Mungkin aku bukan pujaan hatimu
Mungkin aku bukanlah seorang yang kau nantikan
Mungkin aku bukan yang berada di setiap mimpi malammu
Mungkin aku bukan seperti puteri idamanmu
Aku tak punyai apa-apa untuk kau bangga
Aku tak punyai apa-apa untuk kau rasa bahagia
Aku tak punyai apa-apa untuk kau puja-puja
Tapi bagiku, kau segala-gala.
Tapi bagiku, kau ku puja-puja.
Tapi bagiku, kau duniaku.
Tapi bagiku, kau hidup matiku.
Untuk buat ku rasa bahagia.
Dan bangga punyai kamu dalam hidupku.
Kerana kasihku hanya untuk dirimu.
Kan selamanya tetap untukmu.
No comments:
Post a Comment