Alhamdulillah bulan ini, gaji baru masuk. Walaupun hanya
bertambah sebanyak RM550 saja daripada gaji lama tapi dah kira bersyukur sebab
penantian ni dah lama sangat kot. Dari dulu lagi admin duk revise skim gaji.
Tapi gaji tetap sama sahaja.Bila awal bulan aritu bawak ke mesyuarat board dan
diluluskan maka kami-kami pun boleh merasa la gaji naik sedikit.hehe.Macam ni
lah nasib pekerja bukan gomen.hukhuk.
Alhamdulillah.Semoga lepas ni gaji naik lagilah.hehe
Eh, bila cakap pasal
gaji ni kan, teringat pula kawan-kawan duk post kat fb pasal gaji vs
performance kita. Gaji nak naik memanjang tapi performance semakin menurun-nurun.Heh!macam
mana tu.Biasalah, manusia tak pernah rasa cukup. Kita seringkali terlalu
memandang apa yang boleh kita dapat berbanding apa yang kita boleh buat untuk
dapatkan sesuatu itu. Paham idak?Tak paham lagi? Meh nak bagi contoh.
Kalau kita tengok peminta sedekah kat tepi jalan, agak-agak
kita akan tolong dia tak?Tolong means bagi sedekah la. Kita berfikir-fikir if
kita tolong apa yang dia boleh bagi kat kita sebagai balasan. Sedangkan balasan
yang dah ditetapkan Tuhan adalah pahala. Tapi, kita terlepas pandang tentang
hal itu, kerana kita lebih memikirkan diri sendiri. Kedekut namanya tu. Kedekut
memberi, jadi Tuhan pun kedekutkan jugak hartanya untuk kita.
Dalam hal gaji dan kerja ini samalah juga. Kita kedekut
memberikan jasa kepada syarikat atau melakukan hal terbaik untuk syarikat, maka
Tuhan lambatkan atau sempitkan pintu rezeki untuk kita. Jadi adil bukan. Tidak adil juga? Sebab konon
orang lain dapat lagi banyak atau rezeki mereka lebih luas daripada kita. Ermm,
tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, tanya hati dengan sejur-jujurnya setinggi
mana usaha bersama kita lakukan untuk majukan syarikat. Adakah layak? Atau
sebenarnya kita hanya menumpang hasil kerja keras orang lain?
Heh!Sama juga, fikirlah sejauh mana amalan kita untuk meraih
syurga Allah?Adakah pernah cukup amalan-amalan kita atau hanya sebesar kuman.
Jadi, janganlah terlalu bermimpi untuk mendapat yang indah-indah saja sedangkan
diri sendiri tidak pernah berkorban apapun.
P/S: Bersyukurlah, dan anda akan rasakan nikmat syukur itu.
No comments:
Post a Comment