KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, October 22, 2012

Shangri La Hotel,Putrajaya.

Assalamualaikum.

Khamis lepas aku ada mesyuarat dekat putrajaya. Jadi staylah kat hotel Shangri La ni satu malam. Sebab aku orang miskin kadang-kadang je dapat duk hotel bertaraf 5 bintang ni T_T , jadi perangai cam jakun sikit.Haha. Excited terlebih nak up entry segala padahal takde apa pun sebenarnya yang menarik. :p

Tapi takpelah, kan kata blog ni tempat untuk abadi kenangan sepanjang hidup di dunia.cecece. Haruslah merakam segala aktiviti di sini, kan.Haha. Gambar yang di ambil tak banyak sebab pakai handphone saja. Dahla tu asyik-asyik takde bateri jer. Time nak tangkap gambar jer bateri habis.Time duk msg-msg takde lak nak habis betri :p

Dalam banyak-banyak tempat, aku paling suka lift kat sini sebab dia transparent (nampak no jakunnye,haha). Dan tak suka toilet dia sebab style mat salleh gitu,dinding pakai cermin transparent jugak. Semua nak transparent. Habis nampak segala time mandi tau.Takleh nak cover-cover.eh? Alah, tengok je lah gambar.












  Semua gambar adalah tidak di edit sama sekali. Biasalah, aku kan malas.Haha. Servis kat hotel ni, ermm tak berapa nak puas hati sangatlah sebab aku terpaksa menunggu satu jam setengah untuk dia setup bilik dalam supaya berada dalam keadaan selesa. Sepatutnya aku check in pada pukul 2 ptg tapi haritu terawal setengah jam. Jadi keadaan bilik masa aku sampai adalah tidak prepare. Aku fikir room servis akan datang dalam waktu terdekat untuk setup bilik tapi tunggu punya tunggu sampailah pukul 5 petang barulah mereka datang. Itu pun setelah aku buat aduan. Maka tercongok-congoklah aku di depan pintu bilik selama satu jam setengah melihat mamat bangla tu settle bilik. Alahai, bilik yang tak dikemas pun boleh bagi guest masuk. Macam mana ni, kata hotel 5 bintang. :)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...