KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, September 22, 2010

go away

blog ini dah mati.ini tanah perkuburan.menjenguk ketika rasa rindu membuak-buak kepada simati.sedekahkan yasin dan al-fatihah bila secebis rasa rindu singgah.selebihnya?ibarat angin sejuk berlalu.


kau bukan lagi kepentingan.bukan juga kemahuan yang setiap detik ditilik dengan penuh rasa kasih.kau bukan lagi tempat meluah segala rasa terbuku dan sakit hati.kau tidak dipedulikan.aku memilih untuk simpan sahaja dihati.tak perlu dikongsi.kerana kisahku tak perlu dijaja ke sana ke mari.jangan diingati.

rasa kekok bila mula menaip huruf-huruf di sini.malu untuk meluah satu persatu.simpan itu lebih baik barangkali.tulis satu ayat payahnya bagai nak karang satu perenggan.mengapa jari ini tak selaju dulu menaip.tersekat dan berhenti.malas.

kau rasa tak upaya.kau rasa tak mampu.kau rasa terlalu rendah.kau rasa tak berguna.

bangunlah wahai diri.

aku hilang.kembalikan aku ke dunia nyata.sedarkan aku supaya berani jijak bumi.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...