KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Sunday, October 2, 2011

Bila waktu terus memanggil

Macam dah lama sangat tak update blogkan?Semenjak blog ni berjaya dijejak oleh ‘seseorang’ aku jadi malu untuk terus menulis. Iyelah, blog ni lebih kepada hal peribadi aku(walaupun rasanya tak banyak bercerita tentang hal peribadi itu pun :)).Tapi, iya-lah kan, rasa sedikit segan. Tambah-tambah lagi bila dicanang-canang.Teruslah rasa diri ni macam kecil gila. Rasa segan dan malu seperti dibogelkan pakaian.Apakah?haha.Ok joke.

Tapi macam tak adilkan pada orang lain bila blog ni terpaksa diprivatekan atas sebab beberapa pihak yang tak suka aku menulis kat sini. Sedangkan dah hampir 3tahun blog ni wujud. Sungguh tak adilkan?Oleh itu, abaikan apa yang orang nak kata.Mari kembali menulis.

“Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita”

Baca ayat di atas pada wall seseorang dan terus agree dengan kata-kata tersebut. Dan mungkin sedikit moral support buat aku.Sekurang-kurangnya pressure tak lah melampau sangat bila ada mulut-mulut bising asyik bertanya soalan yang sama setiap kali bertemu muka. Soalan tentang teman hidup yang masih tak kunjung tiba. Soalan sampai bila aku mahu hidup ‘seorang’. Aku penat untuk menjawab soalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya apa. Dan akhirnya aku lebih suka mematikan persoalan itu hanya dengan melebarkan senyum. Adakah jawapan aku itu sudah cukup untuk menutup mulut mereka?Harapnyalah. Setidak-tidaknya hanya buat masa inilah.

Sebenarnya nak taip panjang lagi tadi. Tapi perut meronta untuk ke tandas. Bila dah selesai semua, idea dah terbang pulak.Maka, hanya ini je buat masa ni. Ok, kawan-kawan. Stay tune :)

Bila waktu harus memanggil.

Agar dua hati dapat menyatu.

Letih. Memandang wajah hati.

Yang memanduku untuk mencarimu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...