Kami stay di Fauna Beach Chalet. Pakej RM280 untuk 3 hari 2 malam (including tambang bot pergi balik, makan 3 kali sehari, snorkeling & BBQ mlm terakhir). Sebab aku masih bujang dan tiada suami untuk diajak peneman tidur, maka aku dudukla sensorang dalam chalet yang ermm agak scary.Huhu.


Snorkeling

Macam biasa lah kat pulau aktiviti tengok pantai, tengok mat dan minah salleh seksi berjemur dan snorkelling. Benda yang biasa di mana-mana pulau pun. Tapi pantainya cantiklah. Aku tak nak cerita tentang pantainya bagaimana atau aktiviti snorkelingnya best ke tak (sebab aku tak main) tapi nak cerita peristiwa pelik yang telah terjadi pada aku dan aku tak cerita kat siapa-siapa pun sebelum ni.Huhu

Macam biasa malam pertama aku tak boleh lelapkan mata.Mungkin sebab beralih tempat tidur jadi susahlah nak lena. Tengah golek kanan golek kiri nak bagi lena, tiba-tiba je bunyi ketukan kat pintu. Tapi tiada suara. Aku cuba dengar kot-kot ada bunyi tapak kaki tapi, hmm tak da pun. Tengok jam alahai pukul 2 pagi. Siapa yang ketuk?Aku buat tak tahu saja dan berharap supaya cepatlah datangnya pagi.

Malam kedua lagi dahsyat. Nasib aku baik sebab bila landing je kat katil terus terlena. Tersedar dalam pukul 3 pagi sebab katil aku bergoyang. Ya, bergoyang atau lebih tepatnya bergegar! Bukan sebab gempa bumi  tapi seperti ada orang yang goyangkan katil. Bergoyang tu bukan sekejap tapi lama. Adalah dalam 5 minit. Sebab aku nak pastikan betul bergoyang, aku duduk atas katil tu sambil cubit tangan aku kot-kot mimpi ke apa, ternyata bukan mimpi sebab rasa sakit. Aku terus turun dari katil. Masa tu memang aku rasa berdebar habis. Rasa macam mahu lari keluar bilik. Aku baca ayat kursi berulang-ulang kali sampailah aku terlena kembali. Tapi tak lena mana jugak. Entahlah.Rasa lain macam sangat.


Main air konon

Oh, kat pulau line maxis adalah non-hado. Maka sepanjang 3 hari kat sana aku ibarat berada dalam hutan yang terputus komunikasi dengan dunia luar. Sangat menyeksakan bagiku.


3) Bos kat tempat kerja sudah meletak jawatan pada 30/10/2012. Aku sedih, walaupun pernah suatu ketika dulu aku nak sangat bos berhenti. Tapi when the time comes, aku rasa macam tak nak benda ni terjadi.

Bila tengok bos berucap mahu tinggalkan kami, air mata ni macam nak menitis saja. Semua memory bersamanya ibarat berputar-putar dalam fikiran. Teringat kali pertama interview dengan dia langsung tak pikir dia tu adalah bos. Sebab pakaiannya sangat selekeh masa tu.haha.


Bersama bos garang macam rimau :)

Kena marah. Selalu sangat. Siap hentak meja. Cakap aku kau tu adalah mainan bagi dia. Kena tengking, kena herdik tapi terpaksa telan sebab dia kan bos. Kini, dia akan pergi tinggalkan kami. Pasti aku akan rindukan semua tu. Walaupun pahit, tapi semua itu adalah kenangan berharga bagi aku. Sikit pun tak simpan dalam hati.


Kami yang ceria diluar tapi didalam makan hati :(


Cukuplah dulu setakat ini. Penat nak taip dah. Lain kali kalau rajin update lain pula.






P/S: Oh ya, hari ni adalah hari ke-7 aku makan vitamin C organic tue. Ni sebab terpengaruh ngan blog kak namee.Haha.

Dan, ehem. Ada sekor kumbang tengah usha-usha sekuntum bunga ni.Haha. Kena prepare ridsect la gamaknya. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...