KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Sunday, June 20, 2010

melangkah menjauh.

"dont let someone be a priority in your life when u are still an option in their life"


ini ayat kat wall arip.pinjam jap ayat ko eh..hehe..tersentuh hati bila baca ayat tu.terus menusuk ke dasar hati yang paling dalam.cam sedih jer kan ayat tu.macam aku yang sentiasa dalam kesedihan.macam ayat tu ditujukan untuk aku.ah!aku memang selalu sedih pom.siapa peduli.

biarlah.

aku yang berada di antara dua jalan.mahu belok ke kanan atau ke kiri.boley tak aku nak ubah ayat kat atas tu jadik begini.


"don't let someone be an option in your life when u are still a priority in their life"


ayat ni macam bersemangat sikit kan.lebih positive aku rasa.tak macam ayat yang mula-mula tadi.aku takut untuk menyusun kata.takut tersasar pada jalannya.akibatnya aku yang menanggung.sebuah pesan dari seorang kawan.yang sebenarnya sangat ingin mengingatkan bahawa dengan berkata-kata semakin banyak kesalahan yang menumpuk,dan khilaf yang sering terulang.


ah.hari ini aku sedikit kebuntuan.bingung memikirkan.kadang kehulu dan kehilir.minda terbang menjengah awan.jasad disini.duduk termengu menanti luahan kata dari hati.tapi percayalah aku tak mampu memberi.ya.tak mampu.bukan sengaja mencari alasan untuk mendiamkan diri.mungkin terlalu zalim.atau tak berperi kemanusiaan.satu ucapan dari bibir adalah perkataan MAAF.beribu maaf kerana menghancurkan.mungkin kamu menjengah ke sini.mencari jawapan yang tak pasti.bukan niatku menghukum.tapi sedarlah bahawa kita mempunyai kehidupan yang tersendiri.


jika disuruh memilih antara dua ayat di atas.agaknya yang mana aku akan pilih?

aku akan pilih yang mula-mula.sebabnya?sebabnya aku adalah aku.aku kenal diri aku.aku tahu siapa aku.itu jawapan kepada persoalan ini.otak ketat.







p/s:aku mmg degil kalau disuruh 'nego' dengan hati sendiri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...